Puan Sofia belek sebuah diari yang terletak kemas di atas meja Luna. Sewaktu masuk ke dalam bilik tidur itu, dia dapat rasakan kehadiran Luna bersamanya. Puan Sofia berusaha menahan sebak dan menguatkan dirinya. Dia mulai dengan melihat barang-barang milik anak gadisnya. Tidak banyak tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Sebuah kotak bersaiz agak besar diletakkan di bawah mejanya. Puan Sofia menarik kotak tersebut lalu melihat ke dalamnya.
Isi kotak itu membuatnya terdiam sebentar. Puan Sofia menutup matanya dan kemudian kembali melihat ke dalamnya. Ada beberapa keping surat, barang kemas, dan beberapa barang kecil lainnya.
Puan Sofia yang tidak dapat menahan sebaknya terus mengalir air mata saat melihat seutas gelang yang berwarna merah jambu. Gelang itu dia kenal sekali. Dia tidak sangka Luna masih menyimpan gelang itu sehingga sekarang.
Dia masih ingat lagi dia membelikan gelang itu untuk Lila waktu hari jadinya ke 10 tahun namun disebabkan warnanya tidak menarik perhatian Lila, dia memberikan kepada Luna. Wajah gembira Luna waktu itu dia tidak dapat gambarkan. Hanya seutas gelang, yang sebelumnya bukan buatnya dijaga dan disimpan dengan baik.
Luna, andai saja mama menghadiahkan Luna sesuatu. Maafkan mama.
Kemudian, Puan Sofia membuka pucuk surat di dalamnya. Nama penerima membuatnya terkejut.
Ke hadapan mama.
Selamat ulang tahun, mama!
Maafkan Luna tak dapat berikan surat ini kepada mama. Luna takut. Seperti tahun lepas, mama tidak mahu terima surat Luna. Tapi tak apa. Luna akan simpan. Luna nak bagi hadiah dekat mama tapi Luna tak ada duit.
Mama, Luna sayang sangat dengan mama.
Mama is the best mother in the whole world!
Air matanya menitis lagi. Puan Sofia membuka satu lagi surat yang juga ditujukan kepadanya. Isi surat itu sama cuma makna yang berbeza.
To my lovely mother,
Sorry mama, Luna tak pandai nak karang surat. Mama, dengan surat ni Luna boleh beritahu betapa Luna sayang dengan mama.
Mama jangan sedih-sedih tahu. Luna juga nangis nanti. Mama tahu tak? Luna dapat nombor satu lagi dalam kelas. Cikgu suruh Luna bawa papa dan mama. Tapi Luna tahu papa dan mama sibuk.
Tak apa lah. Luna baik-baik saja.
Mama, happy birthday!
Love you!
Beberapa surat lainnya juga mengandung isi yang sama. Setiap kali hari jadinya, Luna menulis surat untuknya namun surat-surat itu tidak pernah diberikan sebab Luna tidak berani. Saat ini Puan Sofia menyesal akan perbuatannya. Walaupun disakiti oleh ibunya sendiri, namun Luna tidak pernah menyimpan dendam.
Puan Sofia kemudian membuka diari milik Luna. Lagi sekali hatinya seperti dihiris sembilu apabila kandungan diari itu kebanyakannya mengenai keluarganya. Ternyata selama ini Luna merindukan sebuah keluarga yang lengkap dan penuh dengan kasih sayang. Puan Sofia menangkap sebaris kata yang agak menyedihkan.
Mama sayang dengan Luna kan?
Harap begitulah.
"Maafkan mama, sayang. Luna anak yang baik. Mama sayang dengan Luna. Mama harap Luna dengar kata-kata ini."
Tuan Jas hanya memandang kosong sepucuk surat yang diberikan kepadanya. Dr Lee menyatakan bahawa itu adalah surat terakhir yang diserahkan kepadanya. Luna ingin berikan kepada keluarganya sendiri namun disebabkan tubuhnya yang semakin lemah, jadi Luna titipkan surat itu kepadanya untuk diberikan kepada keluarganya.
YOU ARE READING
[HER S1] DHIA LUNA | completed
Ficção AdolescenteDHIA LUNA mengisahkan perjalanan hidup penuh liku seorang gadis bernama Dhia Luna. Mempunyai keluarga yang dianggap sempurna dan bahagia membuat ramai berfikir hidupnya turut bahagia. Namun tiada sesiapa tahu betapa peritnya hidup yang dijalani har...