- DIA DATANG -
( FINAL 2 )
Namun satu lagi akar pokok tunjang keluar dari permukaan tanah dan sasarannya adalah Darus. Dalam keadaan tanah yang bergegar dan samar pada malam itu Darus cuba mengamati setiap pergerakan akar pokok itu. Dia cuba menggunakan deria pendengaran dan memusatkan pendengaran pada bunyi itu. Bunyi akar yang sedang menjalar di atas tanah dan dipenuhi dengan air-air lecah dan juga daun-daun kering bertaburan di atas tanah yang gugur dari dahannya. Darus cuba untuk fokus.
Namun dalam keadaan dia sedang dalam senyap, statik dan terus fokus malah menyambung kembali zikrullah yang terhenti tadi, makhluk itu bertindak balas terlebih dahulu. Akar pokok tunjang yang lagi satu telah menjalar laju lalu membelit kedua-dua kaki Darus. Ia membelit dengan kuat kakinya dan mula naik ke atas tubuhnya sedikit demi sedikit. Ini membuatkan zikrullah yang dilafaz Darus tersekat-sekat ketika dibaca dek kerana penangan belitan akar itu yang sudah naik sampai ke dada dan muncul lagi akar pokok dari hadapannya, mahu membelit lagi tubuh Darus yang sudah pun dibelit dengan akar pokok tunjang yang lagi satu. Tetapi, Darus masih terus bertahan dengan bacaannya. Langsung tidak memperdulikan belitan akar pada tubuhnya sehingga berpeluh dirinya cuba untuk kekal fokus dan yakin.
Makhluk itu mulai panas dan tubuhnya kembali menggeletar di saat zikrullah yang dibaca Darus mulai menyinggah ke telinganya. Sebagaimana Darus begitu juga dengan makhluk itu, fokus, yakin dan langsung tidak berputus asa.
Dharwisy dan Dasuki yang melihat situasi itu segera bertindak dan berlari ke arah Darus! Keris terus dikeluarkan, akar pokok yang sedang membelit tubuh Darus cuba ditarik menggunakan tangan. Namun tidak berjaya. Malah mereka cuba untuk mencucuk kedua-dua akar pokok itu dengan keris yang ada.
Kelihatan Darus semakin lemah, namun bacaan tetap diteruskan. Suaranya kedengaran semakin perlahan. Tetapi, kedua-dua anaknya menyambung kembali membaca zikrullah.
"Dharwisy, Dasuki, ini tidak dapat membantu. Pesan moyang kamu, sebelum potong ekor, cari kepalanya dulu." Tiba-tiba Darus bersuara.
Daduki dan Dharwisy berpandangan. Tertanya-tanya akan maksud yang disampaikan Darus itu." Maksud bapak?" Soal Dharwisy.
"Ya, kita harus buang batu api Iblis dalam perutnya itu! Itu saja jalannya. Tapi pesan moyang, nak tewaskan akar-akar berselirat tu, potong kepala dulu baru ekor..." tegas Darus, yakin dengan apa yang dikatakannya. Namun pesanan itu juga yang disampaikan oleh penghulu Bunian padanya.
Sekali lagi Dharwisy dan Darus berpandangan. Lalu makhluk yang berada tidak jauh dari mereka dipandang dengan perasaan geram. Rasanya tidak salah berbuat begitu dan berlaku kejam pada makhluk seperti itu ataupun pada Megat Maula sendiri iaitu tubuh asal lelaki yang makhluk itu diami. Kerana kekejaman yang pernah dia lakukan pada penduduk kampung Lubuk Dalam, sahabat-sahabat yang terkorban dan juga mangsa-mangsa yang lain. Mereka terpaksa, terpaksa untuk melakukan seperti yang diarah Darus itu.
"Dharwisy, bagaimana dengan sahabat-sahabat ku yang sedang tergantung tu. Mereka langsung tidak sedar. Apa akan jadi pada mereka, jika makhluk itu dapat kita bunuh? Adakah akar-akar pokok yang mengikat tubuh mereka tu, akan menjatuhkan mereka?" Soal Dasuki dalam keadaan risau sambil meliar matanya memandang Bujang, Rahman, Mulia, Lela dan Tajuddin yang masih tergantung di atas pokok hutan yang tinggi itu dalam keadaan yang masih pengsan.
Tanpa berfikir lagi Dharwisy dan Dasuki meluru ke arah makhluk itu. Keris yang dipegang terus dihunus pada makhluk itu dari arah berlainan. Dharwisy dari arah belakang, manakala Dasuki dari arah depan. Namun, keris yang dipegang mereka tidak dapat menikam ke arah tubuh makhluk itu! Seolah-olah ada sesuatu yang menghalangi mereka bertindak demikian. Makhluk itu tetap terpaku dan berdiri kukuh disitu. Darus yang masih berbelit langsung tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan dirinya dalam keadaan begitu.

YOU ARE READING
DIA DATANG
Mystery / ThrillerKehadiran 'sejarah' lama mengundang ketakutan penduduk kampung Lubuk Dalam. Melangsaikan dendam yang sekian lama tertanam di dalam lubuk dalam....