[ 41 ] - "tuhan, izinkan aku bersendirian sebentar.."

141 3 70
                                    

last second bab before hiatus, harap diterima dengan baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

last second bab before hiatus, harap diterima dengan baik. Mungkin akan ada di antara kalian keliru tentang beberapa scene flashback di sini. Saya dah kata yang akhirkan segalanya di sini dan bab seterusnya. Jadi kita akan tahu, kenapa dan apa yang terjadi di antara mereka.

bab 43 ; getback to Affan, Qayyum dan Nuha.

sambungan boleh baca dekat >>> bab 42 ; "Assalamualaikum ibu, Haidar datang ni." yang akan dipublish tak lama lagi.

___________________

"Comel anak puan.." ujar Doktor Fahim setelah selamat mengazankan bayi tersebut.

"Terima kasih, sebab banyak bantu saya doktor. Cumanya saya harap sangat yang satu hari nanti bila saya dah tiada dekat muka bumi ni, wajah doktor satu-satunya yang saya akan kenalkan pada anak saya nanti."

"Kenapa cakap macam itu puan, tak baik. Puan, kita hidup dekat dunia ni memang tak lama, ya mengingatkan tentang mati itu penting juga sebenarnya. Tapikan puan, selagi Allah masih beri masa ni, kita gunakan dengan sebaik-baiknya. Beramal dan mengingatiNya."

Kalsom tersenyum nipis. Wajah Haidar ditatap. Gusar memikirkan ke mana dia dan Haidar harus tidur setelah keluar dari hospital ini. Makankah mereka? Di mana mereka menumpang untuk tidur? Air mata jatuh lagi, tiada siapa pun yang datang melawatnya di hari indah itu.

Ibu, ayah di kampung tidak mengetahui. Bakal lelaki hilang entah ke mana. Zhen? Dia sendiri tidak pasti akan lelaki itu. Kawan-kawan seuniversiti dengan dia, tiada juga. Dia tiada sesiapa di sisi saat ini.

Masturi yang kebetulan lalu di situ menyapa Haidar juga Kalsom. Dia jatuh cinta akan kecomelan Haidar. Sungguh kuatnya hati insan di hadapannya ini, melahirkan seorang bayi tanpa sesiapa di sini di saat orang lain punya suami dan keluarga.

"Puan, bil hospital puan dah ada yang bayarkan. Ini resitnya, kalau ikutkan puan dah boleh keluar petang nanti after discharge. Ini hadiah dari pengirim, saya cuma wakilkan sahaja dari dia. Dia minta untuk saya rahsiakan pada puan" ujar Masturi.

Hamper yang dipenuhi barangan bayi, baju bayi dan kesemua kelengkapan itu dipandang Kalsom. Berkaca-kaca air matanya sekarang. Tangan Masturi digenggamnya erat.

"Terima kasih, saya tak tahu nak cakap apa lagi. Mas, kalau awak nak jaga Haidar saya benarkan. Ambil lah dia dan jadikanlah dia sebagai anak angkat awak."

"Eh puan, mana boleh itukan anak puan. Puan, saya tak berhak untuk ambil anak dari puan, kalau sekalipun puan susah datang je dekat saya. Saya sudi bantu puan. Jangan risau okay. Kalau Haidar lapar datang je ke sini.." balas Masturi.

Hitam Putih | HWhere stories live. Discover now