Bab 17

1.1K 118 24
                                    

"Nak bawak saya pergi mana ni?"

Diana mengibas-ngibas tangannya menahan rasa perit pada muka. Matahari terpacak dan lelaki itu tanpa perasaan hampar tikar gulung di atas pasir pantai. Dari tadi, muka lelaki itu biasa saja. Tak ada tanda panas mahupun gelisah sepertinya. Boleh tahan jugak tempat yang dipilih Isaac, teduh aje.

"Mari, kita lepak sini." Isaac tepuk tempat disebelahnya sambil tangan angkat makanan yang baru dibeli.

Diana ikutkan saja, duduk saja sebelah Isaac terus anak matanya memanah pada tangan Isaac yang sudah siap dibalut dengan kain. Dah ajak pergi klinik tapi Isaac terlalu degil, tak nak pergi. Takut jarum katakan.

"Aku dah biasa terluka macam ni,"

Mata Diana mengerdip beberapa kali pandang Isaac. Maksud?

"Aku selalu pukul diri aku sendiri kalau aku rasa....aku adalah manusia yang gagal." sambung Isaac, anak mata memanah pada pantai di depan mata.

"Maksud awak?"

"Aku selalu rasa gagal dalam hidup aku." Diana kemam bibir. Gagal?

"Mengarutlah awak ni, gagal apa ke benda kalau awak ada semuanya? Syarikat besar milik sendiri, kedai jahitan. Apa lagi yang kurang?" Diana sembunyi tawa.

"Kurangnya aku tak dapat lindungi kau."

Gulp!

Tak jadi nak ketawa, tergamam Diana dengan penyataan lelaki itu.

"Kurangnya aku bila aku tahu....aku tak layak untuk lindungi kau. Tapi aku ambil risiko untuk terus melindungi." Riak muka Isaac beku tanpa perasaan.

"Atto doloroso ma pieno di aspettative..." (Painful but full of expectations)

"Huh?" Dahi Diana dah penuh dengan kerutan, tidak faham.

"Makanlah," ajak Isaac.

"Boleh tak saya nak tanya sesuatu?"

"Tanyalah," Mata mereka bersambung antara satu sama lain.

"Apa yang awak rasa tentang kawan?"

Isaac diam seketika. Deruan angin dirasainya, nyaman sekali sehingga hati lebih positif untuk meluahkan kata.

"The people who have the most friends can be some fakest people."

Issac senyum nipis.

"The people you can trust the least." sambung Isaac lagi.

Diana terdiam, lebih suka mendengar apa yang Isaac luahkan. Masuk betul-betul dalam hatinya.

"Less friends is always better for me. I'ii rather have five friends who i love and who i can trust, who care about me than 200 people who don't."

"Saya dah banyak kali dilukai oleh kawan baik sendiri." Diana senyum terluka.

"It's lessons." Isaac ambil nafas senafas.

"Makes you stronger for real," Kedua keningnya dinaikkan dengan senyum manis.

"To be honest, the people who are my friends...i see them as my family. I could trust them with my life."

"Walaupun saya mempunyai kawan yang jahat, saya tetap akan berkawan dengan dia. Bagi saya, setiap manusia mempunyai hati yang baik. Yang membezakannya adalah, mahu berubah atau terus menjadi seorang yang jahat." Isaac senyum simpul, suka dengan jawapan dari Diana. Dari anak mata itu, tergambar keterlukaan yang beribu. Tiada luahan kesedihan, hanya nada gembira menemani rasa tidak nyaman itu.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now