trigger warning : contains a lot of curse words.
Red Room
Sean mengerutkan dahinya apabila kesakitan di kepalanya semakin mencucuk sehingga dia ingin menghentakkan kepalanya ke dinding agar reda segala kesakitan yang ditanggungnya.
Dia mengangkat kepala perlahan-lahan lalu matanya dibuka sedikit demi sedikit. Cahaya malap di dalam bilik tempat dia duduki menjentik perasaan aneh dalam dirinya.
"Damn, where the hell am I?" desisnya sambil menahan sakit kepala yang kian mencucuk.
Dia cuba untuk bergerak namun pergerakannya terbatas membuatkan mata Sean turun ke tubuhnya sendiri. Sepasang gelang besi telah dilekapkan ke kedua-dua belah tangannya, begitu juga dengan tangannya yang bersambung dengan kerusi besi yang didudukinya.
Sean mengeluh kasar.
"Fuck, what had I done?"
Dia mendengus sebelum matanya dipejam, cuba untuk mengingati kembali bagaimana dia boleh terperangkap di sebuah kerusi besi bersama gelang besi di tangan dan kaki. Matanya kembali terbuka setelah teringat akan sesuatu.
"Carl."
Bunyi pintu dibuka dari luar menyentakkan Sean. Dia menanti orang yang sedang melangkah masuk itu dengan penuh debaran. Setelah orang itu masuk, Sean serta-merta mengerutkan dahi apabila wajahnya tidak kelihatan kerana dilindungi dengan topi dan mask hitam.
"Who are you?"
Luke tersengih sinis di sebalik mask hitam yang dipakainya. Sudah mengagak soalan ini yang akan terpancul keluar saat lelaki itu melihat dirinya.
"I'm not Carl, don't worry."
Sean memandang lelaki di hadapannya atas bawah.
"Then who are you?" soal Sean lagi.
"I'm one of Carl's men."
"Where the fuck is Charles?" soal Sean saat dia teringat bahawa dia bersama Charles sebelum dibawa ke bilik misteri ini.
Jari telunjuk Luke lurus menunjuk ke sebelah kanan Sean.
"He's there. Unconscious like a sleeping beauty."
Charles yang terikat seperti dia dan masih lagi lena, gara-gara diberikan ubat tidur dalam minuman mereka dipandang tajam oleh Sean. Matanya dialihkan lalu memandang lelaki yang selamba melabuhkan punggung di sofa bertentangan.
"What the fuck had you done to him?" soal Sean dengan nada suara yang tertahan-tahan.
Luke mengangkat bahu.
"It's not my fault after all. It's Carl's instruction. His other men had done it before. It's not me."
Jawapan selamba Luke benar-benar membuatkan hati Sean menggelegak panas. Charles yang buat hal dengan keluarga Carl, kenapa dia diheret sama?
"Fuck that bastard. Aku tak terlibat lah sial."
Luke tersengih.
"Kau ada kaitan dengan lelaki yang cari maut dengan Carl sebab tu kau ada kat sini. Sama ada kau terlibat dalam rancangan gila Charles atau tak, itu biar Carl sendiri tentukan."
Sean kembali memandang tajam Luke. Lelaki itu mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam seperti serigala.
"Aku kenal Charles lepas dia keluar hospital gila tujuh tahun lepas. Aku kenal dia pun sebab dia kacau kawasan aku," kata Sean. Luke menjongket keningnya.
YOU ARE READING
Alexander Helena
Romancecover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla Irish Helena and Ian Alexander Nuhayl. "She's too perfect for me." - Ian Alexander Nuhayl "I'm far from perfect." - Carla Irish Helena Ian A...