Bab 25

823 55 4
                                    

"Can we go get something to eat? My treat,"

"Nuget dan bebola?" Isaac angguk.

"Kau tak nak ikut aku?" ajak Isaac berharap.

"Saya nak tenangkan fikiran, awak pergi sorang-sorang boleh?" suruh Diana.

"Kau boleh ke duduk sini sorang-sorang?" Kerisauan suara Isaac. Berat hati nak tinggalkan sang kekasih seorang diri.

"Okay," Senyum manis diukir sebagai bukti.

"Kau bawak telefon tak?"

"Habis battery." Kepala tidak gatal digaru.

"Kenapa tak charge phone?" Isaac menarik muncung depan tudung Diana.

"Jangan tarik tudung saya, ingat senang ke nak betulkan balik?" penuh geram Diana meniup tudungnya agar bentuk kembali.

"Kau buat hal, aku tarik sepuluh kali muncung tudung kau. Cuai lagi," bebel Isaac macam mak-mak.

Bayang Isaac menghilang dipandang begitu saja. Tak ada tanda untuknya menyertai Isaac. Susuknya saja berdiri, tapi hati dan jiwanya entah ke mana menghilang. Terkenang semua kata yang dilontarkan Papa padanya benar-benar melukakan hatinya. Perlukah dia berhenti belajar begitu saja?

"Hey,"

Bahunya dicuit, lantas Diana paling tubuh mengadap Isaac.

"Hey," ucap Diana nak tak nak.

"You okay?" soal Isaac kerisauan.

Diana hela nafas berat, pandangan dihala pada pantai jernih di depan mata.

"I feel like you will understand. So, I want to tell you what happened and get rid of that burden."

"I'm all ears," Jeda seketika. Isaac menanti ayat keluar dari bibir Diana.

"Perlukah saya hentikan semua ini?"

"Hentikan semua ini?" ulang Isaac.

"Berhenti belajar..." Sedih suara itu dilontar.

"Sebab?"

"Ayah saya tak nak saya sambung belajar sebenarnya,"

"Asal ayah kau pelik sangat? Ayah kau tak nak tengok kau jadi seorang yang berjaya ke?" tukas Isaac. Tak puas hati keputusan yang Papa Diana ambil.

"Papa cakap, harta yang ada sudah memandai. Papa nak saya tolong ambil alih syarikat miliknya."

"Sayanglah, kau dah nak habis belajar. Takkan nak sia-siakan macam tu je? Tak kira membazir ke duit yang kau guna?"

"Papa tak kesah pasal duit, yang penting papa nak puaskan hatinya aje. Biasalah, lelaki takkan faham perempuan..." Jelingan maha tajam dari Isaac membuatkannya terhibur. Tersengih sekejap melihat reaksi muka itu. Ketat aje, jelas menahan marah padanya.

"Kau ingat lelaki sama ke? Kau tak boleh samakan papa kau dengan orang lain sebab mereka keluarnya dari rahim berlainan dan didikan yang diberi jugak berbeza. Untuk kau cakap mereka adalah sama sangatlah salah, kau tahu?" nada yang ditutur kedengaran geram. Marah ke cik abang?

"Saya cakap aje, bukannya untuk awak."

"Aku yang terasa masalahnya." Isaac peluk tubuh.

"Sorrylah, saya janji takkan cakap lepas dah. Saya gurau aje, lelaki tak sama. Lelaki semua baik-baik, tak ada yang jahat." Itu lebih kepada memerli sebenarnya.

"Itu bukannya memujuk, nampak gaya macam memerli aje." Terkekeh Diana ketawa. Kelakar!

"I said what i said."

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now