Kerana aku berbeza dari yang lain ..
Bukan berarti aku tidak punya perasaan yang sama..
Sakit yang sama ...
Aku punya semua itu
Aku hadapi semua itu..
Tapi dengan hati, mata dan jiwa yang berbeza...Ya aku tahu,
Kau mungkin merasakan begini..
Diriku itu anak istimewa manakan mungkin kau merasakan apa yang kami rasakan...
Hidup mu selalu indah ..
Orang selalu baik dengan mu kerana kekurangan mu.
Tapi mereka tidak tahu bagaimana kata istimewa itu membelah hati ini...Aku bukan ingin menyangkal takdir ..
Keistimewaan diatas kekurangan ,
Bukanlah hal mudah untuk diterima
Bukan mudah bagi orang sekeliling.
Keluarga dan diri sendiri..
Menerima itu perlu masa
Dan aku juga perlu masa mengenal diriku..Dan bukan kerana keistimewaan ku yang buat aku dan kau berbeza
Tetapi ego mu
Yang tidak menerima kekuranganku
Dan menganggap aku lain..
Sedangkan kau juga punya kekurangan..
Kita semua punya kekurangan tetapi kekurangan aku jelas kelihatan dari raut wajah ku , dari gerak perilaku ku..
Tetapi kekurangan dirimu, kau simpan kemas kemas didalam diri..
Jika itu jelas kelihatan maka kau dan aku itu sama !Ya Mungkin
Takdir aku dan kau berbeza..
Dan mungkin
Tuhan punya Takdir yang indah untuk aku jalani tapi bukan semudah itu...Aku berbeza tetapi perasaan aku tetap manusia....

ANDA SEDANG MEMBACA
Maneh.
Romance"Tanah ..Rumah !harta ni semua milik manis ...Korang tak de hak satu sen pun atas harta Tuan Tanah Borhan ..segala aset Tuan Borhan ..Manis adalah pemilik yang sah ..!"Pak Alang tidak lagi dapat menahan sabar ... "Manis tu cacat !!Dia tak layak pun...