"Esok dah cuti penggal pertama kan Jin?" Jin menoleh kebelakang saat mak mertuanya bertanya sesuatu pada.
"Haah mama." Jawab Jin seadanya. Jika tipu pun, Namjoon seorang guru, pasti mama nya sudah tahu. Puan Kim yang sedang menyuapkan Yeojoon mee itu menggukkan kepala perlahan.
"Dah ada rancangan ke nak pergi mana-mana?" Tanya Puan Kim lagi. Jin baru saja selesai mencuci pinggan, dia menggeleng sebagai jawapan. Jin menghampiri Yeojoon.
Tepat itu Namjoon masuk ke dapur untuk mengambil minuman. Dia baru saja menonton movie dengan Taehyung.
"Namjoon..."
"Ne?"
"Bawaklah Jin jumpa baba kamu. Tak nak kenalkan dengan baba kamu?" Tanya Puan Kim sambil memandang Namjoon. Namjoon sedang meneguk air menoleh seketika pada Jin yang sedang melayani Yeojoon.
"Yeojoon still sekolah kan mama."
"Kamu cakap macam mama dengan papa tak boleh jaga. Eomma appa Jin pun ada dekat Korea ni kan. Ilsan dengan Seoul jer Namjoon."
Namjoon duduk di sebelah Jin yang masih tidak mahu ikut campur dalam perbualan dua beranak Kim itu.
"Nantilah Namjoon tengok. Kalau sempat, Joon bawak."
"Sempatkanlah. Kamu ni, baba semalam ada call mama. Bising dia sebab tak tahu siapa menantu cucu dia." Kata Puan Kim mendesak Namjoon.
Taehyung juga masuk kedapur sambil menganggukan kepala. Dia setuju dengan cadangan mama nya. Taehyung duduk di sebelah mama nya.
"Yeojoon siapa nak jaga? Nak harapkan mama sorang nanti mama penat."
"Yeojoonie nak duduk dengan uncle taetae?"
"Nak! I want play with Yeontanie..."
"See..."
-In Love To Seam-
Nasi goreng kimchi di letakkan di atas meja. Dia kembali masuk kedalam dapur lalu mengambil jug coffee dan jug susu hangat. Di sediakan juga di atas meja.
"Ouh hyung? Makanlah dulu, Jin dah siapkan. Jin pergi bersiap kejap." Jin bercakap dengan Namjoon yang baru saja keluar dari bilik mereka.
Namjoon duduk di sana, melihat nasi goreng kimchi dan juga dua air yang memang Jin sediakan. Jika dulu dia hanya dengan Yeojoon, Yeojoon hanya akan minum air susu kotak khas milik namja itu kerana Namjoon tidak minum susu.
Lepas 5 minit, Jin keluar dengan beg dan beberapa fail. Tentunya fail yang diberikan Namjoon sebagai denda. Dia memandang Namjoon.
"Kenapa tak makan lagi?"
"Makan sama-sama." Kata Namjoon kembali meletakkan handphone nya. Jin menganggukan kepalanya. Dia duduk di hadapan Namjoon.
Mula memberikan nasi ke pinggan masing-masing lalu menuangkan coffee serta susu di cawan satu sama lain. Mereka mula makan dengan tenang.
"Nanti cuti kita pergi Ilsan. Ker Jin ada rancangan lain?" Jin nampak berfikir. Jika di tanya, memang ada tapi dia lebih tertarik bila sang mertua kata baba Namjoon ingin berjumpa dia.
"Takde." Kata Jin pada soalan Namjoon. Namjoon menganggukan kepalanya lalu makan semua makananya. Makanan Namjoon tidak terlalu habis.
Jin maklum akan hal itu sebab Namjoon tidak terlalu suka makan benda berat waktu pagi. Taehyung sendiri yang katakan.
Selepas selesai makan, mereka berdua ingin menuju ke sekolah. Keduanya sedang bersiap dengan baik.
"Biar hyung hantar."
"Ah takpe. Jin boleh naik bas."
"Jin...Jin akan sembunyikan ke perkahwinan ni?" Jin diam seketika kerana dia sedang focus dengan kasut.
"Tak. Kalau orang tanya or nampak, Jin akan bagitahu hal yang sebenar." Namjoon hanya menganggukan kepalanya.
-In Love To Seam-
"Hey Jin aku ada dengar satu gosip." Jin dan Baekhyun menoleh saat ada suara menegur Jin. Itu sahabat mereka juga Min Yoongi, hanya saja mereka beza subject dan bidang jadi jarang jumpa.
