Hati Luna berdebar-debar memasuki perkarangan sekolah. Dia masih perasan beberapa mata memandang dengan pandangan serong. Luna menundukkan kepalanya dan berjalan agak pantas menuju ke kelasnya.
Sampai saja di kelas, Luna ternampak Julian dan Nathan sedang berbual tentang sesuatu. Apabila perasan akan kehadirannya, Julian memberikan senyuman kepada Luna. Tidak faham akan maksud senyuman Julian, Luna sekadar menganggukkan kepalanya.
"Kau okay tak ni?"
"Huh?"
"Kau kan tak datang sekolah semalam?" soal Julian.
"Ya, aku demam." Jawab Luna ringkas kemudian meletakkan begnya di atas kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.
"Luna, maafkan aku," tiba-tiba Nathan bersuara.
"Maaf? Kenapa?" soal Luna hairan. Dia juga perasan Julian pamer riak wajah yang sama dengan Nathan. Mereka seperti menyimpan segudang perasaan bersalah terhadapnya walhal Luna hanya memandang mereka pelik.
"Tak apalah. Nanti kami jelaskan." Kata Julian. Nathan kembali ke tempat duduknya. Julian sempat melirik ke arah Luna yang sedang sibuk mengeluarkan buku nota dan alat tulisnya. Cantik.
Ian, kau gila ke?
"LUNA!"
Secara tiba-tiba, nama Luna dipanggil seseorang dengan agak lantang. Orang itu tidak lain tak bukan, Octavia. Wajahnya memerah menahan marah. Langkahnya laju menuju ke meja Luna seperti ingin menyerangnya. Julian pula siap sedia melindungi gadis itu daripada Octavia.
"Kau buat apa, hah?"
"Maksud kau apa, Via? Aku tak faham."
Octavia merengus kasar. Dia kelihatan begitu marah dengan Luna sebab dia namanya dipanggil oleh pengetua dan digantung sekolah.
"Kau hasut pengetua ke? Kenapa aku pula kena hukum?" soal Octavia.
"Kau merepek apa ni? Bukan kau memang salah ke?" Julian menyampuk. Octavia terdiam sejenak apabila ditegur oleh Julian.
"Kau jangan nak pura-pura, Via. Kami dah tahu semuanya. Kau yang selama ini buli Luna kan? Kau suruh dia buat nota kau dan kau ugut dia."
"Mana ada! Luna! Kurang ajar kau!"
Tangan Octavia naik ingin menampar Luna namun dapat ditahan oleh Julian. Dia tidak ingin gadis itu membuli Luna lagi. Cukup selama ini dia tidak peduli namun tingkah Octavia hari itu membuatnya tidak boleh duduk diam.
"Aku yang laporkan kau semalam. Puas hati?"
"Kau...Ian, kenapa kau sanggup bela perempuan ni? Dia ni..."
Octavia terkedu apabila semua pelajar dalam kelasnya mula berbisik sesama sendiri dan memandangnya serong. Mereka kini kasihan dengan Luna yang sebenarnya tidak bersalah. Mereka juga turut rasa bersalah dengan tidak memberitahu pihak sekolah akan perbuatan Octavia selama ini.
"Kau dengar sini! Kau semua akan menyesal!"
"Via, sudah-sudah lah tu. Kau jangan nak ugut dorang ni pula. Jangan ingat dengan kuasa yang keluarga kau ada, kami akan tunduk. Tak. Via, kau salah," kali ini Nathan pula bersuara. Dia tidak mahu lagi menutup mata akan masalah ini dan ingin membantu rakan sekelasnya yang pernah menjadi mangsa buli Octavia.
"Cis!"
Octavia merengus kasar lalu menghentakkan kakinya. Dia terus meluru keluar dari kelas dan meninggalkan mereka semua. Luna menghela nafas lega setelah Octavia hilang dari pandangannya. Dia begitu tertekan dengan semua ini dan inginkan suasana yang tenang.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
Novela JuvenilDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...