4 8 | dead

1.1K 70 12
                                    

Kereta yang dipandu oleh Elena laju meluncur di atas jalan raya. Riak wajah tidak berperasaan kekal digunakan sejak dia melangkah keluar dari bangunan gah The Carls' Empire sehingga dalam keretanya sendiri.

"Shit! Kenapa aku tak perasan dari awal hah? Kalau aku tau, aku tanam dia 7 kaki dalam tanah. Biar dia tahu akibat cari pasal dengan aku. Tak guna punya manusia," bentak Elena sambil menghentak kasar stereng keretanya.

Sungguh dia tidak menyangka bahawa salah seorang pekerja syarikat The Carls' Empire merupakan mata-mata kepada syarikat musuhnya sendiri. Dia juga baru menyedari perkara itu setelah diberitahu oleh setiausahanya, Faiq.

Dia teringat kembali perbualan antara dia dan Faiq yang juga salah seorang ahli WRF yang berkhidmat dengannya beberapa jam lepas di dalam pejabatnya.

"Puan Carla, saya ada benda penting nak bagitau."

Elena yang sedang menyemak fail yang diberikan oleh Faiq, terus mengangkat anak matanya.

"Saya ingatkan awak cuma nak hantar fail pasal projek terbaru kita ni je. Please make sure the door is locked and have a seat, Faiq."

Faiq terus melabuhkan punggungnya setelah memastikan pintu pejabat orang atasannya itu telah dikunci untuk mengelakkan sesiapa menerjah masuk.

"What is it, Faiq? Is it urgent enough?" soal Elena. Faiq mengangguk laju.

Gambar seorang lelaki yang juga merupakan salah seorang pekerja The Carls' Empire dikeluarkan dari buku notanya.

'Akhmal Firdaus bin Akhmal Fadhli'

"Saya dah lama perhatikan dia, Puan Elena. Dalam lebih kurang 4 hingga 5 bulan kebelakangan ni, dia berkelakuan aneh. Lebih-lebih lagi bila satu bangunan tahu khabar angin yang Puan Carla dah nak kahwin masa tu."

Elena mengerutkan dahinya.

"Dia ada kaitan dengan Red Eagles atau Black Dragon ke?"

"Tak, puan. Dia berkaitan dengan syarikat pesaing kita, Millenium Holdings."

Elena menjongket keningnya.

"Yang selalu guna taktik kotor untuk sabotaj projek kita tu ke?"

Faiq mengangguk.

"Betul, puan. Saya dah periksa latar belakang dia semula. Dia memang ada kaitan dengan Millenium tu, puan."

"Blood-type relationship?"

"Ya, puan. Dia merupakan anak saudara kepada Encik Fazri, pengurus besar syarikat tu."

Elena mengurut pelipisnya perlahan. Nama Akhmal Firdaus langsung tidak pernah didengarinya semasa dia menyiasat tentang Millenium Holdings.

"Saya tak pernah dengar langsung pasal anak saudara dia yang ni."

"Firdaus ni baru keluar dari pusat pemulihan akhlak atas kesalahan merompak beberapa buah sekolah masa dia umur 17 tahun. Mungkin Encik Fazri sengaja sorokkan dia sebab rekod kesalahan lampau Firdaus," jelas Faiq.

Elena terkedu.

"Merompak? Wow. Jangan kata naluri merompak dia tu masih ada sampai sekarang."

"Mungkin ada, puan. Kita tak pernah tahu. Dia dihantar oleh Encik Fazri untuk dia bocorkan maklumat tentang The Carls' Empire walaupun kita semua tahu perkara tu mustahil," kata Faiq.

"Dah berapa lama kita ambil dia, Faiq?" soal Elena.

"Hampir setengah tahun, puan."

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now