Puan Sofia perhati sahaja gelagat anak perempuannya itu dari tadi. Terkadang dia juga berfikir di antara itu. Luna pula sibuk mengemas meja makan untuk tengah hari itu seperti biasanya. Bik Nor membantu gadis itu menyiapkan makanan tengah hari buat keluarga kecil itu.
"Non Luna pergilah duduk. Biar bibik selesaikan di sini."
"Tak apa, Bik Nor. Sikit je lagi ni," kata Luna sambil ukir senyum manis. Bik Nor hanya pandang sayu anak majikannya yang satu ini. Berbeza benar layanan dan kasih yang diberikan kepada Luna dengan Lila. Dia sudah hampir 12 tahun menjadi pembantu di rumah itu dan telah menyaksikan semuanya. Puan Sofia tidak pernah terlihat melayan Luna dengan penuh kasih sayang berbanding dengan Lila. Terkadang dia lah yang menjadi teman gadis itu di kala Luna seakan kehilangan kasih seorang ibu.
Sungguh sadis hidupmu, non Luna.
"Bik Nor menungkan apa tu?" usik Luna apabila melihat pembantu rumah mereka terleka sambil pandangannya dilemparkan keluar tingkap.
"Ga ada apa-apa, non. Ini saya lagi kangen sama kampung," bohong Bik Nor. Kalau dia ceritakan kepada majikannya, yang ada Luna pasti membela ibunya. Gadis itu begitu sayang dengan ibunya sampai tidak pernah merungut atau mengadu.
"Oh...Bik Nor mintalah izin dengan mama. Pasti dia bagi," kata Luna.
"Ga apa-apa, non. Kesian nanti non sendiri..." kata Bik Nor. Luna hanya balas dengan senyuman lebar dan setuju dengan kata-kata pembantu rumah itu.
"Biar saya panggil nyonya sama non Lila, ya?"
Luna mengangguk lalu melabuhkan punggungnya. Tangannya terasa agak lenguh sebab memasak dan membuat kerja rumah sejak pagi tadi. Bik Nor ada juga membantu meringankan kerjanya. Sungguh biarpun dia penat, Luna sedikit pun tidak mengeluh atau merungut.
"Kau makan dengan Bik Nor nanti."
"Baik, ma."
Luna meninggalkan ibu dan kakaknya yang baru duduk di meja makan. Bik Nor yang perasaan akan hal itu mahu sahaja membantah namun dia bukan siapa-siapa. Luna pula hanya mengangguk dan mengalah.
Non Luna...yang kuat ya.
Selesai sahaja makan, Luna mengemas meja dan kemudian makan bersama dengan Bik Nor. Walaupun lauk yang tinggal tidak seberapa, namun Luna sudah cukup bersyukur. Dia cukup gembira dapat menjamah makanan hari itu.
"Non..."
"Kenapa lagi, bik?"
"Kenapa non ga mahu kasi tau sama tuan?" soal Bik Nor.
"Tak nak lah, bik. Nanti mama marah. Luna tak nak mama marah," jawab Luna.
"Tapi..."
"Bik Nor... cukup ya. Jangan bahas lagi. Nanti mama dengar, mengamuk dia." Ujar Luna.
"LUNA!"
Panggil Puan Sofia yang masih menjamu makanan. Bik Nor menahan Luna dan membiarkannya makan, namun seperti biasa Luna menolak. Dia cepat-cepat membasuh tangannya lalu menuju ke arah ibunya.
"Ada apa, ma?" Soal Luna.
"Nah, ambil duit ni. Nanti pergi beli barang dapur. Pergi dengan Bik Nor kalau boleh." Kata Puan Sofia.
"Baik, ma."
Luna kembali ke meja makan dan Bik Nor memberikan pandangan hairan kepada gadis itu seperti ingin tahu sesuatu daripadanya.
"Mama suruh beli barang dapur. Nanti bik teman saya, boleh?"
"Bisa, non. Mau ke pasar raya dekat sini ya?" Luna menganggukkan kepalanya. Dia malas hendak pergi ke pasar raya yang jauh sebab memakan masa yang lama dan buang duit. Dia akan cuba berjimat dengan wang belanja yang diberikan oleh ibunya.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
أدب المراهقينDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...