[ 13 ] - tidak pulang?

145 18 26
                                    

___________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

___________

"Weh penat!"

"Sabar!"

Baru separuh jalan, Qayyum dan Affan sudah tidak larat untuk menolak. Itulah siapa tak suruh isi minyak siap-siap, kan dah susahkan diri. Jam di tangan ditilik, sudah memasuki angka 9.24 malam. Mereka masih tidak pulang ke rumah lagi.

Tote beg ditarik ke hadapan, syukurlah mereka masih ada lagi air untuk diminum. Air mineral yang dibeli oleh Qayyum setelah mereka selesai menonton wayang.

Tongkat motor disepak, lalu mereka bersandar di atas penghadang jalan. Air mineral yang masih berbaki tadi diteguk rakus setelah selesai membaca doa.

"Weh, telefon kau ada bateri?" tanya Qayyum dalam nada kepenatan. Diseluk tote begnya dan syukurlah bateri telefon masih lagi berbaki 20%. Cukuplah untuk telefon seseorang, abang Que tolong Qayyum!

Lantas, telefonnya dilemparkan ke arah Affan. Menyuruh lelaki itu menelefon sesiapa sahaja kecuali 'seseorang' itu.

"Asal aku lak tak guna, telefon kau, kau lah yang telefon..." balas Affan malas. Apa punya orang ada telefon tak nak call, baik lempar je telefon dalam longkang. Selesai masalah.

Dirampas semula telefon berjenama Realme itu, dibuka bahagian homepage dan dicari aplikasi yang bertandakan icon telefon. Lantas, carian nama diketik. Qayyum scroll lagi dan lagi hingga menjumpai huruf Q.

Abang Que Hamdan, abang angkat yang paling masyuk dengan Qayyum. Jika dia terlewat, abang inilah yang akan back-up dia. Untung badan.

Bunyi nada dering suara menjamah halwa telinga mereka berdua. Berharap sangat yang abang Que akan mengangkat panggilan itu dan mereka juga berharap agar Allah memberikan mereka jalan penyelesaian.
















"Terima kasih Haidar, sorry susahkan kau do..." ujar Aulia dan Aafiyah serentak. Namun dalam nada berterima kasih, mereka berharap yang Nuha akan selamat.

"It's okay, terima kasih sebab kau orang sudi terima pelawaan aku dengan Haidar. Kau orang masuklah kejap lagi, kena marah pulak..." ujar Ariq di sebelah.

Masing-masing berbalas senyum lalu lambaian tangan dinaikkan sebagai tanda mahu berpisah. Hari Isnin, mereka akan berjumpa lagi di sekolah.

Kepala stereng dikepak ke kanan dan ikuti dengan tayar, agar mereka keluar dan boleh meneruskan perjalanan. Ocehan DJ di siaran radio, mengamit gelak ketawa. Kadang-kadang mereka suka mendengar ocehan Jep Sepahtu, Rahim dan lain-lain. Tak pernah jemu dek telinga.

"Weh Dar, kau rasa Nuha dah sampai balik ke?" tanya Ariq. Risau juga sebab gadis itu seperti tidak banyak bercakap atau boleh dikatakan agak introvert.

"Tak pastilah Riq, aku susah hati dahlah pemandu Grab yang dia tempah tu lelaki..." balas Haidar. Masih tidak pulang lagi ke?

Sewaktu Nuha sibuk menuduk ke bawah, dia perasan yang muka gadis itu terlihat lain dan dia juga terpandang ke arah telefon pintar Nuha. Wajah itu pucat namun atas sebab apa dia pun tak tahu. Cuma dia berharap yang penerimaannya akan diterima.

Cermin biasan belakang dipandang, sekarang mereka sudah mula memasuki jalan raya utama kerana rumah Ariq terlalu jauh dari pusat membeli-belah itu. Nak ke sekolah pun, Ariq perlu bertolak awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Ariq yang berada di sebelah dipandang. Kelihatan sahabatnya ini pun sama, masih risaukan keberadaan Nuha. Dikalau lah dia tidak mengajak Nuha ke mari, sudah tentu gadis itu selamat berada di rumah ataupun sudah sampai ke rumah sambil ditemani mereka berempat tadi.

