MANEH

69 11 4
                                    

"Dah kenapa pulak lah beli baju perempuan banyak banyak ni cik Enab? Perempuan mana si tua tu bawak balik " Rungut Tariq sambil membawa barang belanja pada wanita separuh baya itu.

"Entahlah acik pun tak tahu, masa telefon pun si Jeff tu cuma cakap datang cepat datang cepat... Takpelah Riq husnuzon lahh, mungkin tok Ayah cuma nak tolong...janganlah pandang serong dengan Tok Ayah kamu tu.."jelas Cik Enab

"Hehh...yelahh tu, Cik bukan tak tahu Tok Ayah dulu tu siapa.." Tariq merengus lalu menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju di jalan.

Sampai di gudang.

"Nab kau tengokkanlah apa yang patut dekat budak tu..bawak dia mandi nanti selesai aku nak bawak dia balik rumah utama"Arah Tok Ayah.

"Buat apa nak bawak balik ?!"Lantang Tariq bertanya.

Tok Ayah tidak menjawab..

"Baik Tok Ayah,saya masuk dulu.."lembut Cik Enab meminta izin.

"Jawablahh apesal diam!"Jerit Tariq lagi.

"Tariq!!!"sergah Tuan Azman, tidak tahan melihat Tariq yang mula melampaui batas dalam berbicara.

Tok Ayah yang sedang duduk hanya memandang sayu kearah pintu bilik Manis yang berada dibawah.

Melihat wanita yang berumur itu masuk kebilik, Manis terus mengigil bayangan Mak Yam kembali di minda. Cik Enab pun mendekati Manis dengan perlahan.

"Nakk...mari kita mandi.."Cik Enab mengusap kepala Manis dengan lembut. Bau hancing begitu menusuk hidung  membuatkan cik Enab segera memujuk Manis masuk dalam bilik air.

Manis bangun mengikuti Cik Enab tanpa suara.

Semasa membantu Manis mandi, Cik Enab mengalirkan air mata,

"Ya Allah, apa yang terjadi dekat budak ni.." detik hati cik Enab.

Banyak kesan lebam, parut, luka terbakar diseluruh badan.Apabila
Cik Enab membelek pula tangan Manis ..
Air matanya tumpah lagi..

Setelah selesai mandi, cik Enab menyikat rambut Manis dia terperasan luka jahit dikepala Manis.

"Sakit ke nak ?" Tanya Cik Enab dengan lembut.

Manis yang sedang termenung langsung menangis  dan memutarkan badannya memeluk Cik Enab.
Dia rindukan kak Harum yang selalu menjaganya, dia rindukan Nek Sapiah yang selalu merawatnya.

"Manis sakit!!!" Adu Manis sambil menangis teresak esak pada Cik Enab.

Kedua-dua nya nangis sambil berpelukkan.

"Nama anak Manis ya ?"Tanya Cik Enab.

Manis hanya mengangguk.

"Manis jangan takut ya kat sini semua orang baik baik...semua kat sini nak jaga Manis...kejap yaa cik Enab nak panggil doktor, ni luka luka Manis kene ubatkan dulu."Cik Enab.

Manis hanya mengangguk dan diam seribu bicara.

Cik Enab memanggil Opet.

Opet masuk ke bilik dan memeriksa keadaan Manis.

"Kepala dia tu ada luka jahit tu hah eko tengok sekali"Tunjuk Cik Enab.

"Uish ada lagi ke ? Saya punya ubat ni sampai dah habis picit dah .."Opet menunjukkan ubat ubat yang hampir kosong.

"Kau ni pun bawaknya yang kecik kecik memanglah habis."Cik Enab menepuk bahu Opet.

Setelah selesai mencuci luka dan menyapu ubat Manis baring dan tertidur.
Sepanjang proses rawatan dari Opet, Manis seolah olah berkhayal dan tidak menunjukkan respon yang sepatutnya. Dia hanya memandang kearah tingkap dan tangannya mengengam erat Cik Enab.

"Cik Enab, aku rasa budak ni mangsa deralah.. sebab luka luka ni macam bukan luka jatuh..dengan belakang birat birat mcm kene rotan" Jelas Opet.

