Kehadiranmu di sana mungkin lebih awal dariku
Namun itu tidak bermakna aku lewat , hanya takdir menetapkan begitu.
Untuk setiap jeda yang tidak diteruskan
Untuk setiap kata yang tidak diungkapkan
Untuk setiap rasa yang tidak dititipkan
Dan untuk setiap sapa yang kekal tersimpan,
Percayalah bahawa semua itu tidak pernah sunyi dari pengetahuan Tuhan.
Bisu bukan bermakna hilang
Aku hanya memilih cara lain untuk berjuang.
Pergilah , kejar anganmu
Capai mimpimu.
Mungkin kisah ini tidak ditakdirkan untuk menjadi satu,
biarlah ia terpisah menurut jalur yang diingin Tuhanku.
Kisah ini mungkin masih tak berujung temu
Biarkan, kerana Dia lebih tahu caranya mewujudkan harapku.
Pergilah
Perjuanganmu mungkin mendahului perjuanganku,
Namun doaku mendahului langkahmu.
YOU ARE READING
Siri Cerpen dan Puisi - Tarian Pena
Short StorySederhana tapi bermakna, siri cerita pendek dan lakaran puisi yang dinukilkan ikhlas dari hati.