"Apa awak cakap ni?" soal Tuan Jas.
"Saya...saya nak minta maaf dengan awak." Beritahu Puan Sofia. Air matanya masih deras mengalir membasahi pipinya. Dia tahu kesalahannya tidak layak mendapat maaf daripada keluarganya namun dia tidak lagi mahu menyimpan rahsia itu.
"Saya beritahu Luna dia bukan anak kandung awak," jawab Puan Sofia.
"Apa? Kenapa awak sampai hati cakap macam tu, Sofia? Awak tahu kan saya tak pernah kisah? Kenapa awak perlu ungkit semua tu? Apa salah Luna, Sofia?" Tuan Jas terus naik angin mendengar penjelasan isterinya. Selama ini dia tahu Luna bukan anak kandungnya namun dia menyayangi anak itu seperti anaknya sendiri.
"Saya tahu saya salah...saya tak tahu apa yang rasuk saya." Jawabnya lagi.
"Dan...saya juga berbohong kalau saya anak yatim piatu," sambung Puan Sofia. Kali ini Tuan Jas benar-benar terkejut. Dia tidak tahu rahsia apalagi yang isterinya sembunyikan daripadanya.
"Saya percaya awak Sofia selama ni...tapi ini dah melampau!" bentak Tuan Jas marah.
"Tapi dia halau saya dari rumah, Jas. Sebab tu saya tak nak mengaku dia ayah saya!" marah Puan Sofia. Kisah 20 tahun lalu membuatnya berdendam dengan ayah kandungnya sendiri. Malah dia tidak pernah ambil tahu fasal ayahnya lagi sejak dia keluar daripada rumah itu.
"Sofia, dia tetap ayah awak. Sejahat mana pun dia tetap ayah. Dia mungkin menyesali perbuatannya." Tuan Jas kembali tenang dan faham akan perasaan isterinya. Tapi dia masih tidak dapat menerima kenyataan isterinya memberitahu Luna semua itu.
"Luna semakin lemah, Sofia. Dia baru sahaja jalani kemoterapi dan bersedia menjalani pembedahan." Beritahu Tuan Jas. Mendengar hal itu, Puan Sofia semakin menyesali perbuatannya. Dia tidak tahu tentang itu semua. Dendam dan bencinya pada ayahnya dan lelaki yang mengandungkannya diberikan kepada Luna sejak dia lahir.
"Saya bukan ibu yang baik kan?"
Tuan Jas hanya mampu menenangkan isterinya. Di saat dia juga khuatir akan anaknya dia juga tidak mahu isterinya terus-menerus menghukum dirinya sendiri. Baginya setiap manusia akan melakukan kesilapan dan adalah lebih baik kita belajar dan memperbaiki kesilapan itu.
"Keadaan cik Luna makin tenat. Kandungan oksigen dan darah dalam badannya makin menurun. Kami terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang sel kanser yang kemungkinan tersebar ke seluruh organ tubuhnya." Jelas Dr Lee.
"Tapi dia masih boleh selamat kan?" soal Tuan Jas.
"Itu kami tidak boleh pastikan, encik. Setakat ini yang boleh kami beritahu adalah keadaan cik Luna yang kritikal dan harap encik sekeluarga tenang dan tetap berdoa," tambah Dr Lee sebelum meninggalkan mereka bertiga.
Luna, bertahanlah nak. Mama nak minta maaf dengan Luna. Mama salah. Mama banyak dosa dengan Luna.
Beberapa jam kemudian, keluarga Julian dan beberapa saudara mara Tuan Jas datang menjenguk Luna. Mereka turut bersimpati dengan apa yang sudah berlaku. Puan Mona berusaha menenangkan Puan Sofia yang dari tadi menangis. Julian pula duduk bersama Lila dan cuba untuk memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Luna masih dalam keadaan yang kritikal dan belum boleh dilawati. Mereka semua hanya menunggu di depan wad untuk mendapat tahu tentang keadaan Luna. Beberapa doktor dan jururawat ulang-alik keluar dari wad Luna. Wajah mereka selalu tegang dan hal itu membuat Tuan Jas dan Puan Sofia risau.
Tuhan, tolong selamatkan Luna. Aku mohon. Aku hanya ingin bersamanya.
Aku janji akan menjaga Luna dengan baik. Aku akan jadi ibu yang baik.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
Fiksi RemajaDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...