Flashback
"Itu bukan ke..."
"... Tuan Muda Carl Hans Ezzery?" soal Hayden. Alex memandang Hayden.
"Yalah, kenapa? Kau tak pernah jumpa dia ke?" soal Alex pula. Hayden menggeleng.
"Selama ni aku jumpa kat suratkhabar je weh. Tak sangka aku boleh jumpa dia depan-depan!"
Alex senyum nipis.
"This is my first time too, and I'm so freaking nervous right now."
"Fuh, mana aku nak parking ni sia. Besar sangat halaman dia ni, aku takut aku tak jumpa kereta aku nanti," bebel Hayden.
Alex hanya menunjukkan satu ruang kosong yang terletak bertentangan dengan garaj kereta rumah agam itu.
"Situ. Redup tu weh."
"Okey cun, sabar kejap."
Setelah memarkirkan kereta, mereka berdua keluar lalu berjalan menuju ke pintu masuk di mana tempat Tuan Carl Hans sedang berdiri.
Sebaik saja kelibat dua anak muda itu menyapa matanya, dia mengukir senyuman nipis. Serta merta riak wajahnya yang kosong sebentar tadi, bertukar menjadi ceria.
"Welcome to our mansion, Ian and Harrison."
Alex hanya mengangguk, manakala Hayden tersenyum nipis. Tangan dihulurkan untuk bersalaman. Tuan Carl Hans menyambut huluran itu.
"I feel like I'm dreaming right now. I can't believe that you're in front of my eyes, Young Master Carl Hans Ezzery, the most powerful businessman in the world."
Tuan Carl Hans hanya tergelak halus mendengar pujian yang diberikan oleh pewaris Lawrence itu.
"Young man, I feel so honoured with that compliment. And please call me uncle, or papa. I don't care." Bahu Hayden ditepuk perlahan. Pandangannya beralih kepada Alex pula.
"So, this is Ian Alexander Nuhayl bin Ian Hanafi Aqiff?"
Alex mengangguk lalu tangan dihulurkan. Tuan Carl Hans menyambut huluran tangan Alex.
"Yes and assalamualaikum, Young Master Carl."
Tuan Carl Hans tergelak halus.
"Waalaikumussalam. Oh don't address me like that, future son in-law. Just call me, papa."
"Oh okay papa," kata Alex sambil mengusap perlahan belakang tengkuknya.
Janggal.
"Let's get inside, gentlemen."
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Alex dan Hayden melopong. Mereka bagaikan baru menjejakkan kaki di sebuah istana. Sangat mewah. Dan besar.
Alex melabuhkan punggung di atas sofa yang berbaldu merah dan sangat empuk. Dia anggarkan bahawa sofa ini bernilai hampir berpuluh ribu, kerana kualitinya yang sangat bagus dan yang pasti, rekaannya kelihatan mewah.
Tuan Carl Hans pula meminta diri seketika kerana mahu memanggil anak-anaknya.
Manakala Hayden pula seperti orang jakun, meliarkan pandangan ke sekeliling rumah agam ini. Satu saja perkataan yang terlintas di kepalanya.
Mewah.
Hayden hampir-hampir terkejut beruk apabila dijemput masuk ke dalam rumah agam ini oleh Tuan Carl Hans, lelaki korporat itu hanya perlu mengimbas cap jari untuk menghidupkan penghawa dingin, lampu chandelier yang cantik tergantung dan kipas siling yang mempunyai 7 bilah.
YOU ARE READING
Alexander Helena
Romancecover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla Irish Helena and Ian Alexander Nuhayl. "She's too perfect for me." - Ian Alexander Nuhayl "I'm far from perfect." - Carla Irish Helena Ian A...