Bab 7

1.6K 142 16
                                    

Diana melabuhkan duduk di atas kerusi. Bekal yang dibawa dibuka. Semerbak bau nasi lemak yang dimasak tadi pagi. Rakus bau dihidunya. Bismilah dibacaan. Tak sempat nak makan, seseorang telah merampas makanan miliknya.

"Hey!"

Isaac angkat kedua keningnya. Makanan yang dibelinya diberikan pada Diana. Diana mendengus geram. Jujur makanan kepunyaan Isaac lebih banyak kuantiti berbandingnya. Tapi Diana nak makan nasi lemak, bukan nasi ayam!

"Bagi balik nasi lemak saya, susahlah kalau setiap hari awak asyik ganggu saya." keluh Diana.

Secara paksa, lelaki itu menyuap nasi lemak dalam mulutnya.

"Makan. Kalau tak, aku cium kau dekat sini." ugut Isaac.

"Ugut benda yang sama. Cium-cium, ingat tak berdosa ke main cium anak orang? Kalau ada ikatan lainlah, nak cium sampai balik pun takpe." omel Diana sendiri.

"Aku masuk minang kau, kau tak terima. Siap kau aku kerjakan."

"Saya gurau aje hal kahwin semua tu. Saya muda lagi, nak bangkit berjaya dulu. Asyik kalah aje dengan exam. Saya nak jugak berjaya dan ada butik sendiri."

"Kalau kau ada butik, kau akan kahwin ke?"

"Boleh diterima." Isaac mengangguk.

Nasi ayam yang masih tak luak itu dipandang. Dah habis nasi lemak dimakannya, kalau Diana tak makan. Boleh jadi akan sakit nanti. Decitan dikeluarkan. Nasi ayam dibawa merapat.

"Bukak mulut."

"Saya boleh makan sendiri." Isaac pukul tangan Diana. Tak bagi rampas sudu.

"Kau nak aku suap dengan tangan atau sudu?"

"Janganlah awak, semua mata dah tengok kita berdua. Awak jangan buat saya malu boleh tak?"

"Nak malu apa? Bukan aku buat benda bukan-bukan, aku suap kau aje. Lepas suap aku blahlah."

"Awak blah sekarang lagi okay rasanya." Isaac mengetap kuat gigi. Rahang bergerak dengan nafas tidak menentu.

"Kau nak aku paksa dari mulut ke mulut ke Ana? Hmm?" keras suara lelaki itu berbisik dan sungguh suara itu menggerunkannya.

"Okay saya makan." Diana mengalah.

Keluhan berat dilepaskan.

"Bismilah dulu." lembut suara lelaki itu.

Diana buat mata ke atas. Emosi lelaki itu selalu berubah-ubah. Rimas jugak bila diperlakukan sebegini. Tak ada langsung privasi untuk bersendirian.

"Dah kenyang ke? Atau nak beli satu lagi?"

"Dah kenyang." Isaac hulur air milo ais pada Diana.

"Itu air awak, saya mana boleh minum."

"Minum jelah, kau banyak songeh betul." Isaac tarik muncung atas bawal Diana. Habis bentuk dah tak jadi.

"Jangan kacau tudung saya boleh tak?" marah Diana geram.

Semua pelajar dah tengok mereka berdua lain macam, manakan tidak. Lelaki yang mereka minati bercakap dengannya. Isaac tak pernah rapat dengan sesiapa. Nak bercakap lagilah, sangat tak ambil tahu tentang perempuan. Itu yang Ayuni katakan padanya.

"Tak lengkap hidup aku kalau tak kacau kau." Air disua pada Diana untuk sekali lagi.

"Aku tak minum lagi, minumlah." Akur, Diana minum air pemberian lelaki itu. Rezeki jangan ditolak kan?

"Aku mempunyai syarikat sendiri. Bekerja ketika aku berumur lapan belas tahun, aku dah tahu banyak tentang perniagaan." beritahu lelaki itu tanpa segan silu.

His Psyho Obsession (IN EDITING)Where stories live. Discover now