Bab 9

1.4K 121 34
                                    

Aku mengambil pakaian sukan milikku di dalam locker. Tak ada garis senyum meniti di bibir. Bukan apa, aku jenis tak suka bab sukan. Biarpun dikatakan sukan adalah perkara yang menyihatkan. Namun lain bagiku, lebih suka rehat. Bak kata orang tua-tua, beratkan punggung tak buat kerja.

Bam!

Kuat pintu lockernya ditutup. Kerutan pada dahi menampak melihat muka tegang Hawa.

"Kau asal? Period?" soalku geram. Nasib tak tersepit tangan pada pintu locker. Kalau tak, akan disaman Hawa.

"Isaac, aku punya." Hawa menekan suara. Serius mengatakan lelaki itu adalah miliknya.

"Kau bagitahu aku pun, tak ubah apa-apa. Apa kata kau ambik pembesar suara and umum dekat semua pelajar yang Isaac tu milik kau. Senang!"

"Pelajar lain tak rapat dengan Isaac macam kau. Aku nampaklah kau selalu berbual dengan Isaac. Siap bergelak tawa lagi." Jelas cemburu dari nada suaranya.

"Takkan kau nak aku sedih kut kalau dengan dia? Mahu orang anggap benda lain." aju ku geram.

"Jangan sampai aku pukul kau dekat sini, Anna. Isaac milik aku, kau jangan nak cuba rampas Isaac dari aku."

"Apa gaduh-gaduh ni? Takkan pasal lelaki pun nak gaduh? Kau pun... kau ingat aku hadap sangat ke si Isaac tu? Kau nak ambik, ambik! Tak payah nak sabitkan aku dalam hal ini. Aku takde menyendeng dekat Isaac. Isaac yang mengada selalu rapat dengan aku. Pleaselah...takkan sebab lelaki kau nak gaduh dengan aku? Tak matang betul!" Berdas-das tembakan ayat pedas aku berikan.

"Kau jangan jadi kurang ajar, Anna!" Aku angkat kedua bahu bagai tidak kesah.

Tak sempat tangan itu mengena pipi, Diana menahan dengan muka tegang. Ikut sama marah dengan perbuatan kebudak-budakan Hawa. Apalah yang mereka gilakan sangat tentang Isaac? Huh! Tak habis fikir aku!

"Jangan sampai aku kurang ajar dekat kau. Penyabar aku ada limitnya. Tangan aku dah lama tak tampar orang, sekali aku buat. Blusher menjadi hiasan dekat pipi kau nanti." keras nada suaraku.

Hawa menatap tajam setiap langkah Diana yang sudah menghilang ke tandas. Senyum sinis dikulum dengan seribu rancangan jahat yang siap sedia untuk Diana. Kau tunggu! Aku akan pastikan Isaac jadi hak mutlak aku. Aku janji!

Aku menyalin baju dengan mulut terkumat-kamit membebel tentang Hawa. Hawa kalau dah suka lelaki memang terus berubah jadi orang tak betul. Yelah, waktu mula-mula kenal nampak baik gila. Ustazah pun takut nak dekat. Terlalu baik dikatakan?

"Kau ingat aku nak sangat dekat si Isaac tu? Eh? Takde maknanya. Aku boleh cari lelaki yang lebih baik untuk aku. Setakat Isaac, dekat lubang jamban boleh cari." Usai siap berpakaian apa semua, Diana keluar dari tandas.

"Oh Ya Allah!" latah Diana. Serentak, kakinya mengundur ke belakang. Tangan diurut kasar pada dada. Terkejut gila!

"Awak buat apa dekat sini? Terkejut saya! Ingatkan siapalah berdiri depan pintu." ucapku geram separa menjerit suara dilantunkan.

"Aku nampak kau kena buli tadi, aku datanglah melawat. Mana tahu boleh jadi super hero kan?" Tarikan bibir lelaki itu begitu sinis.

Aku membalas membuat raut wajah sebal agar dia tahu aku tidak suka keberadaannya di sini. Sudahlah dibuli kerana Isaac.

"Saya dibuli pun sebab awaklah. Tak payah nak jadi super hero sangat." Aku melangkah turun tangga. Sedar, lelaki itu mengikut. Dengusan keluar dari bibir.

"Boleh tak jangan ikut saya? Saya dibuli sebab awak. Kalau awak tak rapat dengan saya, saya takkan dibulilah." Makin laju kakiku melangkah. Semuanya gara-gara tidak mahu lelaki itu mengikut setiap langkahnya.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now