_________
"Aduh!"
"Kenapa kau berhenti Qayyum?" tanya Affan. Tiba-tiba malam sebegini, boleh pula sahabat sejati menghentikan motor. Sudahlah kawasan sekeliling dipenuhi hutan. Mak ai, seram mat. Dan jalan yang dipilih pula bukanlah jalan utama yang sering digunakan oleh pengguna lain. Jangan kata Qayyum ni dah buang tabiat?
"Emm... Qayyum berpaling ke arah Affan lalu satu sengihan bersama mukanya yang tidak bersalah ditayang ... Minyak habis" ujarnya.
"Apa!"
"Habis tu, kita nak buat apa ni? Kau jangan buat lawak bodoh yang kita kena tolak motor sampai jumpa stesen minyak..." balas Affan datar. Tahu dah kalau minyak motor habis tak lain tak bukan kenalah isi minyak dulu. Tapi pukul 8.00 lebih macam-macam ni ada lagi ke stesen minyak yang buka di kawasan terpencil seperti ini?
Dalam menikmati panorama malam yang dihiasi lampu neon, Nuha masih lagi tertumpu ke arah telefon pintarnya, menunggu mesej dibalas. Dia sudah mengenali isteri Pak Samad sejak awal-awal lagi dia dibawa pulang ke rumah agam itu. Puan Warda dan Encik Hakim juga menatangnya bagai minyak yang penuh. Walaupun dia tidak meminta itu dan ini, mereka berdua tahu apa yang difikirkan gadis itu.
Aplikasi Instagram dibuka lalu dibuka bahagian setting yang terdapat pada aplikasi itu dan bahagian archive diketik. Hanya dia sahaja yang dapat melihat. Dilihat caption dibawah gambar itu,
15/6/2002.
The best birthday ever, thank you ibu abah. I appreciate it.Pada umur yang akan menjelang ke 12 tahun, Nuha bercadang untuk menyambut hari jadi di kaki bukit, kerana terlalu suka dengan panorama malam. Baginya malam adalah waktu yang paling bagus untuk tenangkan diri. Jika hati gusar atau dia rindu seseorang, di sinilah tempatnya akan pergi. Tiada siapa pun yang tahu kecuali Encik Thafiq dan Puan Zahra. Kadang-kala mereka bertiga datang ke sini, mengambil angin malam.
Usai bersiap-siap, dia mahu bergerak dulu ke beberapa buah rumah untuk mengedar kad hari jadinya. Dipantul diri di hadapan cermin itu dan setelah puas menilik diri sendiri, dia berlari anak lalu tas tangan disangkutkan ke bahu. Beberapa keping kad hari jadi yang bertemakan bintang dan bulan diampit.
Anak tangga dituruni perlahan, senyuman terbit di bibir apabila melihat Mak Indah sedang menyusun beberapa snek.
"Mak Indah!"
"Hai Nuha, dah bangun?"
"Dah-dah, Mak Indah nanti temankan Nuha boleh?" soal Nuha. Tak sabar nak edarkan 6 keping kad hari jadi kepada jiran. Mereka tiada kenalan yang ramai, namun cukuplah mereka bersederhana dalam menikmati kehidupan ini.
"Boleh sayang..." balas Mak Indah. Selama dia bekerja di sini, tidak pernah lagi Nuha dan ahli keluarganya menyusahkan dia. Terkadang dia perlu ke taska, Encik Thafiq dan Puan Zahra menghulurkan bantuan mahu mengambil dan menghantar Uwais dan beberapa orang lagi anaknya. Segala perbelanjaan dia, suami dan anak-anak ditanggung oleh mereka. Rumah juga diberikan jadi tidak perlu mereka sekeluarga berulang-alik dari kawasan perumahan lama untuk ke sini.
Pintu pagar kecil itu dibuka lalu dipimpin tangan Mak Indah agar mengikutinya. Puan Zahra dan Encik Thafiq berada di luar, mereka masih menunggu kek yang ditempah dan sambil-sambil mahu membeli hadiah kepada Nuha dan beberapa orang anak-anak tahfiz yang akan menghadiri.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, eh hai Nuha, kenapa datang ni?" ujar Puan Kamilah. Dia baru sahaja selesai memasak, tiba-tiba terdengar bunyi pintu pagar dia seperti diketuk.
