Manis

81 12 6
                                    

Dirumah Tuan Borhan.

Di tempat letak kereta penuh dengan kereta mewah yang menarik perhatian orang kampung.

Sepasang suami isteri turun dari kereta di ikuti dengan yang lainnya.

Mak Yam yang sedang bersantai ditaman kecil sambil menikmati teh itu terkejut melihat kereta mewah yang datang kerumahnya.

"Siapa pulak yang datang pagi pagi buta nii"Rungut Mak Yam yang segera bangun dan ingin melihat kehadiran orang misteri itu..

Sampai di hadapan kereta kaki Mak Yam kaku, lidahnya kelu.. dahinya mengeluarkan peluh sejuk..

"Alang...."terketar ketar lidah Mak Yam ketika ingin menyebut nama wanita misteri itu..

Ya itulah dia Pak Alang dan Mak Alang..Mak Alang merupakan kakak kepada Ibu Rohana ibu Manis.
Pak Alang dan Mak Alang merupakan peniaga yang berjaya dan memiliki empayar  yang cukup besar dalam bidang urus niaga saham...

"Hah itu pun kau Yam ...eih mana pergi semua pelayan dalam rumah ni? Pagar depan tu tak ada yang jaga.. hah mat kau keluarkan semua barang barang kereta ..hati-hati Mat tu barang Manis ..kalau rosak aku potong gaji kau!"Ujar Mak Alang dengan nada tegas.

"Alang kau dari mana bila sampai sini? " Mak Yam bertanya dengan lembut..

"Aku ni ada hal sikit kat Jordan, haritu masa Borhan meninggal aku tengah umrah..terkilan betul aku tak dapat nak ziarah dia haritu, tu yang siap kerja terus pergi sini..Hah masuklah panas aku ni.."mak Alang mengipas dirinya sambil menuju kerumah.

"Ya Allah kenapa pulak org tua ni balik siniii.."rintih Mak Yam didalam hati.

"Apa khabar kau Yam?" Seorang lagi menanyakan khabar Mak Yam.

"Aku..aku baik Teh ..biasalah baik baik orang tua.."jawab MakYam sambil terbatuk batuk kecil ...

Uteh merupakan adik Ibu Rohana.

Ibu Rohana mempunyai 3 orang adik beradik
Pertama Alang atau nama sebenarnya Rohaizah.
Kedua iaitu Ibu Rohana isteri Tuan Borhan
Dan terakhir adalah Uteh
Atau nama sebenarnya adalah Rosniza. Uteh seorang bisneswomen yang berjaya dalam perniagaan songket.. tetapi dia tidak memasarkanya di Asia tetapi mempunyai kedai songket di bandar utama di Eropah.
Ibu bapa Puan Rohana bukanlah calang-calang orang..mereka adalah saudagar minyak yang amat pandai dan disenangi ramai..
Kekayaan yang ada pada Tuan Borhan juga merupakan sedikit dari harta kepunyaan ibu bapa Puan Rohana.
Pokok pangkalnya seluruh kekayaan yang datang kepada keluarga Tuan Borhan adalah dari keluarga Ibu Rohana.

Tuan Borhan hanyalah merupakan pekerja yang menguruskan ladang ternakan milik Ibu Rohana dan tanpa disedari mereka jatuh cinta dan bernikah...
Pada awalnya pernikahan mereka ditentang hebat ..Tetapi lama kelamaan mereka mula diterima kerana keikhlasan Borhan dan ketekunan dirinya untuk berusaha serta tidak mengharapkan harta Dari keluarga Ibu Rohana.

Malangnya muncul pula parasit yang berhidung oink oink yang tidak sedar diri ini dan menganggap bahawa kekayaan yang dimiliki adalah kepunyaan adiknya Tuan Borhan

"Ehh mana si Manis Yam ?" Tanya Pak Alang..

"Erkk ...entahlah aku bang, biasalah dia tu kalau sehari tak keluar tak sah ..mungkin ada kat ladang atau kat tempat orang asli sana main main kat situ.."ujar Mak Yam sambil berseloroh untuk menyembunyikan perasaannya.

"Ouhh ye tak yee Manis kan suka sangat lari kat belakang sana tu..takpelah aku cari dia kejap "Pak Alang ingin keluar semula mencari Manis.

"Ehhh bang alang duduk lah dulu minum ..kan abang ngan akak baru je sampai ..Manis tu kejap lagi pulanglah ..kalau tak pulang mungkin dia tidur rumah si Anjang jangan risau.. mehh duduk.."Mak Yam kelam kabut menarik Pak Alang ke kerusi dan terus kedapur mengambil minuman.

Selesai sahaja mereka menjamu selera Mak Alang dan tetamu yang lain naik ke bilik tetamu untuk berehat.

Cempaka yang baru pulang terus meluru kearah Mak Yam..
"Ya Allah mak!!! Mak Alang semua datang ke 😰" tanya Cempaka dengan gusar..

Mak Yam yang sedang duduk dipenjuru dapur kelihatan kebingungan.

"Macam mana aku nak jawab ni..."Lemah jantung Mak Yam apabila memikirkan nasib yang akan ditimpanya...

Cempaka tiba tiba berkata
"Mak cakap lahhh dengan org malam tadi tu!! Suruh dia bawak balik Manis sekejap!! Telefon lah makk diaa tu!!" Gesa Cempaka.

"Kau ni otak letak kat mana!! Kalau Manis balik sekarang kot lahh orang tu dah balun dia macam apa malam tadi siapa nak jawab!! Silap silap kau dengan aku malam ni sama sama ikut jejak si Manis tu!" Marah mak Yam.

Sedang pada yang sama ...
Manis baru tersedar dari pengsan.

"Kamu baik baik saja ka nak ?" Tanya
Tok Ayah pemilik gudang.

Manis terus menjerit tidak berhenti..Tragedi yang melanda dirinya seolah olah berputar tanpa henti di hadapannya.

Mereka semua keluar dari bilik Manis.
"Macam mana ni Tok Ayah?"tanya Jeff.

"Kau dah check cctv? Macam mana boleh ade dia dekat tempat kita ni ? " Tanya Tok Ayah.

"Dah Tuan, dia datang dari hutan kalau tengok dari keadaan budak ni saya rasa dia ni nampak gayanya macam diculik... Kalau tengok baju dia pun habis .."jelas Tuan Azman.

"Hmm..takpelah buat masa sekarang ni jaga jelah dia dulu dah elok nanti kita serahlah pada polis...Tariq ada di pekan kan ? Suruh dia Beli apa yang patut untuk budak ni ...panggil si Enab sekali "Ujar Tok Ayah sambil melihat kepintu bilik Manis

Timbul rasa simpati didalam dirinya.

Maneh.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang