2 1 | siblings

1.1K 62 2
                                    

Alex's POV

Mataku diliarkan ke sekeliling. Tak banyak yang berubah melainkan perabot dan barang-barang kaca yang telah ditukar baharu.

Siapa yang tolong aku ni? Baiknya dia. Kaya pulak tu.

"Alex. Beg kau aku dah bawakan naik atas. Aku nak tidur kejap tau. Mengantuk," kata Hayden. Aku hanya mengangguk.

"Okey pergi la."

Hayden terus menghilang ke tingkat atas manakala aku masih berlegar-legar di ruang tamu ini. Ruang tamu yang menjadi saksi pertemuan aku dan gadis itu buat kali pertama.

Tipu la kalau aku kata dia tak cantik, she's a goddess you know? Dengan raut kacukan kat muka dia, mata biru jernih aish senang cerita dia memang cantik! Bergetar jugak la hati aku bila first time jumpa tapi aku lebih fikirkan pasal nyawa aku masa tu.

Masa hari tu dia datang jumpa aku dan selamatkan aku kat hospital pun, aku dah tertarik kat dia. Ya ya, aku tengah buat luahan isi hati la ni.

Sofa berbaldu merah itu aku sentuh perlahan sebelum melabuhkan punggung ke atasnya. Frame yang tergantung elok di dinding aku pandang lama. Nasib baik frame ni tak pecah masa hari tu.

Hmm, gambar mama, papa dan adik. Wajah ayu mama dan adik perempuanku ditatap kemudian wajah tampan papa. Alex rindu semuanya pa. Semua.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata arwah ayah aku masa aku umur 5 tahun, sebelum dia pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku memang boleh mengingati memori lalu, itu kelebihan aku.

"Alex, Alex tahu kan Alex ada bride? Jadi bila Alex dah besar nanti, Alex kena kahwin dengan dia je tau. Segala maklumat pasal bride Alex ada kat belakang frame. Dekat situ ada peti besi. Papa sengaja sorokkan sebab nanti mak tiri Alex jumpa dan bakar. Tak kisahlah Alex nak kahwin umur berapa tapi Alex kena kahwin dengan dia je. Faham?"

"Tapi pa.. nanti dia tak jumpa Alex macam mana?"

"Sama ada dia datang cari Alex atau Alex sendiri cari dia."

"Dia kenal Alex lagi ke masa tu?"

"Kenal. Trust me. She's the one for you. The only one."

Aku segera bangkit dari duduk dan menyelak semua frame yang tergantung. Aku perlukan maklumat itu kembali. Dah tiba masa untuk aku mulakan misi untuk mencari dia. Kali terakhir aku buka masa aku umur 19 tahun. Itu pun selepas wasiat papa dibacakan oleh peguam.

Gotcha, dapat!

Terus aku keluarkan peti besi itu. Dahi aku berkerut. Kenapa pintu peti besi ni tak nampak berhabuk? Macam ada orang jaga. Seingat aku, kali terakhir aku buka waktu aku umur 19. Ah lantak la. Asalkan ada.

Aku buka pintu peti besi itu menggunakan kata laluan lalu mencari fail-fail yang berkenaan.

Nuh's Bride Profile | Malay Ver.

Dahiku serta merta berkerut saat tajuk itu tertera di sebuah fail berkulit keras berwarna biru tua. Nuh's Bride? Siapa Nuh? Serta merta aku menepuk dahi tatkala teringat sesuatu.

Alahai Alex, tu nama kau la! Aduh. Terus aku ambil fail itu lalu aku duduk kembali di sofa sambil membelek fail itu.

Contents

1. Introduction .......... 1
2. Enlighten .......... 3
3. Family's Profile .......... 4
4. History / Background .......... 8
5. Nuh's Bride .......... 11
6. Nuh's Bride Profile .......... 12
7. Family Nuh's Bride .......... 14
8. Agreement .......... 18
9. Terms and Condition .......... 21
10. Dos and Donts .......... 25

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now