4 0 | "menyesal"

1.8K 73 0
                                    

"Kau?"

Kayla terkedu. Dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dibantunya ini, adalah Erfan, abang kepada Elena.

"Err, Encik Erfan."

Kayla tidak mahu bertanya lebih lanjut, lebih-lebih lagi lelaki itu berada dalam persalinan hospital jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa lelaki ini menjadi salah seorang penghuni di hospital ini.

"Kau buat apa kat sini?" soal Erfan. Kayla mengetap bibirnya. Dia hanya memimpin lengan Erfan perlahan-lahan menuju ke arah kerusi yang tersedia.

"Encik duduk dulu," arah Kayla. Erfan hanya diam dan akur.

Kayla memusing tubuhnya kembali dan berjalan ke arah tempat lelaki itu hampir terjatuh lalu mengambil topang yang jatuh dan kembali semula ke arah Erfan. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu dan menyerahkan kembali topang miliknya.

"Here. I don't think you can use these, sir."

Erfan mengerutkan dahinya.

"What do you mean?" soalnya. Kayla tersenyum nipis.

"Sepatutnya encik kena pakai wheelchair, tak boleh pakai topang ni lagi. Saya perhatikan encik dari tadi, jalan pun agak terhincut-hincut jadi saya risau kalau encik tiba-tiba terjatuh. Tak sangka pula encik memang hampir jatuh," kata Kayla.

Erfan terkedu. Topang yang berada di tangannya direnung sepi. Dia hanya mendiamkan diri. Begitu juga Kayla.

"Setahu saya kali terakhir kita jumpa masa majlis perkahwinan Elena, dan encik nampak okey je masa tu. Tapi kenapa hari ni saya jumpa encik kat hospital?" soal Kayla, menghilangkan kesepian di antara mereka.

"Accident," jawab Erfan, ringkas. Malas mahu bercerita panjang tentang hal sebenar.

Mata Kayla membuntang.

"Accident? Ya Allah, teruk sangat ke?"

Erfan mengerutkan dahinya lalu menoleh ke arah Kayla yang terkejut dan wajahnya tampak bimbang. Kening Erfan terjongket.

"Kenapa muka kau macam tu?"

Kayla berdehem seketika sebelum menayang wajah biasa.

"Muka apa?" soal Kayla pula.

"Muka risau. Kau risaukan aku ke?" usik Erfan, dengan senyuman sinis di bibir. Spontan dahi Kayla berkerut.

"Ish, mana ada! Saya cuma pelik. Hari tu encik nampak sihat sangat. Tak sangka pula kita jumpa kat sini."

Erfan mengeluh. Tubuhnya disandarkan ke belakang kerusi.

"Kita tak boleh nak salahkan takdir. Dah tertulis aku accident, aku terima jelah."

Kayla mengangguk.

"Betul juga cakap encik. Tak apalah encik, mesti ada hikmah di sebalik kesakitan yang encik alami ni," kata Kayla.

Tiba-tiba, Erfan mendengus sendiri. Kayla terkebil-kebil melihat Erfan.

"Kenapa encik? Encik sakit kat mana-mana ke? Nak saya panggilkan nurse untuk iring encik balik ke wad encik?" soal Kayla bertalu-talu.

Erfan mendengus lagi.

"You know what, Kayla..."

Kening Kayla terjongket.

"Apa?"

"I hate the way you called me."

Dahi Kayla automatik berkerut. Sungguh Kayla tak faham apa yang lelaki ini katakan.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now