—bab ni pun panjang, harap anda tak bosanlah. enjoy it! oh ya ada part yang agak sensitif sikit untuk bab ni, boleh skip kalau taknak baca.
ini adalah part Kalsom + ayah Haidar waktu zaman kolej tapi tak jumpa Zhen. Kat sini aku lebih perincikan kisah hidup mereka. Zhen ada, tapi muncul lambat sikit la haha sebab dia kan watak tersakiti. oh ya, part Zhen pun banyak dekat bab ini dan bab terakhir kisah silam Haidar sebab aku nak habiskan all out soal Haidar sebab nanti aku tetap juga kena comeback balik ke asal usul cerita.
Bila nak habis kisah silam Haidar? 🤣 (jawapan ada kat penghujung bab). Ada yang rindu Qayyum, Affan dengan Nuha? (komen sini). 🙋🏻♂️
________________
"Mana pergi mak ayah kau? Dah mati ke? Mesti diorang malukan dapat anak macam kau.. " sindir Mak Andar. Kalsom dan Mak Andar kenal dari satu tempat pembuangan sampah. Mengutip tin buruk dan kotak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada kalanya mereka diherdik dan dihina kerana kotor dan selekeh. Berbau busuk dan sebagainya. Hidup Kalsom berubah 360 darjah semenjak dia meninggalkan rumah yang menoktahkan hidup sebagai seorang isteri dan juga menantu kepada sepasang suami isteri. Bekas lelaki? Bukan, bekas suaminya juga tidak memberikan sedikitpun nafkah. Ibu dan ayah ada kampung, juga masih tidak mengetahui perihal anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.
"Ibu, lapar.."
"Ibu, Dar nak makan.."
"Ibu, Dar tengok orang makan sedap-sedap bila kita dapat rasa semua itu ibu?"
"Satu hari nanti.." balas Kalsom perlahan. Mana dia mahu cari duit lagi jika pekerjaan sebegini hanyalah cukup-cukup makan. Berkat dia sambung belajar pun disebabkan oleh keluarga mertua yang membiayai. Sejurus tamatnya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Kalsom dilamar oleh lelaki kepada anak yang dikandungkan sekarang, iaitu ayah kepada Haidar. Lelaki itu mahu bertanggungjawab setelah dipaksa untuk menceritakan hal sebenar kepada keluarga mertuanya.
Sambung belajar waktu kau disahkan sarat mengandung dan berkahwin pada usia seawal 20an maknakan tidak dipulau satu fakulti. Ke hulur ke hilir Kalsom dicaci dan diperli kerana membawa perut tanpa adanya lelaki sah di sisinya.
Air mata jatuh lagi. Usah kata, perkataan yang keluar di mulutnya hanyalah mati. Mati dan mati. Dia sudah lelah dengan keadaan.
"Hahahahaha, padan muka"
"Dasar perempuan jalang, anak lelaki mana entah dia mengandungkan.."
"Kalau aku jadi dia, aku akan sedar diri tempat aku di mana. Yelah, hidup ini memang keras tapi bukan bermakna kau boleh jual badan kau sesuka hati kau sahaja.."
YOU ARE READING
Hitam Putih | H
Romance[a flashback story, ditulis pada usia yang masih mentah di tahun 2019, dan diolah semula pada tahun 2021 dengan jalan cerita yang lebih baik]. Gambar imbasan ultrasound itu dipegang lama. Gusar apabila melihat 'anugerah Allah' itu bakal m...