3 6 | revenge

1.4K 41 0
                                    

"She looks beautiful in her way! Aku jealous sangat."

"Kan? Untung suami dia..."

"Sepadan sangat diorang ni."

Bisikan para tetamu yang berada dalam dewan ini membuatkan Hanis tersenyum nipis. Earpiece di telinganya yang terlindung di sebalik selendang yang dipakai ditekan.

"Is everything okay?" soal Hanis.

"Okey je Cik Hanis," balas Niel, ahli pasukan WRF.

"Good. Apa-apa inform aku."

Earpiece ditekan kembali, menutup talian di antara dia dan pasukan WRF yang bertugas sebagai pasukan keselamatan.

Hanis menggeleng seketika. Sungguh dia tak sangka, pasukan WRF juga turut mencuri tumpuan media dengan mengenakan sut tuksedo untuk ahli lelaki dan dress berwarna kelabu untuk ahli wanita, yang direka khas untuk mereka. Para wartawan pula menganggap mereka adalah ahli korporat kerana gaya mereka kelihatan seperti orang ternama.

Seramai 150 orang lelaki daripada pasukan WRF yang bertugas untuk berada dalam dewan, manakala 25 orang lelaki bertugas di luar dewan. 30 orang wanita pula bertugas sebagai khidmat katering, dan 17 lagi sebagai tetamu.

Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Elena dan Alex sedang bergambar bersama keluarga Rafiq. Tengku Azrel dan Puan Adryna yang menggeleng apabila melihat perangai gila anak-anaknya itu ketika sesi penggambaran mengundang sengihan kecil di bibir Hanis.

"Hey."

Hanis tersentak lalu dia menoleh. Wajah Hazel terpapar di hadapan mata yang cantik mengenakan dress berwarna peach yang telah ditempah oleh Elena pada Kayla, pereka fesyen untuk Elena. Rambut perangnya disanggul tinggi dan hanya dibiarkan beberapa helai jatuh di sisi kiri dan kanannya.

"Hey Hazel. You look stunning today. Tak ada orang mengurat kau ke?" soal Hanis. Hazel hanya mencebik. Dia meneliti pakaian Hanis pula.

Dress labuh berwarna peach yang kembang di bahagian bawah dan dipadankan dengan shawl putih yang cantik beralun.

"Kau merepek apa ni? Kau pun samalah cantik. Hyde tu, tak jealous ke?"

Tawa kecil Hanis meletus.

"Ala tak payah cover lah. Tak ada orang berani dekat dengan kau kan sebab kau dikawal rapi?" tebak Hanis. Hazel hanya menghela nafas.

"Yalah. Kau tau tak dia tu..."

"Mengumpat aku ke?" celah Ray yang segak memakai baju melayu berwarna peach; mengikut tema keluarga pengantin perempuan.

Hazel yang sedar akan kehadiran Ray hanya menggulingkan matanya.

"Come on lah. Tak ada masa aku nak mengumpat pasal kau."

Nafi Hazel. Ray mengerutkan dahinya.

"Come on lah. Macam aku tak kenal kau," bidas Ray pula. Hazel menjeling tajam Ray. Hanis tergelak halus.

"Benda kecil pun nak gaduh. Aku suruh tok kadi tu datang balik sini, nikahkan korang berdua pulak. Nak?" kata Hanis. Kedua-dua mereka berpaling ke arah Hanis.

"On."

"No!"

Hanis tergelak lagi. Seorang kata, on. Seorang kata, no. Alahai korang ni. Kahwin jelah.

Hazel menjeling tajam Ray. Lelaki di sebelahnya inilah yang menjawab 'on' tadi tu. Ish!

"Jangan jeling aku macam tu, young lady. Are you seducing me?" soal Ray dengan nada sinis. Mata Hazel membuntang. Wajahnya mula membahang.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now