Prince Court Medical Centre.
Bammm!
Pintu wad yang tidak bersalah itu dirempuh dengan kuat menyebabkan Alex tersedar dari lenanya.
Alex mengerutkan dahi apabila lima orang lelaki masuk serentak ke dalam wadnya.
"Abang Nuh! Kenapa masuk wad ni? Abang sakit ke?" soal Qaleef, adik kepada Qayyum yang merupakan pekerja Lawrence's Cafe.
"Kau ni masuk hospital tak cakap apasal? Nasib baik Hayden bagitau aku." omel Hazran pula. Hayden hanya angkat bahu.
"Aku pun tau dari Rafiq tu, dia datang office aku. Entah macam mana dia tau aku kerja kat situ aku pun tak tau la." kata Hayden lalu selamba melabuhkan punggung di atas katil Alex.
"Sorry Nuh, adik aku memang bising sikit. Dari dalam kereta sampai hospital tak reti diam." Qayyum tersengih malu. Alex menggeleng perlahan.
"Sorry bro, kalau aku tak ada emergency masa tu, dah lama aku reverse kereta aku tolong kau. Sorry." ucap Joshua sambil tertunduk memandang kaki.
Alex yang terkebil-kebil kerana baru tersedar dari lena mula memahami situasi kini. Dia menggaru belakang kepala yang tiba-tiba rasa gatal.
Dia dah faham situasi sebenar.
"Tak, apa masalah korang sebenarnya ha? Dah la masuk tak bagi salam, lepas tu serang aku macam-macam soalan. Korang dah kenapa?"
Mereka berlima hanya tersengih malu.
"Ala, kitorang risau sangat dekat kau. Lagipun kalau kau masuk hospital maksudnya keadaan kau agak teruk." jawab Hayden selamba. Alex menjeling sepupunya.
Introduce to you, the careless, over-protective, reckless but quite dangerous cousin of Alex, Hayden Razhael Harrison. Son and inheritor in Harrison's Group, Sicily, Italy.
"Tenang guys, macam la aku tak pernah masuk hospital sebelum ni." kata Alex, sambil menyilangkan tangannya.
"Masalahnya, you look teribble as hell Nuh!" kata Hazran sambil matanya memandang tubuh tegap Alex yang berbalut sana sini. Alex hanya menggeleng.
Pening layan diorang ni.
"Macam mana Abang Nuh boleh cedera teruk macam ni?" soal Qaleef, sambil menayang muka ngeri saat Hazran menyentuh dada Alex yang berbalut.
Alex gelak lepas seketika.
"Good question, Qal. Abang dah lama tunggu soalan tu."
Hayden, Qaleef, Qayyum dan Joshua mula memasang telinga manakala Hazran masih jakun meneliti luka Alex.
"Ran, nak dengar ke tak?" soal Joshua sambil memicingkan matanya memandang muka Hazran yang agak teruja.
Tengok luka orang pun teruja ke? Pelik la mamat ni.
Hazran tersengih.
"Okey aku nak dengar. Tak payah tengok aku macam tu." kata Hazran lalu menolak muka Joshua.
"But before that, Hayden. Rafiq datang office?" soal Alex. Hayden mengangguk.
"Dia cakap kat aku yang kau masuk hospital. Tu je."
Alex mengerutkan dahi.
"Macam mana dia tau sedangkan aku tak pernah buka mulut pasal background aku."
"Ala, zaman sekarang dah maju la. Dia cari kat phone kau kut Nuh. Dia nak contact orang terdekat dengan kau." ujar Hazran. Alex terangguk-angguk. Agak logik di fikiran Alex.
YOU ARE READING
Alexander Helena
Любовные романыcover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla Irish Helena and Ian Alexander Nuhayl. "She's too perfect for me." - Ian Alexander Nuhayl "I'm far from perfect." - Carla Irish Helena Ian A...