enjoy it! aku pecahkan kepada 3 bahagian. pada bab ini cuma akan ada part pertama & part kedua sahaja. part ketiga pula aku bawa ke bab seterusnya sebab kalau nak tulis pun memang akan panjang. tak sangka dah nak cecah 40 bab!
alert : 1/1 adalah part masa silam Kalsom dan Zhen (waktu sekolah menengah). so started akan bermula dari "Sebenarnya..."
_______________
Zhen melemparkan pandangannya pada Amir. Amir pandang Zhen lama, kemudian dikerah budak itu untuk melakukan itu ini.
Ini baru permulaan penderitaan kau, Zhen. Terima kasih kepada ayah kau, aku akan balas dendam pada kau. Dendam lama harus dilaksanakan.
Hari pertama, Zhen yang ketika ini sedang berumur 10 tahun. 3 tahun berjarak umur dengan Amir. Ya, kini dia masih tinggal bersama Amir. Mereka masih berada di bawah pengawasan Encik X. Orang tua kerepot ini tak mati lagi.
Dia dikerah untuk menjadi kambing hitam kepada bapanya sendiri. Orang tua itu ada sahaja sikapnya tak sedar dek kubur memanggil.
"Kau datang sini!"
"Ya, abang..."
Amir memekik memanggil Zhen dari kejauhan. Dia lapar dan dia mahu Zhen belikan sesuatu untuknya.
"Aku lapar manusia. Daging manusia. Kau boleh buat?"
"Err.. apa abang cakap? Daging manusia..., mana Zhen nak cari?"
"Carilah kat mana-mana kalau boleh aku nak yang fresh. Atau kau kerat je badan kau untuk aku bagi pada Rox..." balas Amir.
Rox, serigala peliharaan Encik X yang patuh akan arahan. Sebenarnya bukanlah serigala tapi sejenis baka anjing kacukan serigala (husky). Dari kecil, keluarga Zhen sudah membelanya.
Rox cepat kenal orang dan mudah mengecam. Dulu dia takut dengan Amir tapi sekarang tidak lagi, Amir adalah penjaga baharunya walaupun Amir tidaklah sampai menyentuhnya. Rox yang seakan faham yang berdiri jauh asalkan dia masih berada dalam pandangan Amir. Setiausaha.
"Cepatlah, kau tercegat apa lagi!"
"Baik-b-aik, abang..."
Cepat-cepat dia sarung selipar ke kaki, beberapa helai beg kitar semula untuk membeli barangan dibawa bersama. Zhen memulakan langkah menuju ke sebuah mini market yang berdekatan dengan kawasan perumahan.
Senarai barang diperhatikan,
• Pisau kecil
• Steak (daging)
- bawang putih, halia, sos lada hitam, sos perasa, madu asli, ½ mentega / minyak zaitun, mix herbs dan rosemary.
• Set garpu dan sudu
• Lilin
• TisuItu sahaja, seketika itu Zhen merasakan ada hal yang pelik akan berlaku. Kenapa pula, Amir menyuruhnya membeli semua ini sedangkan di rumahnya sudah dilengkapi dengan hidangan dan kelengkapan sebegitu. Mungkin lelaki itu kelaparan atau sebaliknya.
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romantik[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...