Usai selesai menghantar Ariq, Haidar memutuskan untuk ke KFC, mahu membeli apa yang dipesan oleh adiknya. Bahagian drive-thru dimasukinya, sambil-sambil menunggu kereta di hadapan, dia membuka aplikasi WhatsApp. Nama Nuha dicari, lalu apabila dia sudah menjumpainya laju sahaja keyboard diketik.

Haidar (9.48 pm)
Nuha, awak dah sampai hospital?
Kalau dah sampai, boleh jumpa saya sekejap, ada benda yang saya nak bagi untuk awak.

Usai membaca mesej yang dihantar tadi, tiba-tiba salah satu kereta dibelakang sudah membunyikan hon. Barangkali marah, kerana dia sudah membuang masa dan waktu semua orang. Masih ramai yang beratur di belakang.

Tingkap kereta diturunkan lalu kedua-dua tangan dibuat seperti clap hand, namun bukan clap hand ianya adalah tanda memohon maaf. Usai memerhati orang disebalik biasan cermin belakang kereta mengangguk kepala dia berasa lega.

Kereta diteruskan ke hadapan, usai bayarannya selesai dia diminta untuk tunggu di parking kereta kerana ada beberapa dari pesanannya dalam proses persiapan.









Splash!

Nuha cuba membuka matanya akibat dari percikan air. Kabur dan dia berasa pening. Dalam samar-samar dia memerhatikan keadaan sekeliling. Seketika dia seperti bingung, bukankah dia perlu ke hospital dan kenapa dia masih berada di dalam kereta ini?

Dia cuba bangun namun terasa pedih di bahagian tangannya, kedua-dua tangannya sudah digari dengan gari. Entah datang daripada mana. Dia cuba untuk membuka, tidak kisah akan bekas yang akan terima nanti.

Mulut yang ditekup dengan kain itu menyukarkannya untuk bertutur. Pandangan masih berbalam. Dalam keadaan begini, amat sukar untuk dia lepaskan diri. Seketika terasa seperti pintu kanan bahagian pemandu dibuka.

Di matanya, jelas terlihat satu susuk tubuh yang sado, namun muka tidak terlihat. Hampir kesemuanya!

"Hai sayang, awak dah bangun? Sorry abang lambat kejutkan sayang tadi, seronok sangat tidur so abang biarkan sahaja..." ujar dia. Suka melihat gadis itu meronta-ronta melepaskan diri.

"Jangan susahkan diri sayang, kali ini kau takkan terlepas" Monolognya dalam hati. Dipandang lagi wajah itu, rasa membuak-buak itu ditahan juga. Dia harus lancarkan rancangan gilanya. Tak perlu lakukan kerja secara tergopoh-gapah.

"Tolo...tolo.. tolong..." jerit Nuha lagi. Digigit kain itu, sepuas hati masih juga tidak memberikan kerjasama. Bahagian kocek celana, dia cuba gapai mana tahu ada apa-apa peralatan yang tajam untuk dia cuba rungkaikan kain di mulut ini.

Seketika kemudian, terasa seperti dirinya didukung gaya bridal style, dia terasa mahu menangis. Segala layaran bait -prasangka buruk datang menjelma. Seumur hidupnya, tidak pernah ada lagi lelaki yang memegangnya sebegini kecuali Affan, kerana urgent. Jadi nak atau tak nak, dia tidak boleh marahkan Affan.

Sebuah rumah agam lama, dipandang. Rasa takut mula menjalar dalam diri. Ya Allah, bantulah hambamu.

"Terima kasih abang Que!" jerit Qayyum gembira. Akhirnya dia sudah berjaya, rupa-rupanya lelaki itu juga baru pulang dari supermarket yang sama untuk membeli barang dapur; barang basah dan kering.

"Sama-sama, lain kali isi minyak siap-siap... Que Hamdan hanya tersenyum lebar apabila Qayyum memandang ke arahnya sebelum ... okay abang bukan selalu ada untuk kau orang. Hah kau Affan, tolong peringatkan adik 'kesayangan' abang ni" ujar Que Hamdan lantas telinga Qayyum ditarik pulas.

"Aduh, saa...sakit abang..." balas Qayyum. Manalah dia nak tahu akan jadi sebegini. Sebuah sengihan dihadiahkan lagi buat Que dan Affan.

-

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022

Hitam Putih | HWhere stories live. Discover now