done update, enjoy it!
ada yang nak tanya bila this story nak getback arus masa sekarang? this story quiet late sebab aku perlu fokuskan beberapa bab sebelum aku langkah masuk arus masa sekarang.____________
"Think about this Haidar. Ini melibatkan masa depan kamu dan kamu harus tahu siapa dan apa yang sedang berlaku..."
Itu sahaja yang sedang bermain dibenak fikiran Haidar sekarang ini. Apa yang harus dia ketahui? Apa lagi permainan yang berlangsung di hadapannya sekarang. Envelope itu dipandang lama. Curiga dengan tingkah sang ibu.
Setapak demi setapak dia melangkah, hingga dia dipertemukan dengan seekor kucing. Haidar mula menurunkan badannya lalu mencangkung di situ sekadar ingin mengusap. Kucing itu hanya mengiau sahaja tanda dia kelaparan ataupun menginginkan perhatian.
"Meow..."
"Kau lapar?"
"Meow..."
Usai berkata sebegitu, Haidar memerhatikan sekeliling buat sementara waktu. Ingin membeli sepaket whiskas buat si kucing. Puas matanya menebar ke arah beberapa lot kedai runcit yang jauh dan alhamdulillah salah satu daripadanya buka.
"Meow..."
"Kau duduk sini sekejap, aku belikan untuk kau tau..." ujar Haidar. Si kucing seperti memahami hanya menunggu Haidar di situ malah tidak ke mana-mana.
"Eh kau nampak tu?"
"Apa dia kau ni Salmah..."
"Alah kau tengoklah tv tu. Kesiannya kereta meletup. Orangnya tak sempat diselamatkan."
"Pakcik saya nak bayar..."
Sepaket whiskas diletakkan di hadapan kaunter. Kemudian, Haidar mengira duit dan berharap ianya cukup. Sudahlah dia ke sini hanya sehelai sepinggang. Mujurlah Wanchai ada bungkuskan lauk dan nasi buat dia dan sang ibu untuk disantap pulang nanti.
"RM4.50 dik..."
"Nah pakcik. Pakcik saya nak tanya boleh?"
Pak Wahid yang sedang mengira baki Haidar memandang kanak-kanak lelaki itu lama. Terbit senyuman sayu pada bibirnya, anak ini pasti susah diluar sana. Lihat sahaja pakaiannya, sudah lusuh. Selipar, tercabut sebelah. Mukanya, agak kotor mungkin kerana dia terjatuh waktu berjalan tadi.
"Ya anak, kenapa?"
"Tadi masa saya nak ambil makanan kucing ni. Saya dengar ada dua makcik tu tengah sembang, saya tahu saya agak kurang ajar sebab curi-curi dengar tapi apa yang saya dengar ada kemalangan dekat tv boleh pakcik buka semula berita tu?"
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romance[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...