___________
Perlahan-lahan kaki dipasakkan menuju ke arah Nuha yang sedang berada di sudut penjuru sana. Diperhatikan gadis itu lama dan lama. Qayyum mula diasak rasa malu yang menggunung. Dia dah tak sanggup nak teruskan permainan ini lagi. Namun, apabila dia mengutarakan cadangannya, terus ditolak serta-merta oleh pelajar lain. Apa yang dia boleh lakukan lagi.
"Em, Nuha..." panggil Qayyum perlahan. Hanya cukup untuk dia dan gadis itu dengar sahaja.
"Ya Qayyum, ada apa awak panggil saya?" balas Nuha. Senyuman kecil diberikan kepada Qayyum yang berada di hadapan. Bukan dia tidak tahu yang lelaki ini agak malu dan rasa bersalah dengan pertanyaan yang diutarakan semalam. Ya, dia akui pertanyaan itu agak sensitif untuk diluahkan apatah lagi di khalayak ramai.
"Saya nak minta maaf jika soalan saya semalam ada yang menyakitkan hati awak. Sungguh saya pun tak tahu kenapa soalan itu boleh terkeluar dari mulut saya. Saya tak berniat untuk sakitkan hati awak. Saya harap awak sudi maafkan saya..." ujar Qayyum. Tangan diramas-ramas sendiri. Tie yang semakin mengendur ke bawah di tarik-tarik. Matanya masih terpaku ke arah Nuha yang hanya mendiamkan diri.
Tiga minit,
Dua minit,
Seminit kemudian, gelak ketawa halus mula menerpa halwa telinga Qayyum. Qayyum mula merasakan pelik terus memandang ke arah Nuha. Gadis itu sedang ketawa? Untuk sebab apa?
"Kenapa awak gelak?" ujar Qayyum kebingungan. Bukan tadi dia dah minta maaf dan sudah memberikan penjelasan. Tetapi diakhirnya kenapa Nuha gelak dengan kata-kata kemaafan yang baru dia ungkapkan sebentar tadi.
"Qayyum, saya tak marah awaklah. Kenapa awak macam takut sangat? Don't worry, saya tak terasa apa-apa pun okay. Biasalah, dah nama pun kita main game. Game tu pula true or dare. Takkan awak tak pernah tengok korean drama or movie english yang banyak main permainan ni dekat camping and so on. Chill okay. Saya tak marah pun. It's okay, kadang permainan macam ni ada bahayanya sebab kita terpaksa bersikap jujur dan kita kena berani apabila seseorang pemain di hadapan kita utarakan soalan maut" ujar Nuha panjang lebar.
"Hehe, baik Nuha. Kalau macam tu, saya janji saya takkan sakitkan hati awak lagi. By the way, lepas ni giliran kita kan? Sebab ada lagi satu kumpulan yang tengah main. Awak nak air tak sebab after ni saya nak terus beli air dekat kantin. Oh for your information, hari ni hari terakhir kita dekat sini, maknanya dah tiga hari program ini berlangsungkan. After jam loceng bunyi, kita dah boleh gerak masuk ke kelas untuk rehatkan diri sebab cikgu-cikgu ada meeting untuk acara mingguan tak silap saya lepas ujian pertengahan tahun kita akan pergi. Tarikh dan masa cikgu tak tetapkan lagi " ujar Qayyum. Lega hatinya kalau Nuha tidak terasa hati.
Cahaya infra merah mula memancar memenuhi segenap ruang bilik. Bilik yang himpit, dipenuhi dengan polaroid milik seseorang gadis yang telah lama bertaktah di hatinya. Papan dart yang digantung di dinding dipandang sekilas. Tersungging satu senyuman sinis meniti di bibirnya. Gambar berukuran saiz polaroid itu dibaling dart dan balingannya mengenai nombor 10. Seketika matanya memandang seluruh bilik ini, memicing ke arah pelbagai sudut lain. Tidak sia-sia bakat yang dia miliki, dendam yang tersumat harus disegerakan. Rasa benci yang membuak-buak mula merasuki diri. Dakwat darah miliknya hasil torehan pisau, dicalit ke arah gambar tersebut.
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romance[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...