"Ian, kau nak join team bola sepak tak?"
Julian hanya memandang dingin lelaki di depannya. Dia tidak berminat untuk menyertai mana-mana kelab atau suka buat ketika ini. Malah, dia lebih memilih untuk fokus dengan pelajarannya.
"Sorry, bro. Aku tak minat," jawab Julian selamba.
"It's okay, dude. No worries," balas orang itu lalu balik semula ke tempat duduknya. Julian memandang kerusi kosong di sebelahnya. Luna masih belum sampai dan Julian ingat Luna akan sampai awal di sekolah.
"Luna, pinjam buku Math kau. Aku tak siap tutorial semalam!"
Mendengar nama Luna, Julian mengangkat wajahnya lalu melihat ke arah Luna yang sedang dikerumuni beberapa pelajar kelasnya. Luna mengeluarkan buku latihannya lalu memberikan kepada mereka. Julian agak kesal dengan hal itu, dan dia tidak tahu kenapa.
"Kau sengaja datang lambat ke?" soal Julian kepada Luna yang belum sempat duduk. Luna pelik dengan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.
"Abaikan je soalan aku. Lain kali jangan baik sangat. Nanti orang pijak kepala," pesan Julian sebelum meletakkan wajahnya di atas meja.
Kenapa dia ni? PMS ke?
Kelas berlangsung seperti biasa dan Luna begitu fokus dengan pelajaran pagi itu sehingga tidak sedar Julian kerap kali menjeling ke arahnya. Geram dengan sikap Luna, Julian mulai melukis sesuatu di atas bukunya lalu diberikan kepada Luna.
"Ian, fokus, please."
"I am bored. Luna, jom main game."
"No way."
"Please... I will let you go."
Akhirnya Luna mengalah dengan permintaan Julian. Dalam kelas Biologi, Julian memang mudah bosan kerana cikgu hanya membaca dari buku teks. Julian membuat sesuatu pada bukunya dan memberikan arahan kepada Luna.
"Game ni senang je. Kau tanda warna merah, aku tanda warna hitam. Kau kena perangkap aku untuk menang."
"I know. Aku pernah main lah game ni," bisik Luna.
Setiap kali Luna menandai satu tempat, Julian dengan senang memerangkapnya. Melihat hal itu, Luna jadi geram dan mengubah taktiknya. Buat pertama kali, dia dapat memerangkap Julian.
"Ian and Luna, please focus in my class. Don't do anything suspicious back there."
Semua mata memandang ke arah mereka dengan pelik. Luna tidak pernah dipanggil oleh mana-mana cikgu sebelumnya dan ini pertama kali cikgu menangkapnya tidak fokus dalam kelas.
"Kau lah ni," marah Luna.
"Sekali dua, tak apa lah. Don't be so boring," tegur Julian. Tanpa pemenang, mereka tamatkan permainan dan kembali fokus dengan pelajaran. Seperti biasa, Julian kembali bosan. Dia mulai melukis sesuatu dalam bukunya. Luna yang perasan Julian tiba-tiba diam melirik ke arah lelaki itu.
"Lukis apa?" soal Luna.
"Adalah," jawab Julian acuh tak acuh. Luna biarkan sahaja lelaki itu dengan kerjanya. Malas dia hendak masuk campur. Nanti dia pula yang dipanggil cikgu.
Bunyi loceng menandakan tamat pertengahan masa. Semua pelajar mulai mengosongkan kelas dan menuju ke kantin sekolah. Luna pula mengemas bukunya lalu bangun untuk keluar dari kelas.
"Luna!"
"Apa?"
"Tunggu lah."
"Kenapa?" soal Luna hairan. Lelaki itu mengikutinya dari belakang. Beberapa mata memandang mereka berdua saat keluar dari kelas. Ada yang hanya melihat Julian dan ada juga yang melihat keduanya.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
Fiksi RemajaDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...