Bab 8

51 2 0
                                    

- DIA DATANG -

                                                           ( BAB 8 )

Hujan yang masih belum reda, bukan halangan untuk Dasuki membawa tetamu ke rumahnya. Entah kenapa juga, Dasuki merasa pelik kerana perjalannya untuk pulang ke rumah terlalu singkat. Sedangkan dia sendiri tahu jarak antara pondok itu ke rumahnya. Mustahil boleh sampai sesingkat ini.

"Sila saudara. Jangan malu-malu," pelawanya pada Dharwisy.

Lalu tikar mengkuang yang bergulung dan terletak di atas para terus dihampar ke lantai kayu. Dia cuba menjaga tertib dan menyantuni tetamu sebaik mungkin. Sebaik tikar mengkuang dihampar, terus sahaja Dharwisy duduk bersila setelah dipelawa Dasuki.

"Ibu!" Sahut Dasuki.

"Tunggu sebentar ya. Saya nak panggil ibu." Ujar Dasuki. Lantas Dharwisy mengangguk.

Dasuki bingkas bangun, lalu ke dapur mencari ibunya. Kelihatan ibunya sedang meniup corong buluh untuk membesarkan api yang semakin kecil dek kerana angin sejuk yang masuk ke celah-celah lubang yang pada dinding rumbia.

"Ibu masak apa?" Soal Dasuki. Kasihan apabila melihat ibunya terbatuk-batuk kerana terhidu abu kayu ketika cuba hendak menghembus corong buluh itu.

"Ini, ibu nak rebus ubi. Untuk makan malam kita..." terketar-ketar suara tua ibunya menjawab pertanyaannya.

"Sudah. Ibu ketepi. Biar Dasuki yang buat. Ibu tolong buatkan kopi ya. Kita ada tetamu."

Corong buluh bertukar tangan. Dasuki mengambil alih menghembus corong buluh itu ke arah api yang mulai marak itu. Sesekali menjenguk ke arah ubi rebus yang sedang ditanak.

"Siapa tetamu tu? Sahabat kamu ke?" Soal ibunya kembali. Sambil tangannya ligat membancuh kopi O pekat di dalam teko.

"Entahlah. Saya tak kenal. Lagipun jumpa dia masa dalam perjalanan balik ke rumah. Namanya Dhawisy." Jawab Dasuki, lembut.

"Nanti jangan lupa tukar baju kamu, basah tu dan jangan lupa suruh tetamu kita tu tukar baju sekali. Nanti demam pula dia." Arah ibunya setelah melihat keadaan Dasuki yang kuyup dibasahi hujan, namun masih mahu menolongnya di dapur.

"Ibu..." sahut Dasuki perlahan.

"Ya, kenapa?" Halimah memandang Dasuki dengan wajah hairan. Kenapa Dasuki begitu? Wajah sedih sahaja yang ditunjukkan sejak masuk ke dapur sedari tadi.

Dasuki tidak segera menjawabnya. Buluh yang berada di tangan langsung di letakkan ke bawah, lalu terus sahaja menyambut tangan tua ibunya. Dia mengucupnya dengan lembut. Menyantuni ibu yang melahirkannya dengan penuh kasih sayang. Halimah mengerut wajah dengan seribu satu persoalan. Hairan melihat tingkah anak bujangnya yang tidak pernah sama sekali berkelakuan begitu.

"Kenapa?" Soalnya lagi buat kali kedua. Dia mula rasa tidak sedap hati.

"Ampunkan Dasuki bu. Dasuki dah buat salah," selanjur itu Dasuki menuturkan kata dengan linangan air mata.

Halimah terdiam. Langsung tidak mengerti dengan kata-kata Dasuki. Kesalahan apa yang sudah dilakukan sehingga meminta maaf sedemikian rupa? Wajah Dasuki direnung sedalam-dalamnya.

"Tadi di rumah pakcik Taha, Dasuki ada marahkan ibu pasal bapak. Dasuki tak berniat..."

Baru sahaja Dasuki mahu meneruskan kata-katanya, ibunya sudah pun menggeleng buat beberapa kali. Seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang sedang dikatakan oleh Dasuki. Wajah Dasuki direnungnya sambil menyimpul senyuman tawar.

"Kenapa bu..?" Dasuki menyoal kembali ibunya. Perasaan hairan mula menerpa. Langsung tidak faham kenapa.

Namun ibunya hanya mendiam. Tiada jawapan yang diberi, hanya tersenyum kelat. Lalu menyambung kembali membancuh kopi yang sudah tersedia, tanpa langsung memandang Dasuki. Namun...

DIA DATANGWhere stories live. Discover now