"Tulahh satu badan pulak tu... Ya Allah siapalah yang sanggup buat sampai macam ni sekali.." Cik Enab memandang sayu Manis yang sedang tidur. Lalu mengusap wajah Manis yang bengkak, melihat kepalanya yang berbalut kerana berdarah akibat jatuh dari timbunan batu, mata Manis yang biru berlebam.
Cik Enab tidak mampu menahan rasa simpatinya. Pada awalnya dia tidak menyangka sebegitu banyak luka pada tubuh Manis ini, jujur Manis kelihatan kurus dan tidak bermaya.
Melihat kondisi Manis yang seperti itu
Cik Enab jadi teringat akan kisah lalu..

---------Tahun 1994-----------

" Dasar kau perempuan jalang !!!" Tubuhnya dipukul segenap penjuru..
Tidak terdaya bersuara apatah lagi melawan.

Kakinya sudah mati rasa namun digagahi untuk bangun menuju ke bilik.
Di ruang ini saja dia boleh bersendiri merawat luka tubuh dan juga luka hati.. Pikirannya sudah buntu memikirkan mengapa nasibnya berubah sekelip mata. Baru saja menyemai cinta yang halal tetapi dirinya sudah hidup bagai dineraka ribuan tahun.

'Tuhan, jika kau itu masih menyanyangi ku. Peluk lah aku..peluk lah aku wahai tuhan ku..' Doa dan pintanya setiap hari..

Tiba suatu hari kabar gembira dan duka datang menghampiri.

"Maaf puan atas kehilangan suami puan." Setelah menyelesaikan siasatan mereka pun beransur pulang.

Khabar yang ditunggu telah tiba, derita akan segera pergi tetapi dukanya telah sampai..terduduk dirinya apabila mengetahui hidupnya telah digadai oleh manusia tidak berhati.

Saat maruahnya ingin diragut, datangnya penyelamat yang membantu tanpa syarat.
--------------------------------------------------------

Cik Enab memandang kearah Tok Ayah sambil tersenyum.

"Mungkin Allah ingin memeluk anak ini seperti mana Sang Esa memeluk diri ku yang dulu." Detik Hati Cik Enab.

"Mari balik .."Tok Ayah bangun dari kerusi dan beredar.

"Baik Tok Ayah!"jawab pekerja gudang serentak.

Tak lama selepas Tok Ayah beredar, Tuan Azman merapati Cik Enab.
"Nab, Tok Ayah suruh pindah masuk rumah Utama untuk jaga budak ni ."

"Hah yelah ..ehh dengar kata kita nak pindah gudang ?" Tanya Cik Enab.

"Ha ah kita pindah." Jawab Tuan Azman.

"hmm takpelah dari buat musuhkan, Tok Ayah pun bukannya sihat lagi.." Cik Enab pun menaiki kereta dan kerumahnya untuk mengemas barang untuk pindah ke rumah utama.

Tariq dari kejauhan memandang tajam kearah Manis.. matanya sentiasa mengekori Manis sehingga Manis masuk ke dalam keretanya.
Dia ditugaskan untuk membawa Manis ke rumah utama.

"Siapa nama kau?!"Tanya Tariq dengan tegas.

Manis membantu

"Hoii pekak ke!"Tariq naik angin.

"Riq! Sudahlah ..." Tokek yang berada di tempat duduk sebelah menghentikan Tariq.

"Sampai bila lagi kau nak macam ni Riq... Sampai bila lagi kau nak buat perangai..Tariq yang abang kenal tak macam ni .."Tokek menyoal pula.

"Sampai orang tua tu berhenti kutip perempuan bawak balik rumah.. Perempuan ni mesti ada apa apa dengan Tok Ayah! Kalau tak macam mana dia tahu gudang kita ? Kenapa Tok Ayah nak bawak balik rumah utama!"Tariq menghentak stereng sambil merenung tajam Manis melalui cermin pandang belakang.

"Semua kebetulan Riq, aku ada kat situ pagi tadi...tapi pasal bawak Manis ni ke rumah Utama aku tak tahu..Mungkin Tok Ayah tak sampai hati? ..." Tokek membela Tok Ayah.

"Cehh hati...Org tua tu ada hati ke ?"dengus Tariq.

--------------BERSAMBUNG--------------

UISH AWAT NAA SO TARIQ LAGU TU SERAMM...

SIAPA SEBENARNYA TOK AYAH??

APA YANG TERJADI PADA MEREKA ??

HAHAHAHAHAHAHA
SIS PUN TAK TAHU 😂
ANYWAY KALAU SUKA LIKE DAN KOMEN TAU 😜
INSYA ALLAH KITA AKAN SAMBUNG LAGI 💕

Maneh.Where stories live. Discover now