Satu keping envelope bercorakkan bintang dan bulan itu dihulurkan. Nuha gembira kerana yang hulurannya diterima dan berharap agar wanita dihadapannya dapat menghadiri.
"Terima kasih... ujar Puan Kamilah dengan senyuman yang sukar diertikan ... dan jangan harap aku akan datang ke majlis kau. Kau tahu aku benci keluarga kau termasuk dengan kau sekali, berlagak hebat macam kau sekeluarga je kaya. Dan tolonglah, kau dengan keluarga kau pergi berambus dari dunia ini. Dasar riak!"
Envelope itu dikoyak rakus tanpa memikirkan hati seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa. Dia hanya ingin penerimaan diterima. Salahkah?
Mak Indah, yang sudah tidak tahan lagi dengan tohmahan orang-orang di sekeliling rumah majikannya ini terus menjawab.
"Kalau ya pun Puan tak nak terima perlu ke tunjuk depan budak?" balas Mak Indah datar. Dia tak kisah asalkan maruah keluarga majikan terbela. Bahu Nuha dielus lembut, mahu beri kekuatan itu anak kecil itu.
"Wah tak sangka aku, ingatkan kau lembik je. Kau pertahankan keluarga bodoh tu? Apa yang diorang bagi kau makan?" balas Puan Kamilah. Dia cukup benci dengan keluarga itu, hanya kerana kemewahan yang mereka ada, perlukah mereka tayang dihadapan mereka?
"Puan tak perlu tahu dan puan tak patut dengar dari sebelah pihak. Desas-desus khabar angin tu bukan tentunya betul Puan. Puan, dosa menfitnah lebih besar dari pembunuh..." ujar Mak Indah lalu berlalu pergi.
"Mak Indah..."
"Ya sayang?"
"Apa salah Nuha, ibu dan abah? Kenapa mereka tak suka kita?" ujar Nuha tersedu-sedan. Sudahlah hari jadinya hari ini, mahu bergembira lain pula yang terjadi. Niat mahu menghulurkan kad itu kepada jiran tetangga.
"Nuha, Mak Indah tahu yang kamu sekeluarga tak bersalah. Biasalah sayang, mulut orang. Mereka terlalu percayakan khabar angin yang belum tentu betul dan Mak Indah percaya yang ibu abah Nuha tak buat perkara seperti itu..." ujar Mak Indah.
Ditiupkan semangat kepada anak kecil ini. Hati sayu mengenangkan tohmahan orang kepada keluarga yang banyak berjasa kepadanya. Pasti satu hari nanti, kebenaran akan terbela.
"Cik, kita dah sampai"
Nuha mendongak kepala memandang driver di hadapannya ini. Bukankah tadi pemandu yang ditempah melalui aplikasi Grab berwajah sekitar 30-an, lelaki. Dan kenapa pula pemandu seperti mengelak menunjukkan mukanya?
Duit bernot RM20.00 ringgit dihulurkan. Dia mengambil lalu cepat-cepat tangan Nuha ditarik lalu sehelai kain dilumurkan cecair klorofrom ditekup ke hidung dan mulut Nuha.
Rancangan sudah berhasil. Gadis itu berada di sisinya kini. Enjin kereta Proton Preve itu dihidupkan kembali lalu perlahan-lahan ia keluar meninggalkan perkarangan hospital.
Dipadang wajah Nuha yang ketiduran akibat cecair tadi. Lantas, beg tangan Nuha diselongkar rakus. Punat Iphone XS itu dibuka, dan bagus sekali gadis ini tidak meletakkan apa-apa perincian privacy dan security.
Beberapa alatan dibawa bersama. Dia harus jayakan rancangannya kali ini dan gadis akan menundukkan kepadanya. Tidak mahu pencarian dihidu dengan senang, lantas telefon pintar Nuha dilempar ke luar tingkap. Hanya beg gadis itu sahaja yang ada bersamanya sekarang.
Jam yang berada di atas dashboard kereta itu dipandang. Sudah menginjak ke pertengahan malam. Dia harus cepat-cepat sampai ke tempat yang sudah dirancang.
-
To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romance[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...