[ 11 ] - grab

140 20 18
                                    

____________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____________

"Finally!" laung mereka sederhana kuat. Fuh! Seronok dapat luangkan masa dengan sahabatnya hari ini. Walaupun ceruk senja sudah sirna, kini pandangan purnama mengamit pandangan.

"Jom balik nanti mama dengan abah kau bising pulak kan..." ujar Qayyum. Cukuplah mereka habiskan masa untuk hari ini. Esok dia perlu pergi sekolah manakala sebelah petang pula dia perlu pergi kerja.

"Kejap" balas Affan. Dia mahu mengemaskan tempat duduk tadi, usai selesai mengambil sisa sampah yang ada eloklah mereka bersurai sekarang. Nak melangkah keluar terlalu awal mereka malu.

















"Macam mana Nuha?" tanya Haidar. Mahu tahu adakah gadis itu seronok hang out bersama-sama dengannya. Briefcase diambil lalu diampit. Jelas dia mahu tahu jawapan gadis ini dan biarlah masa berlalu pergi, dia tahu satu hari nanti mungkin hati gadis ini akan terbuka untuk menerima dirinya.

Nuha memandang ke arah Haidar lalu anak tangannya naik membentuk thumbs-up. Tipulah dia tidak seronok, bukan apa selama ini manalah dia pernah keluar sebegini. Hidupnya dihabiskan di dalam rumah, terperuk di dalam bilik disebabkan dia masih lagi sukar menerima takdir. Namun atas kekuatan yang diberikan oleh Encik Hakim dan Puan Warda memerangkap sahabat baik ibu abahnya.

Sampai sahaja tarikh itu -di mana bermulanya titik perit, setiap hujung bulan dia pasti akan melawat pusara arwah. Datang ke sana, melepaskan rindu yang tidak berperi. Terlalu awal untuknya merasakan semua ini. Namun, dia tahu ujian yang hadapi sekarang sudah tercatit di Lauhul Mahfuz. Ini suratan takdir. Kuat atau lemahnya, dia berharap yang dia tidakkan pernah melupakan suara, gelak tawa mereka yang menghiasi ceruk realiti.

Efek dari pascatrauma yang dihadapi membuatkan dia terlalu takut. Terlalu takut jika dia akan kehilangan orang tersayang. Saban hari, dia cuba dan cuba untuk kuatkan semangat.

"Kau okay Nuha?" ujar Aulia disebelah setelah dia amati yang Nuha lama mendiamkan diri. Mungkin ada perkara yang sedang difikirkan oleh gadis itu.

"Saya okay..." balas Nuha. Jujur dia terlampau melayan perasaan tadi. Sesekali matanya memandang ke arah sahabat Haidar yang sudi menemaninya hari ini. Lalu segera dia memaniskan muka. Menutup gugup yang ada.

"Lega hati saya, kalau macam tu jom awak perlu balik nanti mak ayah awak risau..." balas Haidar. Jam tangan ditilik, ada lagi beberapa minit azan Maghrib akan berkumandang, eloklah kalau dia menunaikan solat dulu sebelum menghantar mereka semua pulang ke rumah.

"Sebelum tu kita solat dulu, yang perempuan kalau datang bulan, awak boleh tunggu kita orang dekat tempat menunggu. Yang tak datang bulan boleh ikut kita orang sekali pergi solat, nanti jumpa balik dekat pintu utama okay..." ujar Haidar.

Lalu masing-masing pun bergerak mengikut arah laluan yang disediakan. Nuha, Aulia bergerak ke arah surau manakala Aafiyah bergerak ke arah tempat menunggu. Kunci kereta sudah Haidar berikan tadi. Alang-alang tu bolehlah dia mencuci mata sementara di kedai yang menjual pelbagai jenis keychain. Mahu membelikan adiknya seutas rantai kunci itu.














"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..." usai selesai memberikan salam. Qayyum menadah tangan berdoa. Dia tahu kelebihan berdoa ketika sudah selesai melaksanakan solat. Besar ganjaran pahala. Tasbih surau dipinjam sementara, dia mahu berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw. Affan mula sedang khusyuk membaca Al-Quran di hujung sudut sana.

Manakala Haidar di sana, sedang sibuk mengajar beberapa orang kanak-kanak yang sedang ligat membaca Iq'ra. Di surau ini, kesemua kelengkapan sudah disediakan walaupun lokasinya terletak di dalam kompleks membeli belah itu tidak menghalang mereka yang ingin menunaikan solat di situ.

Disebalik dinding yang memisahkan ruangan lelaki dan perempuan, Nuha sedang melipat sejadah. Dia berteluku sementara di situ menunggu Aulia mengemas sejadah dan melipat telekung.




















"Kau orang sure nak balik naik grab?" tanya Ariq risau. Bukan apa masalah sekarang kereta Haidar yang tersedia tiga ruangan tempat duduk di bahagian belakang namun apabila mendapat gelengan dari Nuha, mereka bingung.

