"Daddy! Hiks..."
"Hey...anak daddy kenapa?"
"Papa....iks...iks..."
"Ke...kenapa dengan papa sayang?"
"Badan papa panas...iks iks...Joonie tak tahu nak buat apa. Papa asik berpeluh jer..." Yeojoon mengadu pada Namjoon.
Dia menghubungi nombor Namjoon di handphone rumah. Untungnya Namjoon sudah melekatkan nombornya di sana.
"Yeojoon anak yang baik kan? Sekarang amik kain basah, letak dekat dahi papa. Kejap lagi daddy sampai. Jangan nangis sayang..."
"N...ne..."
Namjoon terus drive untuk ke rumah mereka. Tidak jauh pun tempat dia melepak pagi itu. Namjoon terus masuk kedalam bilik melihat Yeojoon sedang menangis memanggil Jin.
"Joonie..."
"Daddy! Hiks!" Yeojoon terus memeluk Namjoon dengan erat. Makin kuat tangisannya.
"Jom, bawa papa ke hospital." Yeojoon mengangguk dalam keadaan menangis. Namjoon mendekat ke arah Jin. Dia menghela nafas dalam.
Namjoon mendukung Jin dengan sangat perlahan agar tidak membangunkan lelaki itu. Dia menyuruh Yeojoon membuka pintu untuk dia keluar.
Entah kerana memang Jin terlalu rindukan Namjoon atau bauan Namjoon itu menyenangkan, Jin merapatkan kepalanya di dada Namjoon.
Namjoon agak tersentak, namun tidak mahu terkejut. Perlahan dia masukkan Jin ke dalam kereta. Memandang Jin yang masih saja terlelap.
-In Love to Seam-
Namjoon menunggu sehingga Jin sedar. Dia memandang wajah tenang lelaki itu. Helaan nafas di keluarkan.
"Kalau hyung tak ikutkan ego, pasti semua ni takkan jadi. Patutnya hyung sembunyikan semua ni." Lirih Namjoon sendirian.
"Hyung dah buat yang terbaik." Namjoon memandang ke pintu. Taehyung tersenyum sambil mengendong Yeojoon. Dia duduk di sofa berdekatan. Yeojoon juga sudah terlelap.
Namjoon memang minta Taehyung datang untuk temankan Yeojoon yang keseorangan di luar masa Jin di rawat.
"Tak sangka kan hyung...Jin hyung rupanya budak kecil yang selalu hyung usha 10 tahun lepas. Tak silap Tae, Jin hyung masih umur 6 tahun dan hyung 17 tahun."
Taehyung tergelak kecil apabila teringatkan kisah abangnya itu. Dia memandang Namjoon yang masih termenungkan Jin.
"Entahlah Tae. Beza umur kitorang 11 tahun. Hyung rasa bersalah lepas terima perkahwinan ni. Hubungan dia dengan orang luar terbatas."
Taehyung menghela nafas dalam. Dia membaringkan Yeojoon lalu di selimutkan dengan jacketnya. Dia menghampiri Namjoon.
"Hyung...Jin hyung tak ingat pun siapa yang selamatkan anjing dia 10 tahun lepas. Siapa yang selalu bagi dia lobster. Dan dia tak akan ingat hyung yang jaga dia bila keluarga dia kerja."
Namjoon masih diam. Taehyung menghela nafas dalam lagi. Jin benar-benar beruntung. Sudahlah di cintai, bukan selepas kahwin. Bahkan 10 tahun sebelum kahwin lagi.
"Dia tak cintakan aku..."
"Cinta tak boleh di paksa." Kata Taehyung. Dia mengurut kecil bahu Namjoon lalu berjalan menghampiri Yeojoon semula.
"Jin hyung beruntung. Walaupun dah 10 tahun pun hyung masih sayangkan dia. Walaupun Houra nuna pernah datang, tapi cinta hyung pada Jin hyung tak pernah hilang."
Taehyung sudah keluar dari sana. Dia membawa Yeojoon sekali. Namjoon mennghela nafas. Dia juga ikut keluar untuk menenangkan dirinya.
Perlahan tapi bergerak. Mata Jin terbuka. Dia menatap luka pintu yang baru saja di tutup.
