_________
Bintang yang bertebaran di dada bumantara dicenung, jelas keluhan berat terbit di bibirnya. Kenangan lama menggamit semula tentang si dia, yang berada jauh di sana. Terlalu jauh untuk digapai, mungkin sekarang si dia sedang tersenyum. Cincin di jari dicenung seketika, jelas cincin ini yang banyak membawa makna dan kisah disebaliknya. Bermula dengan perkenalan yang singkat dan memalukan, datang dua hero melindungi si gadis dari dijadikan mangsa buli.
Jika dilihat dari perspektif jauh, mungkin dia sudah gila. Ya gila sebab pada hari pertama sahaja dia dah tempah nama dengan sekumpulan gadis yang boleh dikatakan agak gangster. Dengan gaya yang angkuh, ketua kumpulan datang merapati dia lalu menunjal dahinya dengan kasar. Sadis bukan? Bukan niat dia nak tertumpahkan kuah laksa di atas baju mereka. Jika difikirkan secara logik, peratusan pelanggaran amatlah tinggi, kau bayang kuah tu dahlah panas selepas itu yang si bukan-bukan pula buat jalan sekolah ini macam sekolah ayah dia sendiri, memang kenalah. Siapa suruh jalan tak pandang depan.
"Kau buta ke? Tak nampak aku nak lalu! Dahlah suka-suka mak ayah kau je langgar aku! Bodoh, nasib baiklah otak kau tu ada guna. Ke kau ada guna ubat guna-guna untuk masuk kelas depan? Ke kau ada tiru masa exam? Setahu aku, kalau pelajar baru masuk, diorang mesti kena tempatkan dekat kelas hujung asal kau lain. Hmm?" ujar Adel.
"Saya minta maaf. Saya janji, saya takkan buat lagi. Maafkan saya..." ujar Nuha terketar-ketar. Tangan yang memegang mangkuk laksa tadi, jelas mengigil disebabkan waktu pelanggaran itu, tangannya terkena sedikit percikan dan lagi membuatkan dia tambah gigil bukan dia tak dengar desas-desus pelajar sekolah bila dia lewati bangunan sebanyak tiga tingkat untuk mencari kelas barunya setelah selesai berurusan di pejabat sekolah.
"Untuk pengetahuan kau, kau dah langgar rules aku tau. Daripada spesies-spesies muka macam kau ni, kau seorang je berani melebih. Cuma nasib kau baik sebab kau masih student baru lagi dekat sini. Okay for today, aku maafkan kau cuma satu je aku nak pesan jangan pernah-pernah ada hati atau cuba dekat dengan dua jejaka hot. Aku nampak je kau dekat mahupun selangkah kau tahulah langit kau tinggi ke rendah. By the way, nama aku Adel Adwa. Don't worry kau boleh panggil aku ikut suka kau, aku tak kisah semua tu. Cuma tulah, aku harap kau tak tempah nama kau untuk cari masalah dengan aku" ujarnya sedikit gah.
"Apa bising-bising ni Adel dan kau?" ujarnya sebelum matanya tertoleh melihat Nuha yang sudah menunduk ke bawah. Tersedar dari lamunan, dia terus mematikan wajah dari melihat Nuha lalu menoleh semula ke arah sahabatnya di belakang. Ketika Nuha cuba mendongakkan sedikit kepalanya ke atas, lantas dia cuba menunduk laju-laju.
"Ya Allah, ini bidadara sesat ke?" Dengan tie ditambah pula dengan blazer berwarna biru pekat melekat di badannya, rambut disisip rapi cukup membuahkan satu aura. Tag nama, Nuha cuba baca walaupun sipi-sipi. Affan Daiyan, sedapnya nama. Namun apa yang lebih memeranjatkan Nuha, ketika Nuha sibuk meniliknya dari pandangan sipi-sipi, dia sudah pun bertukar arah. Jika tadi dia ada di hujung kanan, kini berada tepat-tepat di depan Nuha. Dengan ketinggiannya 180cm, mengalahkan tinggi Nuha, sebanyak 170cm.
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romance[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...