[bab tujuh belas]

706 88 18
                                    

"Papa, Luna dah boleh balik kan?" soal Luna apabila melihat ayahnya.

"Um, Luna belum boleh balik lagi. Luna kan masih sakit." Jawab Tuan Jas. Luna mencebik tetapi segera ukir senyuman manis.

"Luna...papa tadi jumpa doktor yang rawat Luna. Dia cakap... Luna... Luna hidap barah otak," beritahu Tuan Jas akhirnya. Dia tidak tahu respons yang akan diberikan oleh anaknya setelah mengetahui hal itu.

"Papa tak gurau kan? Luna demam biasa je lah."

Namun Tuan Jas tidak berkata apa-apa melainkan menangis di depan Luna. Luluh hatinya saat melihat wajah Luna yang terkejut dengan berita itu. Sesiapa yang mendapat tahu dia menghidap penyakit yang teruk pasti akan terkesima.

"Papa... Luna... Luna..."

Tuan Jas terus memeluk anaknya dengan erat. Melihat Luna menangis teresak-esak membuatnya sakit. Anak gadisnya itu tidak pernah menangis sekuat itu. Sayu suara tangisan Luna memenuhi setiap penjuru ruangan itu.

"Luna sabar ya, nak. Ini ujian Tuhan."

Luna mengangguk lemah walaupun pada hakikatnya dia tidak cukup kuat untuk menempuh dugaan yang melanda. Dia tidak menyalahkan takdirnya malah dia tahu dan percaya bahawa dalam menjalani kehidupan yang seterusnya, dia tidak sendiri. Setidaknya ayahnya masih setia di sisinya.

Tuhan, kuatkan hati Luna agar siap menjalani ini semua. Berikan lah kekuatan dan kesihatan kepada keluarga Luna juga, Tuhan.





Seluruh isi rumah sunyi sepi dan tiada sesiapa yang bersuara setelah Tuan Jas menyatakan hal yang sebenarnya. Pulangnya Tuan Jas dari hospital, mereka semua sudah sedia menunggu di dalam rumah. Menanti keputusan doktor tentang keadaan Luna.

"Habis tu sekarang macam mana?" soal Puan Sofia.

"Luna kena jalani kemoterapi." Jawab Tuan Jas. Lila yang berada di sebelah ibunya turut sedih dengan berita yang dia terima. Beberapa ahli keluarga yang lain sudah mendapat berita yang sama dan memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Tuan Jas. Begitu juga kawan-kawan sekerjanya.

"Kita akan bergilir-gilir untuk menjaga Luna dekat hospital. Tapi, Sofia, awak boleh kan jaga dia setiap hari?" soal Tuan Jas. Puan Sofia terus membuat muka terkejut. Dia tidak sangka harus menjaga anaknya itu.

"Habis tu butik saya siapa nak urus?"

"Awak boleh tak jangan pentingkan business awak buat masa ni? Yang masuk hospital tu anak awak tahu tak? Awak tak ada rasa kasihan ke?" Tuan Jas memandang wajah isterinya dengan perasaan marah. Di saat seperti itu dia malah sibuk memikirkan tentang perniagaannya.

"Kenapa awak perlu naik suara dengan saya? Salah ke saya cakap? Kata nak bergilir jaga Luna. Tapi awak nak saya jaga dia penuh masa. Apa ni?" suara Puan Sofia makin lantang.

"Sofia, awak gila ke? Anak awak tu bukan demam biasa. Tapi barah otak, Sofia. BARAH!" jerit Tuan Jas kesal dengan sikap isterinya.

"Doktor kata boleh sembuh kan? Kenapa awak cakap macam Luna tu nak mati?"

PANG!

"Sofia tu anak kandung awak. Anak yang awak lahirkan. Anak yang awak kandungkan sembilan bulan. Awak tak rasa apa-apa ke? Kenapa awak sampai hati kata macam tu? Apa salah Luna? Atau awak ada sembunyikan sesuatu dari saya?" Tuan Jas menampar meja. Suaranya agak keras dan tinggi kepada isterinya yang seperti tidak dapat berfikir dengan rasional.

"Apa awak merepek ni? Saya tahu Luna tu anak saya. Ada saya kata dia bukan anak kandung saya? Tak ada kan? Cuma sekarang ni awak tu nak marah-marah kenapa?"

[HER S1] DHIA LUNA | completedWhere stories live. Discover now