Maaflah jika semakin lama cerita ini semakin hambar. Pernah terniat dalam hati nak delete this story but bila saya hiatus panjang haritu, saya baca balik all komen dari anda. That make me want to write more! Doakan semoga buku berjaya sampai ke endingnya.
________________
"Jadi kau dapat detect location terakhir Nuha?"
"Belum, sebab agak susah untuk detect kalau telefon masih dalam mood airplane atau off. Kali terakhir aku dapat jejaki pun dia tempah Grab. Pemandu lelaki, berusia lewat 30-an" balas Qayyum. Hanya itu sahaja maklumat yang dia dapat dari salah seorang kakitangan bahagian security di mall itu.
Paparan menu GrabCar itu dibaca perlahan. Kali ini terakhir Nuha dikesan pada pukul 9.54 malam. Lokasi yang ingin dituju ke hospital.
"Aku rasa ada silap di sini, sebab ikutkan kalau yang Nuha tempah itu lelaki lewat 30-an. Mesti lelaki tu ada paparan profil gambar dia. Bila aku perincikan balik dekat pihak GrabCar. Diorang iyakan memang ada salah seorang pekerja yang lewat 30-an dan dia dah lama kerja kat situ. Lagipun rekod pemandu yang sepatutnya Nuha tempah tu, rekod dia nice..." ujar Qayyum lagi.
"Encik, adakah Encik pemandu yang ditempah oleh kawan saya tempoh hari?"
"Ya..."
"Boleh encik beritahu kebenaran di sebalik apa yang terjadi atau ini semua ada kaitan dengan Encik?"
"Saya diugut tempoh hari yang lalu oleh seorang lelaki. Saya tak cam sebab saya tak dapat lihat langsung wajah dia kecuali full facemask yang dia pakai. Yang saya tahu, lepas-lepas saya sedar saya kena kurung dekat bilik stor pusat kompleks membeli-belah yang kawan awak tempah itu. Mujur saya sempat diselamatkan sebab kebetulan waktu itu security guard yang lalu lalang" ujar Khalid jujur. Untuk apa dia membohongi mereka yang berada hadapannya ini.
Walaupun jumlah wang yang ditawarkan kepadanya bernilai mencecah ribuan ringgit. Dia tidak mahu mengambil natijah bersubahat sekali pun. Mahu mencari rezeki halal.
Akibat penolakan, dia dipukul di bahagian kepala dengan sesuatu objek yang keras lalu badannya diseret hingga ke bilik stor. Samar-samar pandangan dek kerana pukulan terlalu kuat. Puas dia memekik melolong agar dibiarkan bebas namun permintaan seperti dipekakkan sahaja.
"Terima kasih Encik Khalid atas kerjasama. Semoga kita dapat bertemu kembali..." ujar Inspektor Qi Rizduan. Moga-moga ini dapat menjadi bukti untuk menjejak kes kehilangan remaja yang kian lama kian meluas.
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romance[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...