"10 tahun dia rahsiakan..." Gumam Jin sendirian.
-In Love to Sea m-
"Hyung nak ke rumah amik baju. Yeojoon akan datang dengan Taehyung, Baekhyun dan Yoongi." Kata Namjoon.
"Hyung..." Namjoon memandang ke arah Jin. Tatapanya sangat lembut dan juga sayang membuatkan Jin berasa bersalah.
"Teman Jin..."
"Jin nak ke tandas?"
"Ani...teman Jin dekat sini." Kata Jin mengenggam tangan Namjoon perlahan. Namjoon menganggukan kepalanya lalu kembali duduk di kerusi sana.
Mereka berdua diam. Tiada siapa ingin memulakan ayat dari mulut memasing. Diam saja.
Jin melirik ke arah Namjoon. Dia memandang ke arah Namjoon yang hanya bermain dengan handphone nya. Dia berasa sedikit sakit kerana Namjoon tidak memanjakanya lagi.
"Hyung betul...betul nak pindah?" Tanya Jin dengan suara yang sangat perlahan. Dia menghela nafas dalam.
Namjoon mengangkat wajahnya memandang Jin yang masih tidak mahu memandangnya. Dia menghela nafas dalam.
"Dalam proses."
"O...ouh..." Jin suaranya sedikit serak menahan tangisan. Baru saja dia nak cakap tetiba pintu sudah terbuka.
"Hyung akan bawak Yeojoon." Katanya sebelum benar-benar pergi dari sana. Saat Namjoon keluar, Jin terus menangis.
Dia memeluk Baekhyun yang terus datang memeluknya. Jin tidak tahu mahu melakukan apa. Namjoon benar-benar bertekad.
"B...Baek...aku..."
"Hey shust...sudah." Kata Baekhyun menenangkan. Taeyung menghela nafas dalam. Dia menyuruh Yoongi dan Baekhyun membawa Yeojoon untuk keluar.
Biar dia saja yang menerangkan pada Jin apa yang terjadi. Dia lebih mengetahui abangnya berbanding yang lain...
"Hyung..." Jin memandang Taehyung.
"Hyung nak dengar satu cerita?" Jin menganggukan kepalanya. Taehyung tersenyum kecil. Dia menghulurkan tisu kepada Jin.
-In Love to Seam-
Taehyung menceritakan segalanya. Dia sesekali akan tersenyum. Dia memandang ke arah Jin lalu menghela nafas dalam.
"Namjoon hyung tu tak pandai keluarkan rasa sayang dia pada orang. Mesti sebelum korang kahwin, Joon hyung selalu denda hyung kan?"
Taehyung tergelak kecil melihat anggukan Jin. Dia tahu abangnya memang begitu. Taehyung memandang Jin.
"Hyung...Namjoon hyung orangnya setia. Penceraian dia dengan Houra nuna semua kesalahan Houra nuna sendiri.
Lepas hyung muncul balik dalam hidup dia, dia selalu saja bermanja dengan Yeojoon. Selama ni dia tak pernah macam tu. Dia pun sangat jarang makan dekat rumah."
Jin masih mendiamkan dirinya. Dia memandang ke arah Taehhyung yang tiada kebohongan di wajah itu.
"Tae cerita bukan untuk hasut hyung. Bukan untuk paksa hyung cintakan Namjoon hyung..."
"Tapi percayalah hyung, Namjoon hyung sangat-sangat sayangkan hyung." Kata Taehyung sebagai pengakhiran cerita.
Keduanya diam sehinggalan 3 manusia tadi kembali masuk. Yeojoon terus naik ke atas katil Jin dengan senyumanya.
Dia menceritakan semua keseronokkanya tadi pada Jin. Jin tersenyum kecil mendengarkan itu. Dia menghela nafas dalam.
"Tae...boleh tolong hyung?"
-Be Continued-
YOU ARE READING
In Love to Seam! [Complete]
RandomBercinta dengan seorang guru bukanlah senang. Tapi tak juga susah. Biasa saja. Cuma rasa marah itu adalah jika sesuatu yang berlaku Bl Boy×boy Namjoon×Jin