0 7 | savior

2K 88 2
                                    

Alex's POV

Tak mungkin.

Aku masih tak percaya dengan apa yang berlaku pada aku tadi.

"Aku nak tuam, tahan sikit." kata lelaki yang memakai topi hitam dan jaket hitam yang hanya memperkenalkan diri sebagai Ariel.

Aku angguk, tanda memberi kebenaran. Ice pack di tangannya dilekap perlahan ke pipiku yang agak lebam, hasil tumbukan curi-curi penyangak tadi. Aku berdesis perlahan apabila sejuk bertemu sakit.

"Tahan."

Bercerita pasal Ariel, aku pun tak tau dari mana dia datang dan tau rumah aku. Ramai pulak tu kawan-kawan dia. Takkan la ada jiran minta tolong sedangkan aku pun tak kenal jiran aku.

Rafiq je la aku kenal. Dengan Hazrina.

Yang lain langsung aku tak tau. Bukan anti-sosial, tapi malas nak percaya orang luar.

Perkara yang terjadi beberapa jam lepas kembali terlayar di minda.

Flashback.

"Amico mio," sapanya dalam bahasa yang langsung tidak aku fahami. Mataku terkebil-kebil memandang tubuhnya yang tersarung pakaian kerja dan,

Bertudung?!

Mata aku salah nampak atau mimpi di siang hari?

"Are you okay?" soalnya lagi sambil mencampak pistol ke kanan dan ajaibnya, ada orang berjaya sambut!

Mata hazelku masih terkebil-kebil menatap wajah bersihnya. Mata berwarna biru laut, hidung mancung dan bibir tipis.

Alex, mata kau tak boleh kawal ke?!

"Hey, I'm asking you boy." katanya lagi yang sudah berlutut di hadapanku.

"Who are you?"

Dengan sisa berani yang hanya tinggal sedikit, soalannya aku balas dengan soalan juga.

Diam. Dibiarkan sepi tanpa sebarang balasan. Namun, sepasang mata itu masih menilikku dengan penuh minat.

"Who are you, stranger?" soalku lagi.

"Ti conosco ma non mi conosci, amico mio."

Aku terkaku. Walaupun aku tidak memahami langsung apa yang diperkatakan, namun aku tidak rabun melihat sendiri mata dingin itu tersenyum.

"Seems you hurt. I'll get you the paramedic." katanya lalu mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

Lihat sahaja telefon yang sudah dilekapkan ke telinganya cepat-cepat aku menggeleng. Dia memandangku dengan kerutan di dahi. Telefon dijatuhkan ke sisi.

"Why?"

"I'm fine. I'm totally okay." Matanya dikecilkan meneliti aku yang masih terduduk. Aku memandang sekeliling rumahku.

Mayat bersepah. Perabot yang elok teratur sebelum ini terus tunggang terbalik. Pendek kata, rumah dah tak serupa rumah dah sekarang.

Sebenarnya aku masih trauma bila melihat mayat lelaki yang bersepai kepalanya tadi. Dia yang perasan akan anak mataku yang memerhati lelaki tadi hanya memandang mayat itu sekilas sebelum menjatuhkan arahan kepada seorang lelaki yang tegak berdiri di belakangnya yang aku yakin anak buahnya.

"Leo, clear all these shits."

Lelaki itu mengangguk patuh.

"Si, young lady."

Terus saja dia keluar mendapatkan rakannya yang lain.

"I'll make sure that you'll be fine, my man."

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now