Mereka ke sini tadi pun, menaiki kereta Haidar. Namun Nuha sahaja yang datang bersama Pak Samad, selaku driver. Yang jadi masalah sekarang, Pak Samad terus meluru ke hospital setelah menghantar Nuha ke sini kerana mendapat berita yang begitu menyayat hati, isterinya di tahan wad kerana tekanan darah tinggi.

"Sure, takkan aku nak biarkan Nuha balik naik grab sorang-sorang. Lagipun dah malam bahaya. Buatnya bukan pemandu perempuan, tak ke naya. Kes rogol sekarang ni bahaya..." ujar Aulia bimbang. Takut juga, dia pun tak berani nak tinggal Nuha keseorangan.

"Apa kata kita tanya Nuha sekali lagi?" ujar Haidar setelah lama mendirikan diri. Walaupun perumahannya tidak jauh dari kawasan perumahan Nuha dia tahu gadis itu tidak pernah lagi balik berseorangan. Hendak ke sana ini, Pak Samad yang hantar.

"Awak sure ke nak balik naik grab? Tak nak ikut kami, saya boleh tolong hantarkan awak sekali..." cadang Haidar.

Mendapat gelengan dari Nuha, tahulah dia yang dia tidak boleh memaksa gadis itu. Nuha yang dari tadi menunduk diam. Telefon bimbit dipandang, lokasi pemandu Grab yang ditempahnya tadi, sudah mula memasuki pekarangan kompleks membeli belah ini.

"Maafkan saya semua, maaf sebab susahkan korang. Ibu ayah saya tak ada dekat rumah, mereka dah bergegas ke hospital untuk temankan Pak Samad. Jadi saya perlu pergi ke sana..." balas Nuha. Satu persatu wajah dihadapannya dipandang termasuklah Haidar.

"Aulia, Aafiyah awak berdua ikut Haidar ya. Insyaallah saya akan selamat. Doakan...
ujar Nuha. Tangan Aulia digenggam erat manakala ditarik perlahan badan Aafiyah merapatinya. Dipeluk kedua-dua gadis itu, mahu mereka doakan yang dia akan baik-baik sahaja.

"Baiklah kalau macam tu, aku pun tak boleh nak paksa kau. Hati-hati Nuha. Apa-apa kau call kita orang okay" balas Ariq.

Setelah mendapat anggukan dari Nuha, masing-masing mula masuk ke dalam kereta Haidar.


















"Weh kau!" jerit Qayyum. Hampir sahaja dia mahu terjatuh dari motosikal. Affan terus meluru naik sebelum dia belum buat apa-apa lagi. Kalau cermin motor kesayangannya ini patah atau pecah, dia tetap akan salahkan Affan.

Akibat rasa geram yang membuak-buak, helmet MHR berwarna hitam itu, dihentak rapat ke dada Affan. Mahu luruh jantung member di belakang.

"Nak ajak gaduh ke apa dia ni..." Monolog Affan dalam hati. Tahulah yang Qayyum habis marahkan dia di atas perihal dia terlalu tergopoh-gapah tadi.

Enjin motosikal dihidupkan. Perlahan-lahan Qayyum mengundurkan motornya ke belakang, Affan apa lagi tugasnya, tolong tarik motor Qayyum sehingga Qayyum berjaya mengepak kepala motor ke kiri dan memastikan bahawa dia tidak akan melanggar motor-motor lain.

Usai sahaja selesai, mereka mula menuruni bangunan kompleks membeli belah itu. Pandai, walaupun sudah disediakan tempat parking motorsikal di bawah tapi itu bukan merekalah kalau nak parking. Macam Qayyum pernah cakap

'Tak best kalau parking bawah. Nak standard, kena parking atas'.











Kereta yang dinanti oleh Nuha sudah sampai. Namun apabila dia mula masuk ke dalam kereta Proton Preve itu, terasa seperti ada satu aura yang lain.

Tanpa dia sedari pemandu yang sudah ditempah tadi, sudah bertukar orang. Topi diturunkan lagi, suhu penghawa dingin dinaikkan lagi. Tersungging senyum sinis di balik wajah yang tertutup dengan topi itu.

Location rumah Nuha dibaca. Lalu kereta itu perlahan-lahan keluar dari pekarangan kompleks membeli-belah itu. Seatbelt ditarik lalu dikunci. Sesekali anak matanya memandang melalui cermin pandang belakang kereta, diamati wajah bersih itu lama. Lidah mula mengulum lembut kawasan bahagian di mana terdapat misai yang tak berapa nak bermisai itu.

-

To be continue,
Full-edit : Sunday, 6 March 2022.
Last edited : Friday, 18 November 2022

Hitam Putih | HWhere stories live. Discover now