Satu fakta.
Orang yang suka menulis atau bagi kata-kata melalui puisi ni
sebenarnya... sedang bercakap tentang dirinya sendiri.
Tanpa ada niat untuk menyindir siapa-siapa, dan dia juga bukan sedang
bercerita tentang 'dia' atau 'mereka' .
Orang rasa kena dengan situasi mereka , padahal si penulis itu hanya
melepaskan 'busur panah' kata itu tanpa sasaran , dan dibiarkan saja ia
pergi, bebas melayang ke mana-mana .
Pada hakikatnya bukan si penulis yang menentukan ke mana arah
tujuan aksara itu tetapi tulisan itu sendirilah yang memilih hati siapa
yang ingin disinggahinya.
Kalaupun kebetulan ada dari siapa-siapa yang merasa sama tatkala
membaca ayat atau puisi tersebut maka percayalah bahawa kisah
yang tersirat di sebalik susunan aksara tersebut sebenarnya sama ada
sedang, atau dahulunya pernah dihadapi oleh jiwa yang
menyuratkannya.
YOU ARE READING
Siri Cerpen dan Puisi - Tarian Pena
Short StorySederhana tapi bermakna, siri cerita pendek dan lakaran puisi yang dinukilkan ikhlas dari hati.