1 5 | will

1.4K 63 0
                                    

"Razfel tu, nama samaran kau dalam WRF?"

Alex menyoal Rafiq atau Razfel. Ah sama je dua dua. Rafiq mengangguk.

Dia, Hayden dan Rafiq kini berada di sebuah penthouse milik Rafiq untuk kediaman sementara dalam keadaan begini.

"Bright side, Rafiq or Tengku Rafiq Iskandar. Dark side, Razfel."

"Kau jadi Razfel untuk siapa?" soal Hayden.

"For Alex. Tugas aku untuk jaga dia je. Kadang-kadang aku swap dengan yang lain untuk jaga Alex kalau aku ada emergency case atau memang kena turun padang," kata Rafiq.

"Kalau kau jaga dia, macam mana Alex boleh cedera macam ni sekali?" soal Hayden lagi, seakan-akan mahu memprovok Rafiq. Namun lelaki itu tampak tenang.

"Humans not perfect Hayden. Masa tu aku turun padang secara mengejut, so tak ada back up cover. Kalau tak, boleh je datang dan tolong Alex."

"Kau buatkan dia cedera teruk tau tak? Kalau kau-"

"Thanks to Elena then. She came and saved his life from a bullet."

Alex merenung tajam belakang tubuh sepupunya. Hayden ni memang nak kena dengan aku.

"Tengku Rafiq Iskandar?" soal Alex, sekali gus mematikan niat untuk Hayden berhujah lagi.

Hayden memandang sepupunya. Alex menjongket kening.

"As you know, I'm one of DH inheritors. I'm the CEO, so my people do call me Tengku Rafiq instead of my friends called me, Rafiq or Razfel."

Rafiq cuba sembunyi senyum saat dua bersaudara ini seakan-akan sedang bergaduh untuk mengorek rahsia sebenar mengenai dirinya.

"And, about Elena. Who's that girl?" soal Hayden. Rafiq memandang Alex.

"Kau kenal Elena, Alex?" soal Rafiq pula. Hayden memandang sepupunya. Seriuslah sepupu dia ni kenal dengan orang yang selamatkan dia hari tu?

Tak bagitau pun!

Alex hanya mengangguk kecil.

"A little bit. Dan, aku ingatkan dia stalker aku."

Rafiq ketawa. Hayden memandang pelik ke arah Rafiq. Dah kenapa mamat ni ketawa pulak? Aku nak tau siapa dia, bukan dengar kau gelak.

"I'm asking you guys!" bentak Hayden tidak puas hati.

"Ala Hayden, kau ingat tak masa aku kena pergi VIP suite sebab ada orang nak jumpa tu?"

Hayden angguk sekali.

"Kenapa?"

"She's the one who wants to meet me at that time. She's my savior and kalau tak silap aku nama dia- Irish Helena?"

Rafiq mengangguk. Dalam mindanya ligat berputar pesanan Elena.

Jangan reveal aku siapa. Aku reveal diri aku as Irish Helena, not a Carl's inheritors. Aku je yang berhak untuk reveal siapa aku sebenarnya.

"Yes, Irish Helena."

"Dan, nama dia agak familiar dalam ingatan aku," sambung Alex membuatkan Rafiq mengerutkan dahi memandangnya.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now