Kerana aku tahu.

14 0 0
                                    



Aku menghargai sekecil-kecil perhatian,

Kerana aku tahu bagaimana rasanya diabaikan.

Aku menghargai sehalus-halus rasa sayang,

Kerana aku tahu bagaimana sakitnya dilempar kebencian.

Aku menghargai sebenar-benar kejujuran,

Kerana aku tahu bagaimana peritnya menghadapi kebohongan.

Aku menghargai tingginya harga kepercayaan,

Kerana aku tahu bagaimana pedihnya sebuah pengkhianatan.

Aku menghargai sebuah huluran persahabatan,

Kerana aku tahu bagaimana rasanya berjalan bersendirian.

Aku menghargai segala-galanya, meskipun yang kau beri cuma sekuntum bunga

Kerana aku tahu bagaimana rasanya dianggap tidak wujud, dan tidak punya apa.

Siri Cerpen dan Puisi - Tarian PenaWhere stories live. Discover now