Part 13 : Last

4.6K 56 49
                                    

Yup, ini tahun akhir aku dekat asrama ni. Banyak kenangan dan memori manis dan pahit yang aku dapat sepanjang 5 Tahun aku dekat sini.

Harapan aku tahun ni, adalah nak betulkan kesilapan2 aku yang pernah aku buat dan timbulkan sepanjang aspura ni jadi rumah no 2 aku.

First sekali aku, kena prepare untuk SPM tahun ni.
Kedua, baikkan balik hubungan dengan semua penghuni yang aku renggang terutama adik aku.

Kali ni Senior Form 5 tinggal 4 orang sahaja. Aku, Syah, Aziz, Acap. Dari 5 orang ni. Syah Ketua Asrama,Ketua Pelajar, Ketua Pengawas, Olahragawan Sekolah dan Daerah, dan macam2. Pendek kata semua jawatan di tapau habes. Kena la dengan muka handsome ala2 Fikry Ibrahim, badan Atlet dan Pandai. Heh.. full package. Memang semua warga sekolah respect dekat dia. Nasib baik xsombong dan belagak. Tapi yang menyakitkan hati mulut dia boleh tahan puaka. Cakap Str8 to the Point.

Ok2, cukup la pasal dia. Mengikut ranking senior yang paling ditakuti, Mengikut turutan menurun dari yang ditakuti. Syah, Acap ( badan bonzer) , Aziz dan aku. Tapi aku yang paling dicari2 oleh penghuni asrama sebab aku ni jawatan Biro Kebajikan. Kalau ada yang susah , n perlukan duit boleh ja jumpa aku. Insyallah leh tolong guna duit himpunan dari semua penghuni sebanyak rm10 sorang, kira sebulan rm1. bulan 11 dan 12 xpayah bayar. Last sekali hujung tahun, kami guna duit tu buat Jamuan Aspura.

Aktiviti aku macam biasa, pagi sekolah, petang tuisyen free dekat sekolah, pastu petang riadah, malam study dan tido. Aku tido katil sendiri ja sekarang. Kembali ke Dorm C.

Disebabkan birthday Irfan dan Akmal jarak 20 hari, aku sekalikan beli kek untuk diorang sempena ni kali terakhir aku akan sambut sekali dengan diorang.
Guna ja duit biasiswa yang aku dapat. Aku beli kek sederhana pastu minta mak cik dewan makan simpan dalam peti sejuk dewan makan sampai malam ni. Aku jugak beli Hadiah sorang satu tapi sengaja aku xbagi aku just tunjuk balutan ja kat diorang sebab tahun ni diorang PMR, hadiah ni aku akan bagi masa diorang ambil result nanti dengan pertolongan seseorang.

Malam tu nampak kegembiraan di wajah kiut depa dua orang tu. Aku dalam hati dah rasa aku buat yang terbaik dengan apa yang aku ada sekarang. Aku bukan kaya. Aku just nak dihargai dan disyangi macam orang lain, tapi sekarang kasih sayang yang aku tagih dari sama jantina.. yang mana salah dari segi sifat dan naluri aku yang seorang lelaki.

Cukup sampai situ, aku teruskan misi aku,nak tahu misi apa? Misi mintak maaf kepada bekas GF aku dan tanya mengenai kenapa kami putus.
Kami pun jumpa dekat Dewan Makan sebab sini bangunan penghubung bangunan Aspura dan Aspuri. Aku minta maaf dan harap balik kami boleh kawan, just kawan.
Dia dan kawan kelas perempuan dia pun turut minta maaf memandang dah menjadi tradisi bila ada event macam peperiksaan mesti kami akan minta maaf dengan semua orang. So start dari tu kami semua kawan balik tapi masih janggal untuk pulih seperti sedia kala. Jadi misi aku untuk berbaik dengan semua orang dah berhasil walaupun masih kekok sesama sendiri.

Berita menyedihkan muncul bila lepas cuti penggal yang pertama, Waktu maghrib aku dikejutkan dengan pemergian Mak aku.. kenapa? kenapa masa aku memerlukan sokongan dan restu sorang mak untuk menghadapi peperiksaan nanti. Aku yang terus longlai semasa pak guard bagi tahu suruh kemas barang untuk pulang.. xsedar.. Akmal yang papah aku.. tapi ntah la badan aku rasa berat, jiwa aku rasa kosong.. Rasa sayu.. aku diberikan cuti selama seminggu kalau nak lebih pun boleh cuma kena sertakan surat mohon cuti kata cikgu kelas aku.

Balik ja dari asrama, aku dapat kutipan derma dari pihak sekolah yang dikutip dari seluruh kakitangan dan pelajar disekolah ini. Aku terharu .

Tapi sukar aku kembali fokus, keputusan akademik aku semakin merosot sebab fikiran aku masih buntu dan kosong. Bayangkan subjek math yang menjadi kegemaran aku dari dulu yang selalunya A kini D . Tapi , cikgu xmarah sebaliknya memberi kata2 semangat, kawan2 pun masing2 bagi semangat yang beterusan untuk aku kuat melangkah.

Kisah Aku 1 : Aspura (complete)Where stories live. Discover now