Luna terbangun apabila terdengar suara pintu biliknya dibuka. Sebenarnya Lila menjaganya malam itu namun sewaktu dia terjaga Lila tiada dan kini ayahnya sedang masuk ke dalam bilik itu. Di tangannya ada sebuah beg plastik dan beg pakaian.
"Luna dah bangun? Sorry lah papa buat kamu terjaga," kata Tuan Jas seraya meletakkan beg plastik itu di atas meja.
"Ni papa ada bawakan kamu pakaian." Sambungnya.
"Terima kasih, papa. Mama mana?" soal Luna. Tuan Jas terdiam seketika. Dia tahu Luna pasti akan bertanya keberadaan ibunya. Dia juga tidak tahu hendak menjelaskannya kepada anak gadisnya itu.
"Papa, Luna faham. Tadi Lila ada dekat sini, tapi Luna bangun dia dah tak ada," ujar Luna dengan nada agak sedih.
"Tadi papa nampak dia dekat luar. Tengah telefon seseorang," jawab ayahnya. Luna mengangguk tanda faham. Kemudian, Tuan Jas membuka plastik yang dibawanya tadi. Di dalamnya berisi makanan dari rumah. Ada buah-buahan juga sebab dia tahu Luna suka makan buah.
"Papa bersihkan dulu ya." Luna sekadar mengangguk lalu matanya mengekor pergerakan ayahnya. Dari mencuci buah epal ke memotong buah tersebut, semuanya Luna tengok. Hatinya tersentuh akan layanan ayahnya.
"Papa tak kerja?" soal Luna.
"Tak. Papa kan bos. Ada anak buah papa uruskan. Sekarang papa nak jaga Luna." Kata Tuan Jas lalu ukir senyum lebar.
"Hello, mama?"
Ada apa call mama ni? Mama tengah meeting, sayang.
"Mama, bila mama nak datang jenguk Luna? Dia tunggu mama tahu?"
Alah, nanti kalau mama tak busy, mama datang lah. Dah ya.
Tup!
Panggilan terus dimatikan. Lila keluh kesal mendengar alasan ibunya. Fikirnya dengan semua yang menimpa adiknya, Puan Sofia akan menyesal atau lembut hati. Namun sangkaannya meleset apabila ibunya semakin sibuk dengan kerjanya. Sekarang tinggal dia dan ayahnya yang menjaga Luna di hospital. Lila akan datang bila dia tiada kelas manakala ayahnya akan seharian menemani Luna. Ibunya pula sehingga sekarang tidak datang menjenguk Luna.
"Oh Lila, kamu call siapa?" Soal Tuan Jas.
"Mama. Susah sangat lah. Lila tak faham kenapa mama tak nak datang jenguk Luna," beritahu Lila agak kesal.
"Tak apa lah. Nanti dia datang juga," pujuk Tuan Jas menenangkan anaknya. Luna hanya diam mendengar kata-kata Lila. Sungguhpun hal itu membuatnya sedih namun dia tidak pernah menunjukkan kepada orang lain. Dia tidak mahu ayahnya risau akan keadaannya dan bertengkar dengan ibunya.
Mama tak nak datang tengok Luna?
Tidak lama kemudian, beberapa orang cikgu dan kawan-kawannya datang menjenguk Luna. Ada yang memberikan kata-kata semangat kepadanya. Tidak kurang juga yang membawa hadiah kepadanya. Mereka bersimpati apabila mendengar hal tersebut daripada guru kelas mereka.
Setelah itu, sanak-saudara turut datang dari jauh untuk melawat Luna. Mereka semua kasihan melihat wajah Luna yang sudah tidak bermaya dan pucat. Mereka kenal dengan sifat Luna yang sopan, baik dan penyayang. Senyuman gadis itu masih manis namun makin memudar. Sayu hati melihat sosok Luna yang kini hanya baring di atas katil hospital.
Luna pula bersyukur melihat orang ramai yang datang melawatnya. Dia agak tersentuh dengan hal itu. Namun seperti ada satu kekosongan dalam hatinya. Dia cuma merindukan seseorang. Luna mahukan ibunya. Dia mahu ibunya berada di sisinya. Dia mahu ibunya yang merawatnya dan menjaganya.
Tapi mama mesti tak nak kan? Bagi mama, mungkin Luna ni tidak penting. Mama, Luna rindu. Luna mahu mama dekat sini.
Tuhan, bolehkah tunaikan permintaan ini? Walaupun ini mungkin permintaan terakhir, tapi Luna hanya ingin ia ditunaikan.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
Novela JuvenilDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...