Bab 9

56 2 0
                                    

- DIA DATANG -
 
                                                           ( BAB 9 )

"BAIK AKU SETUJU!"

Laung Arman dengan penuh keterujaan. Dia semakin tidak sabar untuk mengambil ilmu hitam makhluk itu. Biarlah berapa lama pun ilmu itu dituntut, dia sanggup.

Mahkluk itu mula ketawa sehingga bergema hilai tawanya memecah suasana malam itu. Sekali lagi Azhar memandang wajah ayahnya. Dengan esak tangis yang tidak pasti bila akan berhenti.

"Ayah..."

Arman memandang kembali anaknya. Memandang dengan perasaan sayu. Lalu tersenyum.

"Wahai penunggu Lubuk Dalam aku setuju. Kau mahu lagi satu darah, ambillah! Tapi bukan darah anakku yang kau kendung tu! Nah, ambil darah ku! Aku dah bersedia!" Balas Arman keras. Dia berjalan setapak ke hadapan sambil mendabik dada.

Mahkluk itu membeliakkan matanya! Matanya yang merah itu dicerlung tepat ke arah Arman. Memandang dengan penuh minat si mangsa, bagai ingin melahap batang tubuh itu. Lidahnya terjelir memanjang hingga ke perutnya, lalu lidahnya yang terus memanjang bagai ditarik itu terus berlingkar ke tubuh Arman!

Buntang mata Azhar saat melihat mahkluk itu cuba membelit batang tubuh ayahnya dengan lidah yang panjang. Dia menangis! Menangis sekuat hati kerana terlalu takut sehingga suasana hutan belantara Lubuk Dalam yang gelap itu hingar dengar suara tangisan anak kecil itu.

"AYAH!"

Arman memandang kembali Azhar. Lalu memberi isyarat senyap pada anaknya agar tidak menangis.

"Hoi mahkluk! Sebelum darah ku mahu kau ambil. Aku mahu kau berjanji dengan ku dahulu!"

Jerit Arman. Bersuara dengan nada yang tersekat-sekat kerana lidah makhluk yang sedang membelit, semakin menekan-nekan dan mengikat ketat keseluruhan batang tubuhnya! Terasa-rasa pada setiap kulit lengannya akan lidah makhluk itu yang kasar serta dipenuhi dengan lendir likat dan berbau hanyir memenuhi ruang rongga hidungnya. Loya pada tekak semakin menjadi-jadi. Isi perut meronta-ronta minta dikeluarkan isinya! Dan dengan terpaksa Arman muntah terbelahak di situ juga! Tidak mampu untuk bertahan lagi.

"APA DIA?" Sahut makhluk itu dengan bersuara garau pada Arman. Matanya yang semerah saga membuntang memandang Arman.

"Lepaskan aku dulu! Bagaimana aku nak bersuara kalau kau ikat aku dengan kuat!" Jerit Arman pada makhluk berkenaan. Ruas tangan digenggam. Geram dan marah dengan tingkah makhluk itu terhadapnya.

Arman cuba berdiplomasi dengan makhluk tersebut. Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Dia tekad, demi menyelamatkan satu-satu zuriatnya, Azhar. Dia sendiri tahu, masanya semakin singkat. Dia perlu bertindak cepat!

Akhirnya makhluk itu melonggarkan belitan lidah kasarnya dari tubuh Arman. Arman menarik nafas lega. Dapat bernafas dengan lancar. Kemudian nafasnya ditarik sedalam-dalamnya, lalu menghembus melalui mulutnya.

"NAH! KAU SUDAH KU LEPASKAN! BERITAHU LEKAS! APA MAHU MU? BERJANJI APA?"

Laung makhluk itu padanya. Dalam masa yang sama memandang Azhar yang berada dalam dukungannya. Serta merta Azhar terkedu! Terkedu apabila makhluk itu sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.

"Berjanji dengan aku, kau akan lepaskan dia! Ambil aku dan lepaskan anakku! Kau mesti berjanji, serahkan semua ilmu kau padanya! Berjanji dengan aku, kau tidak akan apa-apakan dia!" Pinta Arman pada makhluk itu.

Makhluk itu tersenyum menyeringai memandang Arman. Giginya yang berceracak, tajam dan halus itu pasti menggerunkan pada sesiapa yang melihatnya. Lalu Azhar yang sedang dikendungnya itu terlurut jatuh ke bawah tanah dan Azhar yang masih tidak berdaya mengambil kesempatan itu dengan terus berlari ke arah ayahnya! Tubuh ayahnya didakap erat.

DIA DATANGWhere stories live. Discover now