Teruntuk kamu yang jauh di mata ,
Namun sentiasa ada di laman kerinduan .
Jarak mungkin memisahkan kita dari pandangan ,
Namun yakinlah bahawa doa sentiasa ada untuk mendekatkan .
Teruntuk kamu , yang sudah kuanggap seperti kakakku sendiri .
Apa khabarmu kebelakangan ini ?
Kuharap dirimu sentiasa ada dalam kesejahteraan hakiki ,
Jangan bersedih , kerana ada hati yang mendoakan kebahagiaanmu di sini .
Teruntuk kamu , yang sentiasa berada dalam perlindungan Ilahi .
Diriku berharap , semoga lekas perpisahan ini diakhiri .
Kerana sungguh , sudah penat rasanya untukku menanggung rasa rindu ini sendiri .
Kuharap impian pertemuan kita akan segera menjadi realiti 💕
Teruntuk kamu , yang sentiasa ada mendukung impian dan harapan kecilku ,
Tiada kata yang mampu kuungkap , untuk menzahirkan rasa sayangku padamu .
Sungguh perhatian dan sokongan yang kau kira biasa ,
Sebenarnya adalah anugerah terindah yang ada untukku .
Doaku semoga , segala impian dan mimpimu juga lekas di aminkan Tuhan
Percayalah semesta juga akan setia mendukung harapmu ,
Dan aku juga tahu , kamu pasti mampu menjadikannya kenyataan ❤️
Teruntuk kamu yang selalu menghadiahkan ku senda tawa dan senyuman seri ,
Sungguh kamu bagaikan pelangi , yang hadirnya mengindahkan lagi potret kehidupan ini .
Hadirmu mungkin sesekali , namun ketahuilah bahawa ia adalah sesuatu yang amat kunanti .
Teruntuk kamu yang sentiasa ada ,
Kamu bagaikan rembulan , yang menemani saat kelamku yang buta dari cahaya .
Tanpa kau sedar , ketiadaanmu telah menjadikan hidupku gelap gelita , umpama malam tanpa purnama .
Dan teruntuk kamu yang aku sayang ,
Semoga Sentiasa dihadiahkan kekuatan , kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala onak duri kehidupan .
Adikmu di sini akan selalu mendoakan ,
Semoga hidupmu berjaya dan dilimpahi kebahagiaan - dari dunia hingga ke alam terkemudian ❤️
Sambutlah salam sayang , dari saudarimu di kejauhan
Hanya di mata , namun di hati jangan 😊
YOU ARE READING
Siri Cerpen dan Puisi - Tarian Pena
Short StorySederhana tapi bermakna, siri cerita pendek dan lakaran puisi yang dinukilkan ikhlas dari hati.