Kotak hadiah di atas meja diperhatikan agak lama. Cuma sebuah kotak berbalut kertas hijau dan dihiasi reben berwarna merah jambu langsung tidak menarik minatnya. Cuma, mungkin hanya itu yang dia dapatkan sempena hari jadinya.
Luna pandang sayu gaun yang dikenakannya. Gaun panjang, berwarna ungu pudar tanpa sebarang renda atau hiasan manik membuatnya mengeluh panjang. Seharusnya dia gembira pada hari ini. Pada hari jadinya yang ke-17. Siapa yang tidak rasa gembira jika hari jadinya disambut?
Suasana yang sedang meriah di luar biliknya membuat Luna mendengus kasar. Seketika dia mengambil earphone di atas meja lalu diletakkan dalam telinganya. Luna agak hanyut dalam lagu yang dimainkan sehingga tidak sedar kehadiran kakaknya di dalam bilik.
"Na, papa nak kau turun."
Luna terus mematikan lagu itu dan memandang kosong ke arah kakaknya, Lila. Walaupun perbezaan umur mereka berdua hanya setahun, namun sikap Luna jauh lebih matang berbanding kakaknya.
"Ramai tak orang di bawah?" soal Luna mendatar. Lila menganggukkan kepalanya. Jika bukan disuruh oleh ayahnya, Lila tidak ingin berada di bilik Luna.
"Papa nak cakap sesuatu. Turunlah. Kau terperuk dalam bilik ni buat apa?" sindir Lila sebelum menutup rapat pintu bilik. Luna hanya mengeluh sebelum menyimpan semula telefonnya lalu turun ke bawah. Alunan muzik masih kedengaran di seluruh penjuru rumah.
Dari jauh Luna melihat ayah dan ibunya sedang berborak dengan seorang tetamu. Di sebelahnya ada seorang lelaki. Dari gayanya, mereka sebaya.
"Oh, Na. Mari sini." Panggil Tuan Jas. Luna laju mengatur langkah mendekati ayah dan ibunya.
"Luna, ni Tuan Carl. Rakan business papa. Ni pula Puan Mona, isteri Tuan Carl dan yang handsome ni anak mereka. Julian Zachary." Luna hanya senyum tipis. Jejaka itu dia sudah kenal tadi di sekolah.
"Ian ni kawan satu sekolah kamu."
Julian yang dari tadi diam, melirik ke arah Luna yang juga diam. Keduanya langsung tidak membuka mulut untuk berbicara.
"Luna ajak lah Ian ni berborak." Tuan Jas melirik ke arah anak gadisnya yang berdiri seperti tunggul kayu.
Seperti biasa, Luna yang menurut kata-kata ayahnya akur. Ian dan Luna berjalan ke halaman rumah. Bagi Luna, dia langsung tidak tertarik dengan jejaka yang diperkenalkan kepadanya tadi.
"Tak sangka aku jumpa kau dekat sini," beritahu Julian.
"Ya."
"Tadi tu kakak kau ke?" soal Julian. Luna mengangguk laju. Pasti Julian sudah bertemu dengan Lila. Entah mengapa hal itu membuat dadanya terasa sesak seolah-olah tidak dapat bernafas.
"Ian..."
Panggil seseorang. Luna menunduk saat melihat Lila menjeling ke arahnya. Dia seakan faham akan maksud Lila itu dan terus meninggalkan Julian dan Lila sendiri. Bukan tempat dia berada di sebelah Julian, dah bahkan untuk berharap saja dia tidak mampu.
"Ian, saya cari awak tadi. Kata papa awak dekat sini. Awak borak apa dengan Luna?" soal Lila.
"Tak ada apa-apa. Kenapa kau cari aku?"
"Oh, saja. Ian dah ada kekasih?" soal Lila tanpa segan silu. Julian menggelengkan kepalanya. Dia sememangnya tiada kekasih tetapi hatinya sudah dimiliki.
"Kalau saya nak jadi kekasih awak boleh?"
"Maaf, Lila. Tapi aku suka dekat orang lain," beritahu Julian. Nadanya terdengar agak dingin kerana dia tidak mahu Lila terus-menerus mengganggunya. Tanpa mereka sedar, Luna terdengar perbualan antara Julian dan Lila. Dia mengeluh perlahan sebelum meneruskan langkahnya ke dalam rumah.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
Novela JuvenilDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...