MANEH

126 16 5
                                    

Pejam celik pejam celik, rupanya telah 3 minggu berlalu. Waktu terlalu cepat berubah. Manis masih menjalani rutinya yang sama setiap hari. Tiap-tiap pagi dia akan diperiksa oleh Opet. Setelah itu, Cik Enab akan membawa Manis ke laman rumah dan Manis akan duduk termenung disana untuk seketika waktu. Apabila senja melabuh tirai, Manis akan masuk ke rumah dan berkurung didalam bilik. Kadang kadang dia menangis sendiri, dia hanya akan menghabiskan masa merenungkosong jendela. Apabila waktu makan, Cik Enab akan menghantarkan makanan dan menyuapnya sekiranya tidak dipaksa, Manis tidak akan menyetuh makanan walaupun sedikit. Hidup Manis seolah olah boneka tidak bernyawa. Dimana dia diletak, disitulah dia tidak bergerak.

"Risau betul saya Tok Ayah, dah rasa macam duduk dengan hantu pun ye ... Statik je tak bergerak tu. Haritu saya ada tegur tegur, sudahnya saya yang malu sendiri. Dia ya pun tak geleng pun tak.. agak-agak dia ingat tak yang dia pernah buat kepala saya sampai lekuk ni " omel Jeff kepada Tok Ayah.

Tok Ayah yang berada di beranda hanya memerhati Manis yang sedang termenung di pondok halaman rumahnya.

"Barang semua dah siapkan ? Esok kita pindah. Jeff panggil Azman" Tok Ayah mengabaikan ucapan Jeff lalu masuk kedalam rumah.

"Errr hah baik baik.."Jeff hanya mampu mengangguk dan mengikuti belakang Tok Ayah.

Tak lama kemudian Tuan Azman datang berjumpa dengan Tok Ayah.

"Assalamualaikum Tok Ayah, ada apa panggil saya kemari ni ?" Tuan Azman bertanya dengan lembut.

"Urusan pindah anak-anak kau dah selesai ?" Tanya Tok Ayah.

"Alhamdulilah dah cuma sorang lagi si kakak tu dia tak pindah lagi pun dia duduk asrama nanti tiap kali dia nak balik saya ambik lah " ujar Tuan Azman.

"Hah yelahh, aku tak nak lama-lama di sini .. aku nak balik Rumah Pulau. Cakap sekali dengan Tariq dia kena ikut." Tegas Tok Ayah.

" Kenapa tak nak duduk lama kat sini bukan ni Rumah kesayangan Tok Ayah ke ?" Sindir Tariq.

Tok Ayah hanya berdiam diri di sofa.

"Dah kenapa asyik nak lari ? Nak lari dari siapa sebenarnya? Lari dari bayang bayang sendiri ke ?"Tariq duduk disofa sambil minum air teh yang disediakan .

"Tariq cukup ..."Tuan Azman mengingatkan Tariq agar tidak melampau saat berbicara.

"Kalau dulu ...hidup tu tak berani berani sangat ...Yaya masih hiduplah sampai sekarang .."ujar Tariq lalu bangun dan keluar tanpa memandang Tok Ayah walaupun sekilas.

"Tariq!!!" Tuan Azman berang.

Tok Ayah hanya membatukan diri ..
"Aku nak rehat..."Tok Ayah cuba untuk bangun dari sofa namun kakinya tidak kuat dan tersungkur.

"Allahh!!! Tok Ayah!!! Opett!! Opet!!!!! " Jerit Tuan Azman sambil memanggil Opet.

Opet datang dengan tergesa gesa

" Eiiii kalau si hati batu tu datang... Mesti banyak kerja aku eii" Opet mengomel sambil mengangkat Tok Ayah kebilik bersama Tuan Azman.

.............................
Tariq memandu dengan laju membelah jalan.

"Sialll!!!!!!!" Jatuh airmatanya sambil memukul mukul stereng keretanya.

Sampai dilereng bukit dia berhenti dan menangis sepuas puasnya.
Setelah puas menangis dia memusingkan lanyard yang digantung dicermin pandang belakang dan menatap gambar tersebut.

"Yaya....."Tariq mengucup dengan perasaan penuh kerinduan.

.................................................................

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 08, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Maneh.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang