Andai aku mampu mengatakan hal ini kepada mereka , si kecil yang masih keliru dengan kekalutan yang mereka harus hadapi pada usia seawal ini.
Teruntuk kalian, anak anak kecil yang masih belum mengenal hakikat kepahitan dunia
Kumohon , nikmatilah zaman terindahmu itu.
Menarilah di bawah ributnya hujan
Berlarilah di atas tanah tanah merah tanpa bersepatu , meski jatuh hingga terluka tapak tangan
Tertawalah , seakan akan tiada duka yang bermukim di hatimu
Lakarlah langit dengan jari jemari kecilmu ,
Binalah sebanyak cerita dan kisah , warnakan imaginasimu
Lukislah watak kegemaranmu di awan, dan lihatlah bagaimana mimpi mewujudkan anganmu
Bergembira dan berbahagialah , kerana usiamu kini memang diciptakan semata-mata untuk itu
Percaya padaku , bahawa suatu saat nanti kau akan merindu
; Saat saat kecil yang telah kausiakan
Tanpa betul-betul engkau hidupkan.
Namun aku akui, kanak-kanak hari ini memang dihimpit dengan keterbatasan. Zaman kanak kanak mereka tidak sama lagi seperti kita dahulunya.. Namun aku masih tetap berharap kalau kalau mereka boleh tinggalkan satu dua memori untuk kelak mereka kenangkan :')
YOU ARE READING
Siri Cerpen dan Puisi - Tarian Pena
Short StorySederhana tapi bermakna, siri cerita pendek dan lakaran puisi yang dinukilkan ikhlas dari hati.