Sepasang kaki melangkah keluar dari tandas. Ikatan bathrobe yang tersarung di tubuh sasanya dikemaskan. Sebelah tangannya sibuk mengelap rambut dengan tuala putih. Dia bersiul kecil sambil menuju ke bilik pakaiannya. Matanya meneliti deretan baju yang tersusun di walk-in wardrobe miliknya. Kemudian dia mengambil sehelai baju hitam long sleeve dan sweatpants berwarna kelabu.
Setelah bersiap, dia melangkah ke arah katilnya. Telefon yang berada di meja nightstand dipandang sekilas. Skrin telefonnya yang menyala dan memaparkan ada notifikasi baru masuk. Dia hanya membiarkan telefonnya di situ sebelum dia bergerak ke arah peti sejuk kecil di dalam biliknya. Satu tin alkohol dikeluarkan lalu dibuka sebelum dia meneguk laju.
Dia berdesis kecil saat rasa alkohol laju menuruni trakeanya. Dia melangkah ke arah sofa yang terletak berhadapan dengan balkoni biliknya yang boleh menampakkan pemandangan bandar pada awal pagi itu. Lampu-lampu neon yang menyinari pemandangan sudah menjadi kebiasaannya. Tin alkohol yang telah kosong dicampak ke arah tong sampah berdekatan.
Drrrt.
Telefon yang berada di meja nightstand bergetar, menandakan ada panggilan baru masuk. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah telefonnya. Dia tersenyum sinis saat melihat nama pemanggil, sebelum menjawab.
"Yeah?"
"Great job. As promised, 500k euro in your account. Enjoy it."
Senyuman sinisnya semakin melebar.
"Alright. Thanks."
Tut. Talian terus dimatikan. Dia menggeleng. Tidak sia-sia dia memberi upah yang banyak kepada orang suruhannya.
"What a filthy bastard. Well, I guess I got my payback."
×××
Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Selangor.
Angin yang bertiup lembut menyapa setiap manusia yang berada di kawasan perkuburan menambahkan lagi suasana pilu pada hari itu. Elena hanya memerhatikan jenazah rakan baiknya dikebumikan ke dalam liang lahad oleh 4 adik-beradiknya termasuk ayahnya sendiri. Manakala Puan Sri Salsabilla sedang ditenangkan oleh Puan Irina.
Alex yang berdiri di sebelah Elena mengusap perlahan bahu isterinya sebagai tanda sokongan buatnya. Elena tahu, suaminya sedang menyalurkan kekuatannya untuknya. Tapi, dia rasa sangat tidak berguna apabila melihat kawan baik yang merupakan sepupunya sendiri pergi begitu saja.
"Diorang tak bersalah, Alex."
Hanya sepotong ayat itu yang sering keluar dari bibir isterinya sejak dia mengetahui berita pemergian Hanis dan Rafiq. Alex mengetap bibirnya, menahan rasa pedih di dada apabila melihat isterinya begitu.
"Saya tahu. Allah lebih sayangkan diorang. Awak kena reda."
Elena hanya mendiamkan diri. Dalam mindanya ligat berfikir, sama ada musuhnya masih ada di luar sana yang bebas dan hanya menunggu masa untuk menyerangnya. Jauh di sudut hatinya, dia kesal dengan dirinya sendiri.
Sangkaannya setelah membunuh ketua Red Eagles dan Black Dragon, semuanya telah berakhir dan mereka akan hidup dengan aman. Namun, semua itu harapan palsu untuk Elena apabila mereka berdua mati di tangan musuh lain.
Dia berasa kesal kerana tidak mengetatkan kawalan di sekitar wad Hanis dan Rafiq, padahal keselamatan mereka lebih utama berbanding dirinya walaupun 2 musuh utama mereka telah tumpas.
YOU ARE READING
Alexander Helena
Romancecover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla Irish Helena and Ian Alexander Nuhayl. "She's too perfect for me." - Ian Alexander Nuhayl "I'm far from perfect." - Carla Irish Helena Ian A...