Buai laju-laju

8 0 0
                                    


Melayang layang rambut si dara

Menyambut belaian si bayu petang

Ringan tubuhnya diangkat udara

Membuang resah menjemput tenang.

Di taman yang sunyi itu ,

Munculnya seorang gadis  bersama senyumannya yang tersangat manis.

Ketawa riangnya kedengaran, terlihat seolah dialah insan paling bahagia.

Namun dengan tidak semena-mena... senyumannya memudar

kedengaran esak tangis si gadis , semua duka dan lukanya terhampar.

meski tidak dilaung , namun masih tangis itu didengar. 

Sambil kedengaran lunak merdu suaranya

Dia mengungkapkan harapannya yang kian samar,

di atas buaian usang.

Buai laju-laju, bawa pergi dukaku

Buai laju-laju , terbangkan semua laraku

Buai laju-laju , kembalikan semula bahagia itu

Laju dan laju , kerana tidak lagi kumahu – berpura senyum dan tertawa palsu.

Buai laju-laju, bawa pergi dukaku

Buai laju-laju , terbangkan semua laraku

Buai laju-laju , kembalikan semula bahagia itu

Laju dan laju , kerana tidak lagi kumahu – berpura senyum dan tertawa palsu.

Rangkap itu diulang-ulang , ayunan buaian semakin menjulang

jeritan jiwanya dihentak kenang , hingga suara berkunjung hilang.

Genggamannya di tali buaian yang tadinya erat , kian melonggar dan terbuka

ayunannya semakin perlahan .. tangisannya tiada lagi bernada

Buaiannya terhenti, hingga kakinya menjejak tanah

taman itu kembali sunyi , namun kini pipinya basah.

Wajahnya .... masih sesugul kelmarin

namun tidak lagi dukanya 

 kerana semua sudah  dilepas, pergi jauh dibawa angin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Siri Cerpen dan Puisi - Tarian PenaWhere stories live. Discover now