Bab 3

1.8K 144 33
                                    

Saya tukar nama hero Isaac tau bukan Daniel hehehe comel nama tu. Sy suka!

Isaac menanti penuh sabar di depan pintu. Rumah sewa kediaman Diana dilihat tidak lepas. Tunggu Diana sejak tadi. Tak ada tanda nak keluar pun. Telefon pintarnya dikeluarkan. Nombor adik perempuannya di dail.

" Hello bro!" sergah Ayuni kuat.

" Yo. Assalamualaikum!"

" Yo! Waalaikummusalam. Asal call. Ngantuk ni." kata Ayuni selamba.

Isaac menggeleng. Dah lewat nak pergi kelas pun masih bongkang atas katil. Tak serik kena marah dengan si ketua agaknya. Malas nak tanya banyak soal, terus Isaac katakan apa yang dia mahu. 

" Mana Diana?"

Ayuni mengintai kawan baiknya itu. Sedang elok bersiap memakai tudung dengan senyuman manis. Bersemangat betul ni.

" Kejap. Bagi aku sepuluh minit." Isaac ketap kuat giginya.

" Yuni! Yuni!" kedengaran telefon itu telah dibiar di atas katil.

Isaac mendengus kasar. Dengar setiap yang dibicarakan Ayuni dan Diana. Sempat lagi Isaac dengar Ayuni memberitahu pada Diana mahu mandi. Tapi kejap...

" Tolong cakap dengan kawan aku jap. Dia lonely tu."

Isaac yang mendengarnya gigit kuat bibirnya. Berdebar hebat jantungnya. Menanti suara lembut Diana bercakap dengannya. Deheman kecil dibunyikan. Terketar-ketar tangannya kerana perasaan nervous

" Assalamualaikum." suara lunak Diana kedengaran.

Muka Isaac memerah malu. Kepala tak duduk diam. Ke atas dan bawah kerana malu.

" Wa-waalaikummusalam." jawab Isaac perlahan.

Kedengaran nafas Diana saja. Tiada suara. Mungkin malu mahu bercakap dengannya. 

" Kau dah makan?" soal Isaac menghilangkan rasa nervousnya.

" Be-belum." jawab Diana takut-takut. 

Teringat kejadian lelaki itu menjerkahnya. Rasa takut nak bermesra lebih. Mana tahu benda lain pulak yang lelaki itu lakukan padanya?

Isaac mengangguk. 

" Kau suka roti apa? Makan makanan berat tak waktu sarapan?" soal Isaac prihatin.

" Saya suka roti coklat dan vanila. Saya tak berapa gemar makan makanan berat." jawab Diana tanpa ragu-ragu.

" Aku gerak dulu."

Tut.

Diana tercengang. Telefon pintar milik Ayuni ditatap aneh. Macam tu saja? Eh?

" Kau asal?" soal Ayuni aneh.

" Entah. Tiba-tiba dia tutup talian. Aku tak faham." Diana garu kepala tidak gatal.

" Dia lonely sebab tulah boleh tutup terus talian. Malu sebab dapat call dengan kekasih hati." 

Ayuni menyarung kemeja dan seluar jeans. Siap. terus Ayuni heret Diana keluar.\

" Kejap beg sandang saya." 

" Cepat sikit." Diana angguk.

Ayuni dan Isaac. Adik beradik yang menakutkan. Heret Diana macam tu saja. Tak ada bagi isyarat atau apa-apa. Diana mengeluh halus. Sabarkanlah hatinya untuk terus kuat dengan manusia begini. Diana mencapai beg sandangnya lalu keluar dari rumah sewa.

Gulp!

Dia?

" Ma-mana Ayuni?" soal Diana takut-takut. Tali beg sandangnya digenggam kuat.Perasaan takut menyelubungi diri.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now