"Apa?"
"Kau dengan Namjoon seam kan dah kahwin..." Dia juga tahu tentang perkahwinan Namjoon dan Jin. Jadi tidak terkejut lagi kerana perlakunya Baekhyun sendiri.
"Kenapa?"
"Aku dengar, Namjoon seam ada ramai yeoja dekat dengan dia." Jin berkerut dahi mendengar gosipnya.
"Eh aku pun dengar benda yang sama. Betul kah?" Sampuk Baekhyun pula. Jin mengetap bibirnya rapat. Dia memandang Yoongi.
"Aku dengar adik kau si Jimin tu tengah couple dengan si bad boy kelas tinju tu. Dan Baekhyun aku dengar Chanyeol ada namja lain. Kau tak tahu ker?"
Katanya dengan kesal lalu berjalan menjauh. Dia masih dapat dengar rungutan Baekhyun dan makian Yoongi sendiri. Hanya gosip, tidak semua bet...
"Namjoon hyung dengan Hera?" Gumamnya perlahan saat melihat Hera dan Namjoon keluar dari sebuah bilik cetakkan di sana.
Jin lantas menggelengkan kepalanya. Dia berjalan cepat untuk mengelak bertembung dengan Namjoon. Kerana baginya itu hanya hubungan anak murid dan gurunya sendiri. Tidak lebih seperti dirinya dan Namjoon.
Di belakang Yoongi dan Baekhyun memandang satu sama lain. Yoongi memandang Baekhyun penuh makna.
"5000 won milik aku!" Kata Yoongi mendapat cebikkan dari Baekhyun.
"Mana adil!"
"Kita dah deal. Jin jatuh cinta dengan Mr Seam."
"Kita belum dapat kepastian Min!"
"Okay kalau macam tu, bila dah dapat kepastian. 10 000 won. Deal?" Baekhyun terus menepis tangan Yoongi lalu berjalan meninggalkan Yoongi.
-In Love To Seam-
Baekhyun asik memandang Jin yang sedang bermain dengan pen saja. Namja ini sudah kenapa tetiba mood hilang.
"Kau kenapa?"
"Huh?"
"Kau kenapa Lee Seokjin?" Tanya Baekhyun lagi. Jin menghela nafas dalam. Dia hanya menggelengkan kepalanya saja.
Entah kenapa dia rasa gusar dan tidak senang hati. Penampakkan Namjoon dan gosip Yoongi sering bermain di fikiranya sekarang. Belum lagi dengan persetujuan Baekhyun mengsahkan gosip itu benar-benar ada.
Bagaimana jika gosip itu betul? Takkan dia sudah menjadi penghalang hubungan keduanya? Atau Namjoon yang main di belakangnya? Takkan Namjoon sudah buat hal dengan usia pernikahan mereka baru 3 minggu?
Sangat-sangat merunsingkan kepala otaknya. Dia sangat respect hubungan perkahwinan 10 tahun seperti eomma appa nya.
Kepercayaan benar-benar penting dalam hubungan. Namun itu untuk hubungan saling mencintai, bagaimana dengan hubunganya dengan Namjoon?
"Kau berangan lagi. YAK LEE SEOKJIN!" Baekhyun memukul kepala Jin dengan gulungan kertas.
"Apa Baek?!"
"Kau marah aku balik? Dari tadi aku bebel dekat kau, satu pun kau tak respon. Kau tenungkan apa?"
"Takde apalah."
"Fikirkan Namjoon seam?" Tanya Baekhyun separuh berbisik. Jin menghela nafas dalam. Dia menoleh saat ada seseorang masuk ke kelasnya.
Itu Jung Hera. Yeoja yang tadi menjadi pemikiran Jin kacau.
"Aghh molla!" Kesemua kelas terdiam saat Jin menjerit seperti itu. Dia terus berjalan keluar dari kelas. Tepat pulak pengumuman semua guru ada perjumpaan.
Bakehyun sudah garu kepala sendiri. Mood Jin selepas kahwin ini susah nak di tembak. Apa yang namja itu fikirkan?
Continued
YOU ARE READING
In Love to Seam! [Complete]
De TodoBercinta dengan seorang guru bukanlah senang. Tapi tak juga susah. Biasa saja. Cuma rasa marah itu adalah jika sesuatu yang berlaku Bl Boy×boy Namjoon×Jin