4 3 | "selfish"

1.1K 57 4
                                    

Tangan sudah diangkat untuk mengetuk pintu pejabat Alex. Namun diturunkan kembali apabila dia tiba-tiba rasa berdebar.

Elena mengetap bibir. Tidak pernah dia melihat Alex yang selalu tenang itu naik angin seperti ini.

"Nak ketuk ke tak?" soal Elena, lebih kepada menggumam kepada diri sendiri.

Elena menarik nafas lalu menghelanya.

"You can do it, Elena."

Baru saja pintu pejabat Alex mahu diketuk, pintu itu sudah dikuak dari dalam. Elena terkedu seketika. Tangan yang masih di udara, diturunkan perlahan-lahan.

Wajah Alex yang tidak beriak yang berada di pintu itu dipandang. Elena mengetap bibirnya.

"Err, awak..."

"Hazran!" kata Alex, sekaligus memotong ayat Elena.

Mulut Elena yang terbuka sedikit terus dikatup semula. Rasa pedih di hati cuba diusir. Tak tahu mengapa dia tiba-tiba terasa hati apabila Alex seperti tidak mengendahkannya.

"Hazran!"

Alex menyeru nama Hazran sekali lagi saat lelaki itu tidak kelihatan. Beberapa saat kemudian, Hazran muncul.

"Ya, Nuh. Kenapa?" soal Hazran.

"Bawakan makanan aku dengan Carla ke sini. Kalau ada barang dia, ambil sekali. We're going to eat in my office. Come, Elena."

Hazran hanya mengangguk sebelum berlalu pergi dari situ.

Elena terkebil-kebil seketika saat tangannya bersatu dengan tangan Alex. Dia memandang Alex. Sumpah dia keliru sekarang ini.

"Hah? Kenapa?"

Alex memandang Elena semula.

"We're going to eat together inside, Elena. Kenapa? Tak suka ke?"

Mata Elena terkedip-kedip memandang mata Alex. Alex menjongketkan keningnya.

"Why?" soal Alex. Pelik dengan isterinya yang merenungnya dengan renungan tidak percaya.

"Err, kenapa kita tak makan kat luar je?" soal Elena, hairan dengan tingkah laku Alex.

"Saya rasa tak selesa. Lagi-lagi dengan apa yang baru jadi tadi. Saya baru nak ajak awak masuk office saya tiba-tiba awak dah ada kat depan pintu. Jadi, saya tak perlu munculkan diri saya kat luar lagi lah."

Elena hanya mengangguk.

"Jom."

Ucap Alex seraya menarik lembut tangan Elena masuk ke dalam ruang pejabatnya.

Setelah mereka sama-sama telah melabuhkan punggung di atas sofa, Elena terus saja mencapai tangan kanan Alex yang kelihatan agak kemerah-merahan. Alex menjongketkan keningnya.

"Kenapa?" soal Alex lagi.

"Sakit tak?" Soalan Alex dibalas dengan soalan Elena. Alex hanya tersengih sebelum menggeleng.

"Benda kecil je."

"Kecil? Awak tumbuk dia bersungguh-sungguh kut sampai saya dah tak nampak muka dia, itu yang awak kata benda kecil?"

Alex mengangguk. Tangan Elena yang sedang mengusap kekura tangannya disentuh lembut.

"Serius. Saya okey. Tak sakit pun. Jangan lah risau."

Elena mencebik.

"Yalah tu tak sakit, padahal tengah tahan sakit kan?"

Alex tergelak kecil.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now